Peranan Jahat Suruhanjaya Pengkhianat Rakyat
Mungkin apa yang bakal dibaca ini merupakan ulangan daripada pelbagai keluhan dan luahan perasaan rakyat yang telah banyak disiarkan dalam artikel-artikel sebelum ini berikutan kekalahan ‘teruk’ Barisan Alternatif dalam Pilihan Raya Umum ke-11 minggu lalu. Namun, elok juga kita bikin sedikit analisis serta muhasabah diri agar dapat di ambil iktibar untuk memperbaiki diri kita dan seterusnya menyiapkan diri kita dan jemaah kita sepanjang lebih kurang 5 tahun yang akan datang - kiranya pilihan raya masih menjadi matlamat kita untuk memartabatkan Islam sebagai agama Allah di Malaysia.

Kekalahan memang amat memilukan. Begitu pahit untuk ditelan, lebih-lebih lagi kekalahan terok yang berlandaskan tipu daya dan muslihat Barisan Najis pimpinan ameno penipu Melayu yang tanpa segan silu menodai dan meliwat jentera-jentera kerajaan bagi memastikan kedudukannya sebagai parti pemerintah tidak tergugat. Kalau kita singkap kembali kata-kata yang telah diluahkan oleh pemimpin ameno bangsat dan juga tindak tanduk jentera kerajaan yang telah diperkudakan untuk kepentingan Barisan najis, maka seharusnyalah kita sedar bahawa pilihan raya ke-11 minggu lalu merupakan suatu pembaziran wang rakyat jelata untuk kepentingan Barisan najis yang terang-terang telah menghalalkan perbuatan songsang mereka. Kadang-kadang, di lubuk hati kita, kita turut tertanya, “why bother with the elections at all?”

Cuba kita petik kata-kata Kepala Hantu Terengganu, Derih anak Pok Soh ‘KITA AKAN MENANG dan KITA AKAN MENANG BESAR’ ini adalah kata-kata yang sering diulang-ulang dalam kempennya, walau pun kita tahu MAJORITI rakyat Terengganu menolak Ameno parti bangsat yang mengaku membela Melayu. Hatta, bukan saja penyokong PAS, malah ahli dan penyokong Ameno sendiri menolak ameno. Walau macam mana pun, sejarah kini akan mencatatkan nama Derih anak Pok Soh tu sebagai YAB (YANG AMAT BERBOHONG) Menteri Besar Terengganu, hasil tipu daya yang licik yang mendapat restu dari Imam Besar Solat terawih Ameno Masjid Kepala Batas. Kita telah pun dipersaksikan bagaimana air muka ke bawah duli Sultan Mizan tidak seceria mana tatkala menyaksikan YANG AMAT BERBOHONG derih pok soh mengangkat sumpah. Semoga sumpah tersebut memakan dirinya kembali, inshaAllah.

Kata-kata KITA AKAN MENANG dan KITA AKAN MENANG BESAR ini telah dibantu oleh surat-surat yang dihantar dalam sampul surat yang tidak bersetem (apakah POS MALAYSIA yang telah diswastakan secara songsang oleh anak Tun Kepala Taik, turut bersekongkol membantu memberi khidmat percuma kepada Barisan najis?) yang bertajuk PESANAN DARI PAK LAH yang merayu atas dasar insaf agar pengundi keluar beramai-ramai menjalankan tanggongjawab sebagai warganegara. Bukankah ini salah satu ‘pre-emptive action’ yang telah dirancang dengan liciknya oleh Pak Lah sebagai Menteri Dalam Negeri dengan kerjasama ASEH CIK MAT di KDN yang mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara mengeluarkan beribu-ribu IC palsu bagi tujuan kegunaan hantu-hantu mengundi membantu menjatuhkan pemerintahan berteraskan Al Quran dan Hadith? Apa jenis manusiakah yang sanggup melakukan perkara sebegini walhal dalam surat (Pesanan dari Pak Lah) yang sama, Imam Besar Solat Terawih itu menyebut, “maka ianya akan menjadi tanggungan yang amat berat buat saya di akhirat kelak.”

Natijahnya, kita telah lihat betapa ramainya pengundi-pengundi yang telah keluar menjalankan kewajipan kepada negara. Betul kah? Ramai sungguhkah? Laksana Karnival Sure Heboh SPR kah? Atau ramai sungguh hantu-hantu dan bajingan-bajingan upahan Ameno? Di Terengganu umpamanya, kita boleh melihat bagaimana kadar pengundi yang telah keluar di seluruh negeri dicatatkan purata 85%. Hatta, di satu Unit Pusat Undi, dari kesemua yang berdaftar dalam senarai pengundi, HANYA TIGA ORANG SAHAJA YANG TINGGAL DAN TIDAK KELUAR MENGUNDI. Apakah hebat sungguh keberkesanan Pesanan Dari Pak Lah tersebut? Nyatalah Pak Lah ni memang seorang yang munafik. Kalau ramai yang mengaku kekalahan PAS yang sebegitu terok di tangan Barisan najis adalah atas FAKTOR PAK LAH, maka percayalah, itu adalah satu faktor yang amat dhaif. Bagaimana mungkin seorang lembik sebegini dapat merangsangkan pengundi yang berasal dari kota berbondong-bondong pulang ke kampung semata-mata untuk memangkah DACING senget? Kalau pun mereka pulang, nescaya kerana mereka istiqomah untuk memangkah BULAN bagi memastikan Islam tetap unggul di Kelantan, Terengganu dan juga PERLIS, KEDAH dan sedikit kemungkinan, Pahang, tiga negeri yang, jika tidak kerana tipu daya dan rasuah wang ringgit Barisan najis, akan turut serta menjadi negeri-negeri yang akan berusaha memartabatkan Islam sebagai agama Allah.

Cuba kita lihat pula lawatan Datuk Seri Bakri, Ketua Polis Negara yang telah membuat lawatan terhadap anjing-anjing dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kuala Terengganu dalam minggu sebelum pilihanraya. Apakah sebenarnya maksud lawatan ini jika tidak semata-mata sebagai persiapan bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan setelah kerajaan negeri pimpinan PAS ditumbangkan? Bagaimana pula dengan kehadiran ramainya pihak media di rumah Derih Pok Soh sebelum pengumuman rasmi keputusan pilihanraya oleh SPR dibuat? Bukankah ini semua susunan licik Barisan najis yang telah tau dari awal lagi bahawa mereka akan menyapu bersih negeri Terengganu melalui tipu daya dan muslihat yang direstui oleh tok Imam kepala Batas? Just so to make it not so obvious, mereka ‘buat-buat’ pengiraan semula di 4 tempat yang sememangnya kubu kuat PAS, dan memberi kemenangan semula kepada Wan Mutalib, Hj Abdul Hadi, Abd Wahid Endut dan Ustaz Harun Taib. Akhirnya, mereka bersetuju untuk kononnya membelasah PAS 28-4, sebagaimana mereka juga telah dibelasah 4-28 dalam pilihanraya ke 10 dalam tahun 1999.

Bagaimana pula dengan kecelakaan yang menimpa pesawat helikopter yang terhempas beberapa hari sebelum hari mengundi? Sumber dari Kementah yang amat dipercayai menyatakan pesawat tersebut membawa bungkusan wang yang mengandungi sekurang-kurangnya RM2juta tunai untuk disogok kepada pengundi Kelantan. Kesian anggota TUDM yang dilacurkan sebegitu rupa oleh pemimpin barisan najis. Ada yang maut, ada yang cedera (selepas terhoyong hayang di dalam hutan untuk beberapa hari) tapi yang penting, wang tunai tersebut selamat!!!! Itu berita yang kita tahu….bagaimana pula sogokan di negeri-negeri lain yang kita tidak tahu? Di Perlis, Shahidan Kassim, samseng besar yang terpaksa merayu kepada YDP Agong untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Musibat Besar Perlis, telah terang-terang menyelitkan RM100 di dalam surah Yasin untuk membeli para pengundi di kawasan DUN yang ditandingi beliau bersama Dr Haron Din – apakah jenis manusia yang sanggup berdagang dengan Hati Al Quranul Kareem (yakni Surah Yasin) semata-mata untuk sedikit kesenangan dunia? Walhal kita semua sudah tahu bhw Dr Haron Din memang jauh lebih baik akhlaq dan perawakan dari Samseng Tambun Tulang untuk dibuat perhitongan sebagai Menteri Besar.

Untuk memastikan sandiwara ameno dapat meraih anugerah ‘Filem Terbaik’, mereka turut membuat bantahan kepada SPR di Pulau Pinang ‘kununnya’ untuk membuktikan kelemahan SPR yang mengakibatkan ameno tertindas. Kononnya, bukan sahaja PAS yang tidak puas hati terhadap SPR, malah ameno juga. Ameno terpaksa menggunakan segala tipu daya dengan kerjasama segala macam badan-badan kerajaan untuk memastikan kemenangan mereka di Terengganu Pengalaman di Kelantan dalam tahun 1990 telah mengajar ameno supaya segera menebus kekalahan mereka, yakni tebus dengan serta merta tatkala terdapat peluang untuk berbuat demikian. Malangnya peluang yang ujud dalam tahun 1995 tidak digunakan sepenuhnya. Lantaran itu, Kelantan dapat terus dipertahankan oleh PAS dan seterusnya dalam tahun 1999 dalam pilihan raya yang secara relatifnya masih boleh diterima akal kerana masih belum ujudnya pembabitan secara explicit oleh SPR. Atas dasar tersebutlah Ameno bersekongkol dengan SPR, untuk memenangi semula Terengganu, ‘by hook or by crook’ kerana telah terbukti, amatlah sukar untuk mereka mempunyai peluang untuk menakluk Terengganu semula kiranya 2 penggal telah berlalu dengan disemai benih-benih keikhlasan pemerintahan Islam PAS.

Kini, semakin jelas betapa songsangnya peranan SPR yang dikepalai oleh WANG AMAK anok WANG UMOR, Setiausaha SPR dengan kerjasama I SAY, CIK MAT Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dalam menentukan kemenangan akan berpihak kepada Barisan Najis. RaSHIT Rahman, sebagai Pengerusi, khabarnya tidaklah begitu ketara persekongkolannya dengan AMENO sebagai mana bersungguhnya WANG AMAK WANG UMOR merencanakan perbuatan terkutuk untuk menjatuhkan Islam. Inilah manusia yang telah sanggup melacurkan dirinya dengan harga yang amat murah agar dapat Islam dihalang dari memerintah, hatta agar dapat meruntuhkan negara islam yang sememangnya telah kukuh bertapak di Terengganu, walhal WANG AMAK sendiri merupakan anak watan Darul Iman. Percayalah, sedikit demi sedikit tembelang di SPR akan didedahkan kepada orang ramai. Sebagai mana tidak tergamaknya Raja Komando turut serta menzalimi seorang Timbalan Perdana Menteri; sebagai mana tidak tergamaknya Zul Hilmi turut serta menyertai 12 orang musibat yang khianat, demikian juga inshaAllah, akan ada manusia yang akan keluar membuat pendedahan dan membongkar perancangan jahat SPR.

Usah haraplah kita mendapat apa-apa tindak balas dari SUHAKAM, Mahkamah dan segala macam badan yang kita anggap dapat membantu kita. Untuk menghantar memo kepada Raja-Raja Melayu pun kita jangan berharap. Kalau Sultan Pahang kaki judi terang-terang berkempen untuk ameno lantaran kepentingannya (untuk terus mendapat cukai judi Tan Sri Lim Goh Tong) dan juga untuk adiknya yang turut bertanding sekali lagi di Jerantut; Kalau Raja Perlis merangkap YDP Agong turut mengizinkan adiknya sendiri bertanding sebagai Ahli parlimen Arau mewakili Ameno, apakah lagi yang tinggal buat kita insan kerdil yang teraniaya melainkan mengadu nasib kita yang dizalimi kepada Allah swt? Saidina Omar r.a. sering membaca ayat dari Surah Yusof dan menangis teresak-esak dalam solatnya apabila membaca ayat 86 yang menceritakan perihal Nabi Yaakob a.s. yang berdukacita lantaran kehilangan anaknya Yusof a.s. “Sesungguhnya, hanya kepada Allah sahaja aku mengadu kesusahan dan kesedihanku”.

Marhainmuda
Gemencheh - 31.03.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN