Follow-up:
Agama Rasmi Negara Islam Malaysia kini Menjadi Rojak?
Berikut disiarkan komen-komen yang dipetik daripada Forum HarakahDaily berhubung perkara di atas.

Sindiran:
UMNO mempunyai niat ikhlas iaitu untuk menjaga hati penganut2 agama lain. Itu la tanda ketulusan hati pemimpin2 UMNO dalam menghadapi masyarakat berbilang agama di Malaysia. Kalau dia buang perkataan buddha or hindu, apa perasaan penganut agama tersebut kerana mereka juga penduduk negara ni. Dia letak nama Islam kat situ dah kira seribu kesyukuran dah. Betul dak Syed Alwi, hang tolong jelas kan sikit ketulusan hati UMNO dalam hal ni, dia orang ni susah nak paham la. - khal1l

Yang memang dah rabun semacam, sebab itu dia kata "Saya tak nampak..." kita baca komen drp IBM (ikut bontot Mahathir) berikut:
Saya tak nampak apa yang menjadi isu di sini. Perlembagaan negara menyebut agama Islam sebagai agama rasmi negara tetapi semua bebas memilih agama masing-masing serta melaksanakan tugas kepada agama masing-masing. Kenapakah suatu masa lalu sebuah persatuan yang mewakili agama kristian di Malaysia yang telah mencadangkan pembinaan gereja gergasi di Shah Alam ditolak permohanan dan ianya tidak menjadi isu? Kita hidup didalam masyarakat berbilang kaum dan jika permohonan seperti itu ditolak atas alasan kawasan yang dicadangkan mempunyai masyarakat beragama Islam yang besar, maka dengan semangat toleransi kami menerimanya. Dalam praktikal kita pun boleh terima kenapakah ini hanya tulisan, anda tak boleh? Semangat toleransilah yang menyelamatkan negara dari krisis agama dan perkauman yang berlaku dibanyak negara yang lain. Agama Islam masih menjadi agama rasmi negara dan atas alasan itulah masjid boleh dibina dimana sahaja melalui wang rakyat manakala bangunan yang mewakili agama yang lain tidak. Kami akur. Tak payah risau, dan tak perlu takut, kami setia dalam mempertahankan agama Islam negara sebagai agama rasmi negata, jujur, walaupun kami beragama lain sebab kami nampak keperluan itu atas semangat toleransi. Keranamu Malaysia. Terima kasih. - cemerlang2

Kagum & kaget:
MENAKJUBKAN: Ini pertama kali saya dengar ugama buddha dan hindu juga ugama rasmi Malaysia... Bukan saya tak menghormati ugama2 ini... tapi saya fikir ini loteri besar kepada penganut2 ugama2 berkenaan...

Tak tahulah paparan dalam Utusan Malaysia ni boleh di jadikan NAS sepertimana pengishtiharan khalifah mahathir Malaysia ni Negara Islam dalam majlis parti Gerakan...tapi tak mustahil tak lama lagi ahli2 ugama buddha dan hindu sepatut nya menuntut keistemewaan sebagai agama resmi...misal nya matapelajaran buddha dan hindu perlu di ajar di sekolah2 kebangsaan dan menengah... masjid dan surau boleh di kongsi bersama dengan upacara hindu dan buddha dan sebagai nya...kalau saya jadi mereka saya akan meminta semua ni... selayak dengan pengiktirafan ugama2 ni sebagai ugama rasmi di Malaysia....

Untuk membaca respons terbaru, sila klik di sini:


TERKINI: Ramai Anggap RTM Stesen TV Orang Melayu, Kata Zainuddin

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini semakin kehilangan penonton kerana ramai yang berpendapat stesen televisyen itu kepunyaan orang Melayu dan mereka yang beragama Islam sahaja.

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin berkata senario itu berlaku ekoran terlalu banyak siaran berbentuk keagamaan disiarkan di stesen berkenaan.

"Segmen berbentuk keagamaan kita dah buat banyak sehinggakan masyarakat berpendapat seolah-olah RTM milik orang Melayu dan Islam. Sebab itu kita hilang penonton," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Kualiti 2003 peringkat Kementerian Penerangan di sini Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan wartawan mengenai saranan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang ditemuramah oleh Bernama pada Jumaat lepas yang mengesyorkan supaya semua industri hiburan menerbitkan lebih banyak filem atau segmen berbentuk keagamaan dan moral."

Komen: Si ZAM Paria kini mengaku, stesen TV berkenaan dah semakin hilang penonton. Mengaku, jangan tak mengaku! Wei Zam Paria! Rakyat bodoh mana yang hendak menonton siaran fitnah kecuali puak yang buta mata dan hati. Majoriti Rakyat Malaysia tak sebodoh dan sedungu kamu! Kalau hari-hari sejak empat lima tahun ni, media terus menerus menghidang berita-berita fitnah yang diulang-ulang hingga basi, SIAPA YANG NAK TONTON? Dan yang tak mahu menonton TV kamu tu, orang-orang yang cerdik, yang diberi akal untuk berfikir, orang yang tahu hukum agama. Bila, propaganda BASI kamu dah semakin tak laku, kamu persalahkan siaran-siaran berbentuk agama pulak! Wei Zam Paria... kamu tak mahu ke  haramkan 'banner' ini, yang disiarkan saban hari di laman M@RHAEN? Manalah tau, kalau-kalau ia turut menyumbang ke arah kemerosotan kepercayaan rakyat marhaen terhadap kredibiliti media arus perdana yang semakin haprak.

nampak gayanya, sudah semakin parah si ZAM Mamak Paria ni. Apa saja yang berkait dengan agama Islam, mesti ditentang, hatta stesen penyiaran yang telah dijadikan macam harta mak bapak dia pun, dikecamnya kerana banyak menyiarkan bahan yang berbentuk keagamaan. Jadi, takkanlah SI PARIA ni nak menurut saranan Sultan Terengganu supaya media menerbitkan lebih banyak filem atau segmen berbentuk keagamaan dan moral.

Apakah boleh lagi kita sokong UMNO/BN jika agama Islam pun sanggup digadai?

Sila cetak & sebarkan!

Di atas tadi, baru 3 komen yang sempat dimuatkan. Jika anda rasa ada sesuatu yang hendak diperkatakan berhubung isu Agama Rasmi Malaysia: Islam, Buddha dan Hindu, sila emelkan kpd M@RHAEN. Respons anda akan dimuatkan di sini. Anda tidak perlu bimbang & khuatir. Seperti biasa, laman ini akan merahsiakan nama pengirim & emel. Terima kasih kepada Sdra NT Alwi yang memanjangkan perkara ini di Forum HarakahDaily.

Unit Penyelidik M@RHAEN - 06.10.2003


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!