JanaMinda: M@rhaenPortal Wadah Alternatif 
Mengimbangi Percanggahan Maklumat Media Arus Perdana
Ahlan wa sahlan

Marhaenportal wujud untuk memberi peluang kepada pembaca menilai sudut pandangan dan pendapat mengenai ehwal semasa dari pelbagai aspek dan berusaha untuk menggalakkan pemikiran baru mencerakinkan sebab-akibat sesuatu peristiwa itu berlaku atau dilaporkan.

Latar dan Senario Kewujudan: Marhaenportal diwujudkan hasil ilham dari Laman Marhaen. Portal atau laman web ini bertujuan membuka luas tingkap-tingkap yang tertutup. Tingkap simbolik ini bukanlah satu-satunya tingkap untuk mengenali dunia, tetapi ia direka demikian rupa untuk membolehkan para pembaca satu perspektif yang tidak mampu diberikan oleh media arus perdana yang wujud semata-mata sebagai tukang canang mempertahankan status quo. Pandangan yang menguasai arus perdana seringkali disendengkan untuk memperkukuhkan nilai, tradisi dan amalan budaya sesuatu rejim. Sudut pandangan yang dominan ini pula berperanan memperkukuhkan pelbagai mitos, putarbelit dan kerangka logika terbalik sebagai pendinding terhadap serangan serangan yang menuntut reformasi dalam pelbagai sudut.

Peranan media/akhbar dari jejak-jejak sejarah acapkali dipergunakan untuk menyokong, memuja dan melonjak para Penguasa yang sentiasa diperlihatkan sebagai sentiasa dipihak yang benar kerana penguasaan mereka keatas sumber sumber kewangan, kuasa tentera dan polis. Apa yang keluar dari mulut mereka adalah "kebenaran". Inilah yang kita takrifkan sebagai resam DUNIA

Walaupun demikian, akhbar juga adakalanya berperanan memperbaiki ehwal kehidupan manusia. Unsur unsur progresif dari dunia kewartawanan telah mengilhamkan kami merumuskan sudut pandangan yang berbeza untuk melihat gelagat status quo. Minat ke arah membaca, menulis dan berfikir adalah salah satu pencapaian yang cukup memuaskan kami. Media internet kami gunakan untuk menyokong kemajuan sosial di samping mencabar amalan dan fikiran lapok yang merugikan. Sasaran pembaca kami adalah insan insan yang yakin dengan kemampuan mereka menilai pelbagai percanggahan maklumat dari pelbagai sumber dan kemampuan mereka merumuskan pendapat masing masing secara rasional. Setiap pandangan alternatif yang dipaparkan di sini bukanlah sesuatu yang muktamad kebenarannya. Itu hak Allah. Bezanya, akhbar atau media arus perdana saban hari bukan berusaha meningkatkan taraf keprofesionalan mereka melainkan mengulangi idea-idea basi dan berperanan sebagai barua. Marhaenportal, seperti juga Laman M@rhaen tidak terikat dengan mana-mana parti politik.

Laman ini tidak mampu untuk memberikan segala jawapan kepada setiap persoalan. Kami hanya berusaha mencari keseimbangan, memfokus kepada peristiwa dan hujahan mengenai pelbagai fenomena dunia dan tempatan untuk melonjak pemikiran yang lebih kritikal tanpa memperbodohkan pembaca sepertimana yang dilakukan oleh media arus perdana nasional. Jaya atau gagal usaha kami terletak kepada anda. Berikanlah komen dan maklumbalas terhadap apa saja artikel yan dipaparkan.

Sebarang maklumbalas, negatif atau positif amat dialu alukan. 

WebAdmin M@RHAENPortal - 07.10.2003
http://marhaen.portal.dk3.com/
Poll MarhaenPortal: Apakah Persepsi Anda Terhadap Abdullah Badawi? Berikan undi anda.
Anda juga dialu-alukan mendaftar sebagai warga MarhaenPortal dan memberikan maklum-balas kepada semua bahan yang diterbitkan di situ.

Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!