ISLAM ‘HARAKIRI’ ACUAN PAK LAH LEMBIK
Bagi orang Islam di Malaysia yang berfikir, tiada keraguan sama sekali bahawa Islam 'harakiri' yang kini dipelopori oleh Pak Lah lembik adalah kepalsuan dan penyesatan yang nyata. Biar pun Pak Lah sanggup mendustakan agama dengan menurunkan manusia seperti Dr Mashitah, Dr Abdullah Zin, Imam Firdaus dan beberapa lagi tokoh Islam 'harakiri' yang lain untuk bertanding dalam pilihan raya agar dapat 'menegakkan Islam' menurut acuan Darul Boleh, sudah jelas bagai siang dan malam bahawa kaedah Pak Lah adalah pendustaan agama yang nyata. Sekilas ikan di air, sudah ku tau jantan betina.

Aksi seorang pemimpin dari perkhidmatan PTD 'kelas dua' dan bertopengkan seorang ulamak (baca, ular mamak) yang kian tersepit kini terserlah. Tidak cukup memperkudakan tokoh-tokoh publicity-seeking seperti yang tersebut di atas, dirayu desak orang seperti Tan Sri Halim (ex KSN) dan juga Tan Sri Samsuddin Osman (current KSN) agar bertanding memihaknya. Ciri sebegini memang pernah dipelopori oleh Tun Kutty Kepala taik semasa PEMILU ke-10 dahulu. Ketika itu pun, Tan Sri Halim turut diminta bertanding sebagai mana juga Aseh Che Mat (KSU KDN) yang ketika itu masih menjadi boss Imigresen.

Kalau pun benar orang-orang yang sedemikian bersetuju untuk bertanding, muka baru apakah yang dimaksudkan oleh Pak Lah lembik untuk dicalonkan? Apakah muka baru hanya melibatkan Khairy Jamaluddin sahaja dan yang selebihnya muka tua yang masuk AMENO melalui fast track process? Tak da dah ke orang dalam AMENO yang menyebabkan Pak Lah lembik terpaksa memujuk dan mengecek orang yang dah pencen dan yang dah dekat nak pencen 'berjuang' untuk Islam Harakiri yang berhaluan kiri tersebut?

Kalau dah tak de orang dalam PARTI ISLAM TERBESAR DI DUNIA tersebut, kita cadangkan agar Pendaftar Pertubuhan bubarkan saja parti tersebut. Lagi pun Pak Lah, siapa yang pilih kau jadi Presiden? Kau dapat jawatan tu pun, disedekahkan oleh Tun Mamak Kutty tu. Jadi kalau orang tak pilih kau, tak usah la pandai-pandai berlagak membelakangkan kemahuan ahli parti - lebih kuah dari sudu pulak nampaknya.

Perlu dijelaskan bahawa bekas Jeneral-Jeneral, Laksamana dan Komodor yang masuk PAS sejak kebelakangan ini adalah atas KEMAHUAN SENDIRI. Mereka terdiri daripada orang yang telah timbul kesedaran bahawa negara ini kini dalam keadaan bobrok, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk memberi sokongan padu kepada golongan yang ingin menghapuskan amalan rasuah, menegakkan keadilan, mengembalikan martabat dan yang penting sekali, mendaulatkan Islam berteraskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Bukannya golongan yang menghina Islam dengan 'penghayatan Islam' dan terus menerus mengadakan Majlis Kongsi Raya dan rumah terbuka besar-besaran, membenarkan perkara mengarut seperti 'Karnival Sure Heboh' dan menuding jari kepada masyarakat  apabila timbul gejala sosial walhal program 'Akademi Fantasia' disuburkan. Inilah dia ISLAM HARAKIRI yang ingin disuburkan oleh Pak Lah Lembik, cucu ulamak tersohor Sheikh Fahim.

Kita  percaya, arwah datuknya yang berkawan baik dengan Tok Kenali Kelantan, pasti berdukacita mengenangkan kebejatan Pak Lah yang jauh terpesong dari landasan yang sepatutnya, yakni sirotul mustaqim. Apakah terlalu terpengaruh dengan pemikiran moden Khairy sehingga membolehkan dia menghalalkan perjuangan yang nyata songsang? Khairy sendiri memang kita akui seorang yang cerdik, akan tetapi tiada gunanya cerdik kalau masih jahil. Tidak guna berjuang kiranya tiada pendirian. Kita semua tahu bahawa Khairy adalah anak muda yang berlatarbelakangkan 'urban Bangsar' yang pernah satu ketika dahulu berjuang bersama-sama Dato’ Seri Anwar Ibrahim, insan yang teraniaya sudah lebih dari 5 tahun dulu. Dear Khairy, ol' chap, you must understand that no matter how intellectual you perceive yourself to be, you're still that black-assed Malay boy who must understand what it means to be humiliated by a someone who professes himself to a Muslim.

How can you just stand there behind your father-in-law's ass and watch how cruelly Anwar Ibrahim has been treated? Did they teach you such crap values in Cambridge as indeed Oxford? What do you and your father-in-law take us Malays for? Some kind of fools from Essex who you think could be hoodwinked forever? Did you think that the education that the pre-Mahathir government would not have taught us values to be just towards fellow human beings, what more fellow muslims? Think Khairy, and think hard cos you may just lead your 'pious' daddy-in-law to indignity. We all remembered how persuasive you were inviting us all to join you to become AMENO members - it's better to fight from within, became your clarion call. But we're telling you Khairy, the mantra from Mohd Sabu "kalau mahu cuci tong taik, lebih baik cuci dari luar sebab kalau kita masuk untuk cuci, kita juga jadi TAIK!!!!!!" As if you're too blind to see what has become of your former idol, Anwar Ibrahim. Oh, let me guess, your idol is now who else but DADDY!!!!!!

Rakyat Malaysia haruslah disedarkan bahawa keadaan Malaysia kini ibarat sebiji epal yang licin dan merah berkilat kulitnya tampak dari luaran, walhal di dalam epal tersebut penuh dengan ulat-ulat yang telah kenyang membaham isi dalaman. Hanya masa saja yang akan menentukan bila epal tersebut akan menjadi lembik dan busuk. Pemimpin hari ini tidak lagi boleh diharapkan untuk membawa rakyat ke arah kebahagiaan. Kalau orang seperti Tan Sri Nor Mamak Yakcop 'penyangak mata wang' diamanahkan menjaga cetong duit rakyat, apa lagi harapan untuk kita? Bukan kah Tun Mamak Kutty yang berkokok ke sana ke mari mengutuk penyangak mata wang George Soros? Mengapakah akhirnya Mamak Kutty itu juga melantik Nor Mamak yang telah menghabiskan beratus juta ringgit wang Bank Negara untuk menjadi penasihat kewangan Perdana Menteri. Di bawah 'pemerintahan' Pak Lah lembik, kita hairan bagaimana secara rasminya Nor Mamak dinobatkan sebagai Bendahari Darul Boleh?

Kita akan ulaskan lebih lanjut mengapa kita tidak perlu pemimpin haprak dari Barisan najis untuk terus memimpin negara ini dalam ruangan lain pula. RAKYAT jangan lagi buat experiment setelah sekian lama tertipu. Mengundi Barisan Alternatif untuk menerajui negara bukanlah experiment - hasilnya sudah terserlah di Terengganu dan Di Kelantan. Mengundi Barisan Alternatif untuk menerajui negara adalah satu tanggungjawab.

Marhainmuda, 16 Muharam 2003 - 08.03.2003 (suntingan M@RHAEN)
Siaran awal artikel ini terdapat di http://www.marhaen.com

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN