Itu Sahaja Yang Pemuda UMNO Tahu?
Oleh Marhaintua

Dalam sedikit masa lagi Mahathir si Kepala Taik (sKT) akan mengundurkan diri. Sama ada dia akan menetap di kepulauan kegemarannya di Mediterranean, di ladang ternakannya di Argentina ataupun di beberapa tempat lain seperti di Afrika ataupun Kanada, ataupun di negara asal bapaknya di Kerala, seharusnya tidak perlu kita fikirkan. Lagi jauh dia pergi lagi baik untuk Bangsa Melayu dan rakyat negara ini yang terpaksa memikirkan secara serius berapa generasi yang akan datang terpaksa menanggung beban hutang bikinan si musibat ini.

Akan tetapi ada satu perkara yang mesti difikirkan dengan seriusnya sekarang ini. Kita mesti fikirkan siapakah barisan pelapis dalam UMNO yang mampu menyerlah untuk mengambil alih kuasa dalam parti itu dan diberikan amanah untuk mentadbir negara. Kita tidak perlu bincangkan siapa mereka itu dalam PAS ataupun Keadilan ataupun dalam parti pembangkang lain, kerana di sebalik gembar-gembur parti pembangkang mahu mengambil-alih pentadbiran daripada UMNO dan BN, kemungkinannya adalah masih samar dan kita tidak akan bincangkan kenapa dan mengapa untuk buat seketika.

Secara tradisi, apabila pemimpin utama berundur pergi, pemimpin pelapis yang pasti mengganti. Cuma kali ini kalau kita harapkan barisan pelapis itu harus datang daripada pergerakan Pemuda UMNO dan Pemudinya (Puteri), siapakah nanti muka-muka yang akan dibariskan? Apakah muka-muka itu akan mendapat persetujuan orang Melayu yang selama ini berdiam diri melihatkan bangsa Melayu itu dirombak menjadi satu bangsa yang semacam robot? Perhatikan sahaja barisan menteri kabinet yang ada di bawah Mahathir kini, berapa keratkah anggota kabinet itu yang sebenarnya mempunyai ‘tauliah’ orang Melayu menjadi menteri? Kenapakah ramai yang tidak pun bertanding dalam pilihan raya umum dilantik menjadi menteri hanya berdasarkan undang-undang dalam perlembagaan negara dan parti? Kerelaan Mahathir (sKT) mengangkat insan-insan haprak menjadi menteri dan mengetuai pelbagai agensi pentadbiran negara, menunjukkan masyarakat Melayu yang bertuankan UMNO mudah sangat berpeluk tubuh menerima apa sahaja bikinan Mahathir (sKT) untuk mengubah cara hidup mereka – dengan sesuka hatinya. Dalam hal ini kita mesti mengambil-kira semua lapisan Melayu dalam negara ini, baik yang dalam pasukan tentera dan berpakaian seragam, mahupun golongan Melayu yang bergelar pesara ataupun Melayu yang sedang syok-syok sendirian di setiap istana.

Kita harus ingat bahawa bangsa Melayu adalah satu-satunya bangsa di dunia ini di mana masyarakat istana ataupun mereka yang bergelar diraja merupakan satu perempat masyarakat raja yang bertakhta di dunia. Akan tetapi sejarah dunia akan merakamkan terus betapa masyarakat raja-raja Melayu adalah satu masyarakat yang tidak berguna kepada bangsanya selain daripada mencekik darah dan keringat rakyat jelata dan menghabiskan masa berfoya-foya sehingga lupa apakah sebenarnya tugas mereka. Bayangkan sembilan istana Melayu di negara ini tidak mampu menundukkan satu istana mamak bedebah di Putrajaya.

Demikianlah hebatnya kuasa cengkaman Mahathir si Kepala Taik terhadap orang Melayu sehinggakan keseluruhan negara ini telah dicengkam mengikut ‘acuan sendiri’ selama ini sehinggakan raja-raja Melayu yang sepatutnya memainkan peranan memegang ketuanan Melayu sanggup membiarkan rentak hidup rakyat jelata dan bangsa Melayu diperkotak-katikkan oleh seorang musibat yang sepatutnya sudah lama dihumban dalam ‘lubang buaya’.

Pada zaman Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Abdul Razak Hussein, peranan menyedarkan bangsa Melayu akan masa depannya telah dimainkan oleh Pemuda UMNO. Lantas terpahat nama-nama gah seperti Tun Dr. Ismail, Tan Sri Syed Jaafar Albar, Tun Saadon Jubir dan Dato’ Harun Idris. Tiga nama yang terdahulu sudah menjadi arwah, yang terakhir di situ sudah lama dibersarakan mengikut satu persekongkolan yang rapi oleh kumpulan yang kini sedang keseronokan menipu terus orang Melayu.

Namun demikian, jelas kepada sejarah Melayu moden betapa pergerakan Pemuda UMNO selepas Dato’ Harun sudah menjadi satu pergerakan yang telah diputar-belitkan oleh Mahathir (sKT) dan satu barisan musibat yang namanya masih belum didedahkan sepenuhnya, sehingga pergerakan itu kini menjadi satu pergerakan yang hanya gah pada nama dan sejarah silamnya. Proses melumpuhkan Pemuda UMNO berlaku sedikit demi sedikit selepas Harun Idris terpenjara sehinggalah ia dipimpin oleh Anwar Ibrahim apabila ia mula bangkit semula. Kebangkitan itu tidak bertahan lama kerana golongan iblis dan syaitan yang menjadi penasihat Mahathir sedar bahawa kebangkitan Pemuda UMNO di bawah Anwar Ibrahim akan merosakkan agenda besar mereka untuk menguasai perdagangan Malaysia dan proses merobotkan orang Melayu secara menyeluruh.

Anwar Ibrahim dirancang untuk naik melonjak menjadi timbalan perdana menteri sebagai satu usaha untuk mengikatnya daripada meneruskan kebangkitan Pemuda UMNO, kerana kebangkitan itu telah dilaksanakan dengan pembabitan banyak agensi sukarela seperti ABIM dan lain-lain lagi. Pemuda UMNO bergerak secara yang ‘dirancang’ dengan pengaruh si Kepala Taik amat ketara dalam perancangannya. Rancangan agenda besar itu hampir berjaya untuk memondankan Pemuda UMNO walaupun satu ketika seorang ketua menteri menjadi ketuanya untuk satu tempoh yang pendek. Manusia pandai merancang tetapi selalunya dia lupa yang Allah adalah sebaik-baik perancang. Rahim Tamby Chik tumbang bukan kerana kekentalannya memimpin Pemuda UMNO, tetapi kerana kekentalan ‘adiknya’ yang suka sangat merewang. Anwar Ibrahim telah mengambil peluang ini untuk menonjolkan proksinya bernama Zahid Hamidi sebagai ketua Pemuda UMNO.

Sesiapa yang kenal rapat dengan Anwar tentu sedar akan perwatakannya yang mudah mempercayai orang lain. Soalnya sekarang apakah orang yang dipercayai itu dapat mewarisi kepercayaan yang diberi. Apabila Anwar terhenyak sehingga dilebamkan mata sedangkan dua tangannya digari di bahagian belakang, hati naluri Anwar Ibrahim terus bertahan dengan semangat perjuangannya. Tetapi, orang-orang Anwar mudah sangat digertak untuk berpaling tadah, hanya dengan dijentik bola anunya. Ada yang mengaku kalah apabila si isteri dipanggil untuk diugut agar tidak melupakan segala kemewahan yang dinikmati itu adalah wang ihsan si Maharaja Tua gara-gara si suami mengikut kata.

Lantas, berubahlah Pergerakan Pemuda UMNO menjadi satu pergerakan syok-syok sendiri dengan bertopengkan perjuangan ‘memartabatkan kedaulatan ketuanan Melayu’ yang sudah lama menghilang. Demikianlah liciknya persekongkolan untuk mengaibkan bangsa Melayu dengan cara menundukkan terus Pergerakan Pemuda UMNO seperti yang kita lihat sekarang. Semua itu dipandang sebagai perkara biasa oleh hampir semua veteran UMNO yang megah dengan perjuangan lama mereka sedangkan apa yang disebut sebagai perjuangan itu tidak pun seberapa. Kalau dikaji dengan teliti, orang-orang yang betul-betul memperjuangkan masa depan Melayu dan menentukan agar Melayu terus bertahan dengan budaya dan adat resamnya bukanlah orang Melayu di dalam UMNO secara sepenuhnya. Majoriti pejuang Melayu yang sebenar tidak ada dalam UMNO.

UMNO menonjol ke hadapan sebagai penyelamat Melayu kerana propaganda yang dicanangkan setiap hari - 24 jam sehari. RTM dengan saluran radio dan TV kini sudah disedari dengan nama panggilan ‘Rancangan Tipu Melayu’. Kumpulan The New Straits Times dan Utusan sudah menjadi lidah rasmi Mahathir si Kepala Taik dan UMNO.

Apakah semua kelentungan dan propaganda ini tidak disedari oleh Melayu yang megah sebagai pejuang bangsanya sejak dari dulu? Yang tidak sedar-sedar sudah dirobotkan mindanya laksana ‘gajah yang takut kepada rantai yang membelenggu kakinya’. Yang sedar dan ingin memberontak sudah khayal dengan segala kemewahan yang dinikmatinya hasil dan kesan wang ihsan Mahathir (sKT) melalui UMNO. Kalau ada pun segelintir Melayu yang sedar dan ingin membantah, mereka takut akan dipenjarakan mengikut akta ISA setelah melihat betapa Anwar Ibrahim sedang sengsara dan Kumpulan Ezam sedang merana.

Dengan kata mudah, ramai orang Melayu yang sedar untuk membantah rejim Mahathir (sKT) tetapi semuanya tidak berani kerana tidak sanggup berjuang mati-matian menentang arus yang begitu deras hasil pukulan maut agenda besar menghamba-abdi orang Melayu di negaranya sendiri.

Mahathir dan badan penasihat haram jadah beliau sudah menentukan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO tidak lagi berjaya menunjukkan kelakiannya dengan cara mewujudkan Pergerakan Puteri UMNO. Pergerakan Puteri UMNO sengaja diwujudkan dengan tujuan serampang tiga mata. Pertama, untuk menjinakkan Pergerakan Wanita yang dipimpin oleh seorang celupar dan berani menyindir kaum bapa UMNO dan presidennya secara terbuka. Bayangkanlah ketika Rafidah Aziz memberikan alasan bagaimana Anwar Ibrahim sengaja melebamkan matanya secara ‘membekam dengan gelas dalam penjara’ untuk menarik simpati rakyat. Fitnah itu adalah satu pembohongan besar daripada seorang yang bergelar ketua pemimpin, namun seluruh pergerakan wanita UMNO tidak berani mencabar beliau untuk meletakkan jawatannya. Yang kedua, Puteri diwujudkan untuk dijadikan saluran pengubah budaya Melayu mengikut cita-rasa si Kepala Taik, setelah memikirkan perkara itu tidak dapat dilaksanakan oleh Pemuda UMNO. Dengan rencana itu Puteri difikirkan dapat menarik pengikut baru di kalangan pemudi Melayu dan sekali gus membuat pelbagai agenda untuk merobah budaya hidup muda mudi di negara ini. Kalau Mahathir (sKT) betul-betul mahukan masyarakat pemudi Melayu bangkit mengikut adat resam dan budaya Melayu, kenapakah dia memilih Azalina Othman sebagai ketua pergerakan itu, sedangkan dia sedar Azalina merasakan dirinya bukan seorang wanita dan sentiasa berfikiran seolah-olah dia adalah ketua pemuda UMNO yang sebenarnya. Kesan strategi ini kita dapat lihat bagaimana Pergerakan Pemuda UMNO kini melaksanakan pelbagai projek yang dianggap ‘memperkasakan ketuanan Melayu dan masyarakat belia’ Malaysia yang bertaraf projek syok-syok sendiri sahaja.

Cuba bayangkan apakah faedahnya Hishamuddin Hussein menganjurkan projek merentang bendera Jalur Gemilang di Tembok Besar Cina? Sebenarnya itu adalah projek pelajar UiTM yang diciplak oleh Hisham dan Pemuda UMNO sehinggakan terkapai-kapai para pelajar yang berusaha mengumpulkan dana dan sumbangan orang ramai terhadap projek itu. Bagaimana pula dengan projek pasukan perubatan di Afghanistan? Kenapa gunakan nama Pemuda UMNO sedangkan para petugas perubatan daripada Angkatan Tentera Malaysia? Bagaimana dengan Projek Panggilan (fon bimbit) SMS ? Apa faedahnya kalau bukan untuk meningkatkan jualan fon bimbit. Kesannya anak-anak Melayu yang mendapat pinjaman pelajaran memberikan keutamaan kepada memiliki fon bimbit yang paling canggih. Apakah itu tujuan sebenar? Adakah kelakuan itu ditiru oleh anak-anak kaum lain yang sedang menuntut di universiti dan pusat pengajian tinggi? Sekarang, masyarakat Cina merungut kerana SMS digunakan oleh Along untuk mengutip hutang dan mengugut para peminjam yang leceh membayar.

Yang terkini Pemuda UMNO sedang mengutip satu juta tandatangan rakyat Malaysia yang mahukan keamanan di dunia ini. Mereka mahu Amerika hentikan niat berperang dan mengganyang Palestin dan Iraq. Dengan bertopengkan ‘keamanan’ Pemuda UMNO menjelajah seluruh negara mengutip sejuta tandatangan. Malahan pesanan tandatangan dalam bentuk SMS telefon boleh dibuat daripada London setelah satu pasukan UMNO pergi ke sana. Bayangkan betapa BODOH-nya Pemuda UMNO., Kalau mahukan sejuta tandatangan dalam masa tiga bulan kenapa tidak diminta setiap pegawai kerajaan menyediakan daftar buku tandatangan di setiap pejabatnya? Kenapa tidak diminta setiap imam dan khatib menyediakan buku tandatangan di masjid dan surau? Kenapa tidak diletakkan buku daftar tandatangan di setiap pintu masuk negara seperti di lapangan terbang, pelabuhan dan jeti? Ataupun di stesen kereta api dan terminal bas? Kenapa tidak dikirimkan kad percuma kepada setiap universiti dan maktab agar pelajar-pelajar menghantarnya balik melalui pos? Jawapan sebenar terletak kepada PROPAGANDA dan nilai-nilai komersial. Oleh sebab ketandusan idea, Pemuda UMNO mula dengan propaganda untuk menarik minat orang ramai. Tetapi yang paling penting, semua projek haprak ini adalah bertujuan untuk melencongkan masalah besar yang dihadapi oleh negara. Ini adalah masalah yang mengenai kedaulatan negara gara-gara kehaprakan pentadbiran Mahathir (sKT). Inilah kesan besar serampang kedua penubuhan Puteri UMNO.

Serampang yang ketiga penubuhan Puteri UMNO adalah melalui putar-belit minda golongan belia agar mereka merobah cara hidup yang selama ini dikongkong oleh adat resam Melayu lama. Itu sebabnya di peringkat penajaan Puteri dulu dan belumpun pergerakan itu dirasmikan, kita lihat bagaimana Azalina Othman berani merempuh Majlis Senat Universiti Malaya ketika memberikan taklimat mengenai kebakaran Dewan Tunku Canselor Universiti. Alangkah biadabnya beliau yang tidak mempunyai sebarang jawatan dan peranan rasmi dalam kerajaan berani dan sanggup bersifat kurang ajar meminta Naib Canselor Dr. Anuar meletakkan jawatan. Tingkah-laku yang kurang ajar itu mendapat restu Mahathir (sKT) dan tidak syak ia didalangi oleh seorang timbalan menteri pendidikan yang naik melalui pintu sebelah. Adakah Pemuda UMNO berani bersuara lantang menyanggah perbuatan biadab Azalina ketika itu? Apabila Hishamuddin Hussin dan keseluruhan Pemuda UMNO diam membatu terhadap perbuatan biadab Azalina atas nama Puteri UMNO, sekali gus martabat Pemuda UMNO sudah hancur berderai. Lihatlah sekarang ini, apa sahaja projek Pemuda UMNO selepas peristiwa Azalina mengaibkan NC Universiti Malaya, semuanya tidak kena. Bukankah itu yang terjadi kepada Aziz Sikh ketika memimpin satu kumpulan Pemuda UMNO memanjat tembok Dewan Perhimpunan Cina untuk mengugut membakarnya? Apakah kesanya? UMNO dan BN hilang kerusi di Lunas. Apakah implikasi kemenangan itu? Ada berita angin yang mengatakan Saifuddin Nasution mesti diketepikan walaupun dengan cara tahahan ISA ataupun ‘dibunuh sahaja’. Kenapakah sampai begitu sekali rakusnya kepimpinan Mahathir (sKT)? Kemenangan Saifuddin dan Keadilan telah menafikan hak Kerajaan UMNO di Kedah untuk berkuasa dengan majoriti dua pertiga. Ini adalah satu tamparan hebat kepada Mahathir (sKT) kerana Kedah adalah negeri kelahirannya.

Pemuda UMNO Tidak Bertelor

Rami orang kampung dan bandar berkata dengan lantang, “Pemuda UMNO di bawah Hisahmuddin Hussein sudah tidak bertelur lagi.” Kalau dulu, Pemuda UMNO berani bersuara lantang  menyindir ataupun mengkritik pucuk pimpinan UMNO dan kerajaan, Pemuda UMNO hari ini hanya berani bersuara lantang laksana ayam jantan yang berkokok berderai sedangkan ekor bergelumang tahi. Itulah ayam jantan yang sudah rabun dan tumpul tajinya sehingga sanggup lari apabila disergah oleh ayam betina.

Apabila Mahathir bersuara lantang menyindir Kerajaan Singapura dan mengungkit cerita harga dan bekalan air, apakah yang dilakukan oleh Pemuda UMNO? Mereka ikut sama perangai Mahathir dan bersuara lantang “akan berjuang habis-habisan” mempertahankan apa? Mempertahankan jawatan dalam kerajaan dan UMNO sahaja……!

Adakah mereka debatkan kisah surat-surat yang Mahathir kirimkan kepada Lee Kuan Yew yang didedahkan oleh akhbar Singapura dan dibincangkan di Parlimen negara itu? Apabila Mahathir berkata pendedahan surat itu adalah kerja busuk kerana mendedahkan rahsia surat peribadinya, keseluruhan pemimpin UMNO ikut setuju tanpa memikirkan bagaimana Mahathir mendedahkan surat Musa Hitam kepadanya meminta penyingkiran Tengku Razaleigh Hamzah daripada kabinetnya. Bagaimana pula dengan isi kandungan surat Ummi Hafilda yang dijaja seluruh dunia mengenai tohmahan salah-laku Anwar di sebuah apartmen yang belum dibina ketika tohmahan itu dibuat? Apakah surat Ummi Hafilda itu bukan satu surat peribadi? Apakah surat seorang perdana menteri kepada seorang perdana menteri yang lain mengenai khazanah negara itu satu surat peribadi?

Mahathir si Kepala Taik malu dengan pendedahan banyak rahsia dalam suratnya kepada Lee Kuan Yew. Saya pernah menulis bahawa harga air bekalan ke Singapura harus mengambil kira kadar harga yang ditetapkan oleh China kepada Hong Kong. Tetapi, apabila Mahathir (sKT) bersetuju dengan kadar itu dulu, ia menunjukkan ada sesuatu yang bertukar tangan di antara Mahathir, Daim dan Lee Kuan Yew yang sehingga kini kita tidak tahu. Malahan, sehingga hari ini kita tidak tahu apa jadinya dengan tanah Keretapi Tanah Melayu (KTM) yang diambil-alih oleh Singapura. Bagaimana pula dengan kisah peralihan pangkalan tentera laut daripada Woodlands sedangkan kerajaan Singapura sanggup berbelanja membenarkan pangkalan itu menetap di sana. Bukankah penetapan pangkalan seperti itu satu perkara yang paling strategik untuk pertahanan Malaysia? Kenapakah kerajaan Mahathir (sKT) di bawah nasihat Daim dan Yahudi sanggup memindahkan pangkalan itu ke Lumut kalau bukan kerana mahu membalun wang yang banyak daripada urusan hartanah di situ?

Kalaulah Pemuda UMNO mampu berfikiran waras, pada tahap awalan dulu lagi, ketika Mahathir (sKT) menetapkan harga bekalan air mentah mulai Januari 2002 pada kadar 60 sen setiap seribu gelen, Pemuda UMNO sudah ada hak mempertikaikan keputusan Mahathir (sKT). Keputusan itu tidak pernah dibincangkan di mesyuarat kabinet dan tidak pernah diluluskan oleh Parlimen. Malahan kerajaan Johor tidak dirundingkan dulu sebelum kadar itu ditetapkan. Itu adalah keputusan si Raja Penyangak sendirian. Alangkah aibnya perkara ini dibiarkan sahaja oleh Pemuda UMNO Johor. (Sila lihat kadar harga air yang saya tulis dalam tulisan yang dulu mengikut tarif dan amalan dunia luar: Apabila Rakyat Mula Membenci Bab 2).

Kalaulah Pemuda UMNO ada bertelur, sudah tentu diperdebatkan hal ehwal penyerahan semula tanah KTM kepada Kerajaan Singapura. Kisah seperti ini tidak disiarkan oleh akhbar propaganda UMNO tetapi kita dapat kiasan dan sindirannya daripada banyak punca berita yang lain.

Begitu juga halnya dengan kisah Pulau Batu Putih. Pemuda UMNO bersuara lantang mengutuk kerajaan Singapura, tanpa usul periksa bagaimana Mahathir (sKT) telah memberikan kelulusan sepuluh tahun dulu lagi untuk kerajaan Singapura membangunkan pulau itu. Kalau kita buka http://hydec.com/intro.htm kita akan sedar bagaimana kawasan berhampiran Pulau Batu Putih (Teluk Rumania) adalah kawasan pengorekan pasir yang diuruskan oleh orang-orang UMNO juga. Begitu juga dengan kerja-kerja mengorek pasir dan menambak pantai di seluruh Malaysia, hampir semuanya adalah projek orang-orang UMNO.

Memadailah dulu cerita kita kali ini. Kita sekadar mahu memberi ingatan kepada Pemuda UMNO agar hentikan kelakar dan lakonan yang sedang dimainkan ini. Mahathir akan berundur juga, walaupun sudah ada rancangan besar yang akan bergerak seluruh negara mahukan beliau menyambung sepenggal lagi. Pemuda UMNO harus sedar rakyat negara ini tidak kira Melayu, Iban, Kadazan, Dusun, Semelai, Cina India, Benggali dan apa sahaja, sedang mengerang dalam hati kerana keadaan hidup yang semakin menghimpit jiwa. Pemuda UMNO harus sedar dan peka kepada keadaan ini. Hentikan segala projek syok-syok sendiri itu. Apakah gunanya melancarkan kempen keamanan sedangkan Anwar Ibrahim sedang terpenjara? Apakah dosa Ezam dan rakannya yang disahkan oleh mahkamah sebagai tidak berdosa mesti terus dipenjarakan? Apakah sebenarnya dosa kumpulan yang bergelar Al-Maunah sehingga mereka dijatuhkan hukuman mati?

Apakah gunanya Pemuda UMNO berlagak mahu menggempur lawan, sedangkan soal SAR (Sekolah Agama Rakyat) dinafikan hak menerima bantuan kerajaan dihentikan begitu sahaja oleh Mahathir mengikut selera dan dendam busuknya, dibiarkan sahaja oleh Pemuda UMNO.

 Cuba fikirkan semua ini dan renung dalam-dalam kisah mangsa kebakaran ‘Bright Sparklers’ yang masih tidak menerima pampasan mereka. Begitu juga dengan mangsa Memali yang masih menunggukan barang-barang mereka dipulangkan semula. Selesaikan dulu semua itu barulah cakap mengenai keamanan dunia.

Sebagai awalan saya cabar Pemuda UMNO buat surat bantahan kenapa kerajaan gunakan kereta BMW untuk dijadikan limousin dalam Persidangan NAM? Saya cabar agar Hisham kemukakan surat bantahan itu kepada Mahathir secepat mungkin. Dia terima ataupun tidak bantahan itu adalah soal lain. Yang pentingnya Pemuda UMNO sanggup berdepan dengan kenyataan. Beranikah Pemuda UMNO lakukan?

Jika tidak jangan marah kalau orang Melayu kata Pemuda UMNO sudah hilang telurnya!!!

- marhaintua - 07.02.2003 (suntingan Z-M@RHAEN)

~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!