Siri Dilema Mahathir
Melayu Juga Yang Hancurkan Melayu -
Bahagian Satu
Oleh Marhaintua
Dalam beberapa tulisan saya yang lalu, ada saya syorkan agar para pembaca membeli dua buku tulisan Shaari Sungip ‘Surat dari Kemunting’ dan menyimpannya sebagai khazanah serta warisan bangsa. Malahan ia harus disimpan untuk warisan keluarga sendiri supaya setiap zuriat kita nanti dapat memahami kegetiran hidup bangsa Melayu masa kini. Kalau ada kemampuan belilah buku itu dan jadikan hadiah majlis perkahwinan, hari jadi dan apa juga bentuk hadiah kepada orang lain.

Sebelum kita terus menulis kali ini saya ingin berikan satu cadangan lagi agar para pembaca mencari dan membeli CD (dua keping) berjudul “Siapa Khianati SAR!” Kita akan kupas sedikit perkara ini secara ilmiah. Tetapi, usahakanlah membeli CD itu dan buatlah sebagai ‘family heirloom’ yakni warisan kita turun temurun agar generasi akan datang dapat menilai apa sebenarnya yang terjadi pada saat-saat kehancuran sebuah dinasti kodi yang berketuakan seorang mamak malbari. CD ini memang jelas rakaman gambarannya, tetapi mempunyai kualiti yang kurang sedikit dari segi bunyi.

CD ‘Siapa Khianati SAR!” yang saya beli ialah yang dijual di bahagian Utara. Mungkin di Kuala Lumpur dan Pantai Timur, ataupun di sekitar Ipoh / Kuala Kangsar, mutunya boleh jadi lebih baik lagi. Yang penting, beli dan simpan untuk generasi yang akan datang. Kalau termampu, beli lebih dan agihkan sebagai hadiah kepada pihak lain.

Saya juga amat mengharapkan agar ada pihak tertentu seperti Harakah, Tranungkite, Webreformis ataupun sesiapa sahaja, yang dapat mengeluarkan transkripsi debat itu supaya dapat diteliti inti-patinya. Saya menjangkakan, besar kemungkinannya CD itu akan diharamkan oleh pihak penguasa dan sesiapa yang didapati menjualnya akan ditangkap. Di zaman pemerintahan BN dan UMNO hanya ada satu bahan percetakan yang diharamkan dan sesiapa yang menjual dan membelinya tidak pernah ditangkap. Itulah buku yang berjudul ‘Malay Dilemma’ (‘Dilema Melayu’) tulisan Mahathir Mohamed (sKT).

Syabas Nazri dan Salahuddin

Isu debat SAR mungkin telah dilangsungkan di sebuah dewan kecil yang mampu menampung seramai 1000 tetamu sahaja. Tetapi, ia membawa satu makna yang bukan kepalang besarnya. Nazri Aziz mungkin berdiri di pentas itu mewakili diri sendiri, katanya. Ini terjadi kerana UMNO tidak mengiktiraf beliau sebagai wakil parti itu dalam debat yang sungguh bermakna. Malahan, UMNO tidak menggalakkan anggotanya menghadiri debat tersebut, sehinggakan Nazri terpaksa memulangkan 300 tiket yang dikhaskan untuk agihan pihak UMNO.

Oleh kerana munculnya pra-syarat daripada pihak UMNO dalam perkara ini yang menyerlah hanya melalui dua faktor di atas, kehadiran Nazri ternyata terlalu pincang. Dia sudah kalah sebelum debat dimulakan. Salahuddin yang membuka hujahnya telah memberikan penerangan mengenai kepincangan di pihak UMNO, sudah ternyata berada di pihak yang mudah menang. Salahuddin menang daripada segi teknikal kerana tipu muslihat UMNO. Mungkin dari segi pakaian dan keterampilan Salahuddin sedikit menonjol pada malam itu, ini tidak bermakna Nazri kalah kerana tidak berwibawa. Cuma dia sudah kalah sebaik sahaja dia berada di atas pentas kerana berada di pihak yang lemah disebabkan peluru kapur yang disediakan oleh UMNO dan keadaan semasa sebagai bekalannya.

Namun, saya ingin merakamkan tahniah kepada mereka berdua kerana kesediaan mendebatkan satu isu yang amat besar maknanya kepada masa depan orang Melayu di negara ini. Tiada siapa yang kalah pada malam itu, melainkan orang Melayu gara-gara satu pertubuhan Melayu bergelar UMNO yang cuai kerana merelakan seorang pemimpin nyanyuk bertindak sesuka hatinya menarik balik peruntukan kerajaan kepada pengurusan SAR.

Kita harus sedar, apa pun yang cuba diketengahkan oleh Nazri Aziz, dia memang berada di pihak yang terlalu lemah untuk mengemukakan hujahnya. Ini bukan bererti dia kurang bijaksana berbanding Salahuddin. Nazri ternyata pincang mengemukakan hujah yang bernas kerana dia sememangnya serba-salah untuk membuka silatnya. Terlalu banyak peraturan yang perlu diikuti kerana mahu melindungi imej kabinet pimpinan si ketua nyanyuk dan imej UMNO dan BN yang sudah semakin hanyut dalam lipatan sejarah yang ‘silam’.

Kenapa Peruntukan SAR dihentikan?

Mahathir (sKT) bertindak menarik balik peruntukan per kapita kepada SAR kerana dia mahu membalas dendam gara-gara adanya golongan tertentu mahukan dia berbuat begitu sebelum dia pergi bercuti pada bulan Mac ini. Perkataan ‘membalas dendam’ merupakan capaian utama para penganalisis politik di negara ini. Dalam bahagian dua penulisan ini nanti akan saya ceritakan bahawa apa yang disebut ‘membalas dendam’ itu hanya satu tipu helah sahaja.

Apa sangatlah peruntukan per kapita pada kadar RM80 untuk 74,000 pelajar SAR berbanding RM2,000 untuk pelajar sekolah yang lain? Apa sangatkah RM5,920,000 untuk satu tahun berbanding dua bilion yang Mahathir faraidkan kepada anak-anaknya yang kantul dalam perniagaan mereka? Bayangkan berapa sangat nilai wang sebanyak itu berbanding RM800 juta yang dilarikan oleh Ting Phek Khing ke Perancis ketika menemani Mahathir membuat lawatan ke sana? Berapa sangatkah wang peruntukan sebanyak itu berbanding wang pembaziran yang dibelanjakan oleh Mahathir mengelilingi dunia memujuk para pemimpin negara menghadiri persidangan NAM?

Apakah Mahathir (sKT) fikir rakyat lupa apa katanya ketika berada di Mesir selepas menerima anugerah pemimpin Islam tersohor daripada Al-Azhar? Bukankah dia pergi ke Mesir kerana mahu memujuk Hosni Mubarak agar menghadiri NAM? Apakah rakyat mudah lupa bahawa NAM yang ditaja oleh Malaysia kali ini sebenarnya merupakan persidangan yang sepatutnya diadakan di Jordan? Nah.... setelah Malaysia menjadi Pak Sanggup menggantikan Jordan sebagai tuan rumah, apakah Raja Jordan menghadiri persidangan itu?

Apakah sangat RM6 juta peruntukan per kapita kepada SAR berbanding 2 bilion kos persediaan NAM? Malahan, untuk menyediakan persediaan OIC pada bulan Oktober nanti, pelbagai bangunan yang tidak berguna dan membazirkan wang rakyat sengaja diada-adakan di Putrajaya. Contoh yang terbaik ialah pembinaan sebuah bangunan yang dikenali sebagai ‘Bio-Lab’ berharga hampir RM30 juta. Apakah gunanya makmal ini, sedangkan kita pernah berbelanja RM26 juta untuk projek yang sama di Pulau Pinang untuk kegunaan atlet Komanwel? Kalau dalam persidangan NAM, ramai pemimpin negara OIC seperti Ghadaffi daripada Libya, Hosni Mubarak daripada Mesir, Saddam Hussein daripada Iraq, dan hampir semua pemimpin negara Arab di Timur Tengah tidak datang sendiri, apakah nanti jadinya kepada persidangan OIC?

Dua bilion ringgit telah dibelanjakan untuk NAM dan dua bilion lagi diperuntukkan untuk OIC, kenapakah peruntukan per kapita untuk anak-anak Melayu dihentikan?

Ternyata, Mahathir (sKT) sengaja mencetuskan huru-hara di kalangan masyarakat Melayu melalui penarikan per kapita kepada SAR dengan tujuan memesongkan pemikiran orang Melayu daripada menumpukan fokus kepada kehaprakan dinasti kodi yang semakin menghampiri zaman kepupusannya.

Benarkah lulusan SAR fanatik Islam dan penentang kerajaan?

Dalam usaha menegakkan benang basah, Mahathir (sKT) telah menggunakan beberapa ramai orang suruhan untuk meneruskan usaha agar SAR ditutup. Seperti yang didedahkan oleh Salahuddin, sudah ada lima sekolah agama rakyat di Johor yang menerima arahan supaya ditutup. Kita juga dapat mengambil iktibar betapa penutupan surau Jubli Perak di Bangi adalah salah satu taktik untuk memperkasakan arahan si ketua nyanyuk ini.

Namun demikian, kita seharusnya jangan lalai, untuk menilai siapakah orang-orang suruhan yang dikerah agar mencetuskan huru-hara di kalangan masyarakat Melayu dengan menggunakan isu SAR. Saya mengamati keadaan ini dan ingin menyebut beberapa ‘tokoh’ ini yang giat cergas masa kini: Aziz Samsuddin, Zainuddin Maidin, tengku Adnan Mansor, Khir Toyo, Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO.

Dengan lain perkataan, kemunculan Nazri Aziz adalah mewakili Pergerakan Pemuda UMNO, walaupun dia tidak berkata begitu. Pemuda UMNO semacam tidak terlibat kerana mereka sibuk dengan pelancaran Aman Malaysia yang merupakan satu pergerakan memancing penyertaan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan untuk menyatakan bahawasanya rakyat Malaysia cintakan keamanan. Sebenarnya ada muslihat besar yang terselindung di sebalik pergerakan itu. Besar kemungkinannya, itulah juga caranya nanti munculnya satu ‘barisan rakyat’ yang akan berganding bahu meminta Mahathir agar meneruskan dinasti kodi beliau. Tunggu sahajalah ketika dan masanya.

Tersenarainya nama-nama di atas tentu mengingatkan kita kepada kisah yang mencetuskan Drama ‘Mata Lebam’. Bukankah Aziz Samsuddin perancang utama yang menggunakan bekas kekasih lamanya Dr. Qistina untuk memeram Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar di rumah beliau? Dalam kes mata lebam nama Zainuddin Maidin tidak menyerlah, tetapi adakah sesiapa yang dapat menolak peranan besar ZAM memujuk Khalid Jafri agar menyediakan buku ’50 Dalil’? Dari segi akademik dan kepintaran kewartawanan, Khalid Jafri memang lebih layak menjadi Ketua Pengarang di Utusan. Tetapi kerana ZAM pintar menggilap si hidung besar, makanya ZAM naik menjadi ketua pengarang dan Khalid Jafri tersingkir setelah beberapa ketika menjadi Pengarang Sukan sahaja. Wang dan hambatan kemuflisan serta keperluan hidup mewah yang mencuit Khalid untuk menulis dan menghambakan dirinya kepada kumpulan jahanam penegak dinasti kodi.

Adnan Mansor yang bergelar tengku akan dirakam dalam sejarah Melayu moden sebagai musibat paling berbisa dan berbahaya yang menghancurkan keharmonian bangsa Melayu sama tarafnya dengan Zam Mamak tetapi bawah sedikit daripada Aziz Samsuddin. Saya pernah menulis bahawa Adnan Mansor adalah orang suruhan Mafia China untuk mengawal setiap gerak-geri pemimpin Melayu dalam UMNO dalam bidang perniagaan. Cuba perhatikan, tidak ada seorang pun orang Melayu yang bertaraf ‘korporat’ yang naik atas tajaan UMNO dan Mahathir-Daim yang kini mempunyai nama yang baik. Tajuddin Ali, Halim Saad, adalah dua nama contoh yang kerap dipuji secara terbuka oleh Mahathir dalam perhimpunan UMNO. Apa yang jadi kepada mereka? MAS kelolaan Tajuddin Ali lingkup sehingga rakyat marhaen sedar betapa hutang yang besar diperlukan untuk menyelamatkan syarikat itu. Renong, PLUS, UE (M) dan Time merupakan empat nama besar dalam dunia korporat yang dikatakan menjadi tulang belakang Wawasan 2020. Apa jadinya kepada semua syarikat itu kalau tidak ‘bungkus’ dan muflis?

Cukuplah kalau kita sebut setakat dua nama ini sahaja. Kalau kita tidak rakamkan di sini, nama itu memang sudah terpahat dalam sejarah Melayu moden sebagai orang suruhan yang taat setia tetapi pincang dengan kerjanya. Tetapi, jangan tersilap.... dua nama ini masih kaya-raya. Hanya syarikat yang mereka pimpin itu yang papa kedana. Inilah anak-anak emas Mahathir (sKT) yang diberikan ‘syarikat-emas’ untuk menjadi lambang kebijaksanaan anak Melayu mengurusnya. Syarikat lingkup, tetapi orangnya masih segar-bugar dan hanya tidak menyinar namanya untuk sementara waktu sahaja.

Dua nama Melayu yang lingkup di atas, menyerlah begitu cerah kerana mainan politik dan tipu muslihat propaganda UMNO dan Mafia Cina. Kalau kita ambil nama-nama lain seperi Ekran, Ampangan Bakun dan Ting tauke Batang Penyapu, kita akan dapati kegagalannya adalah jauh lebih besar daripada kegagalan Tajuddin dan Halim Saad. Tetapi, kebenaran ini tidak menonjol kerana ia tidak ditonjolkan. Begitu juga dengan Vincent Tan dan Kumpulan Berjaya. Tidak ada satu projek yang diberikan secara istimewa oleh Mahathir (sKT) kepada Vincent Tan yang berjaya dilaksanakannya. Inilah musibat yang berjaya memerangkap Mohtar Abdullah (bekas Peguam Negara) dan Eusoff Chin (bekas Ketua Hakim Negara) untuk pergi bercuti bersama beliau dan peguamnya di luar negara. Keintiman itu membolehkan peguam beliau menulis hujah dan hukuman bertulis yang patut dikeluarkan oleh Ketua Hakim Negara terhadap musuh-musuh Vincent Tan dan Mahathir. Salah seorang musuh mereka ialah MGG Pillai.

Sebelum Adnan Mansor menjadi Setiausaha Kerja UMNO dia merupakan rakan kongsi Vincent Tan. Dia juga merupakan tuan punya ‘Watan’ yang sudah lama berkubur. Vincent Tan hanya kelihatan berjaya kerana adanya lesen judi yang diberikan kepadanya. Apa yang diperlukan oleh Mahathir dan UMNO disediakan oleh Vincent Tan dengan balasan boleh menjual Toto pada hari yang tidak berjadual. Kalau kita teliti kebijaksanaan kawalan kewangan’ Bank Negara, siapakah yang boleh memberikan jaminan bahawa Vincent Tan-Adnan Mansor-Mahathit (sKT) tidak bersekongkol merembat hadiah besar-besar dalam setiap pencabutan jualan tiket judi ? Kalau dalam perkiraan undi untuk menjadi presiden UMNO, lampu boleh padam secara tidak semena-mena sehingga menggelapkan dewan perkiraan kertas undi, apa sangatkah penipuan dengan komputer kepada pengagihan nombor pemenang cabutan undi judi?

Apakah rakyat lupa bagaimana seorang pengurus jabatan komputer Bank Negara boleh dinaikkan melonjak menjadi Ketua Eksekutif Telekom sebagai pampasan memadamkan rekod komputer orang tertentu di Bank Negara?

Dengan kata mudah, Adnan Mansor adalah orang belaan Vincent Tan dan Mafia Cina untuk memporak-perandakan UMNO (Baru) dan menentukan bahawa hanya Melayu yang dapat dipulas telinga oleh orang bukan-Melayu akan naik menjadi pemimpin negara ini.

Satu ketika dulu Adnan Mansor pernah menangis dalam persidangan Pemuda UMNO apabila Anwar Ibrahim melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Dia menitiskan air mata dengan kata-kata yang menyayat hati kerana tidak merelakan Anwar melepaskan jawatannya. Titisan air mata itu yang telah memaut Anwar untuk terus mempercayainya sehinggakan Anwar terus memberi ruang kepadanya untuk terus naik. Seperti yang saya tulis dulu-dulu, kelemahan Anwar yang paling besar ialah mudah mempercayai manusia Melayu yang berperangai ‘musang berbulu ayam’. Anwar Ibrahim ditipu bontang oleh air mata buaya Adnan Mansor. Inilah juga taktik ‘air mata’ yang telah diajar oleh Adnan Mansor kepada bosnya Mahathir (sKT) dalam persidangan tahunan UMNO.

Adnan Mansor menjadi Setiausaha Agong UMNO kerana dia merupakan ‘financier’ melalui penjualan tiket judi yang dikelolakan oleh syarikat Berjaya. Adanya peruntukan wang yang tidak terhad, Adnan Mansor kini sudah mula menebar pengaruhnya di Putrajaya. Satu ketika dulu, penghuni Putrajaya mengeluarkan belanja untuk membuat ‘rumah terbuka’ secara bergotong royong. Tetapi mulai Hari Raya Korban ini segala persiapan dan ongkosnya disediakan oleh Adnan Mansor. Sekali gus dia sudah memacak pasak di Putrajaya kerana dia mahu bertanding di sana.

Wang sahaja tanpa ada satu institusi kerajaan yang besar tidak dapat menebar pengaruh yang berkekalan. Kerana itu muncul seorang anak Jawa bekas penyusun surat khabar lama di Utusan. Walaupun sudah berpelajaran tinggi dan menjadi doktor gigi, apabila dia naik menjadi menteri besar dengan cara melangkah banyak kepala orang lama yang sudah beruban semuanya, Khir Toyo terus lupa daratan. Hubungan lama beliau dengan seorang pengarang Utusan memudahkan kerja-kerja memulas telinga Khir Toyo untuk mengikut arahan.

Lengkaplah satu pasukan para musibat untuk menjalankan kerja-kerja haprak menindas bangsa Melayu yang tidak akur kepada arahan Raja Penyangak.

Mahathir Mohamed (sKT) telah berjaya mencengkam kuasa dengan cara pecah dan perintah (divide and rule). Sebagai seorang yang mempunyai ramai penasihat bedebah untuk meruntuhkan martabat Bangsa Melayu, Mahathir sudah lama diperangkap oleh pelbagai institusi besar untuk menjahanamkan bangsa ibunya sendiri. Kita boleh imbas perkara ini secara ringkas sahaja untuk menjimatkan masa:

a) Pengaruh Mafia Cina: Sebahagian besar peniaga dan pedagang Cina yang dinaikkan oleh Mahathir adalah daripada kelas bawahan yang sengkek pada asalnya dan yang pernah menjadi calon peminjam golongan ‘Along’ ataupun ceti haram. Hampir semua peniaga Cina itu bukannya ada pendidikan yang tinggi-tinggi seperti kebanyakan usahawan Melayu yang dianak-emaskan oleh Mahathir. Apa ada pada Eric Chia, Abdullah Ang, Vincent Tan, Ting Phek King? Apa ada pada Adnan Mansor kalau bukan menjadi orang suruhan Vincent Tan dan orang upahan peniaga Cina pada satu ketika dulu? Pedagang Cina yang tidak berpendidikan mudah mewarisi stail perniagaan Cina di zaman kongsi gelap Ghee Hin semasa kegemilangan industri lombong bijih dan emas.

b) Pengaruh Yahudi: Mahathir membesar di Singapura di mana dia menulis ketika masih belajar bidang kedoktoran. Di akhir-akhir zamannya di Singapura dia bertemu dengan Abdullah Ahmad yang merupakan stringer (wartawan kadet) di Singapura. Abdullah Ahmad yang bergelar Tan Sri kini merupakan Ketua Pengarang Eksekutif di The New Straits Times. Dia terlalu berbangga dengan pengajian di Cambridge dengan lulusan Master of Letters. Begitu juga bangganya beliau dalam website sendiri sebagai ‘Penasihat kepada Tun Abdul Razak bin Hussain’. Apa yang tidak diceritakannya ialah ketika dia menjadi setiausaha akhbar kepada Tun Abdul Razak umurnya ialah sekitar 28 tahun sahaja. Kelulusan yang ada padanya ketika itu ialah Gred Tiga lepasan maktab Melayu Kuala Kangsar. Adakah sesiapa di kalangan anak Melayu hari ini yang menjadi penasihat kepada seorang perdana menteri dengan kelulusan dan usia semacam itu?

Akan tetapi, Abdullah Ahmad adalah raja kelentong yang menonjolkan ketokohan Tun Razak untuk dia menumpang sama untuk menggilap namanya. Ingat, dia menjadi penuntut istimewa di sebuah Maktab terunggul di Malaysia satu ketika dulu. Tetapi dia hanya mampu mendapat Gred Tiga, dan mampu menjadi penasihat seorang perdana menteri ketika masih muda. Sudah tentu ini satu rekod dunia.

Tetapi, semasa Abdullah Ahmad menjadi ‘penasihat’ Tun Razak, kerajaan masih dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, yang pernah mahu menangkap Mahathir di bawah ISA. Kisah ini dibocorkan oleh Abdullah Ahmad dan membolehkan Mahathir disembunyikan oleh Tengku Abdullah adik kepada Yam Dipertuan Besar Negri Sembilan dan merupakan pengerusi MBF. Semasa Mahathir menjadi Senator, dia dan Tengku Abdullah adalah rakan kongsi perniagaan. Rakyat marhaen tentu masih ingat betapa Tengku Abdullah dihantar ke Israel untuk berunding sesuatu sebagai wakil peribadi Mahathir.

Kita juga mesti ingat bahawa sejak Singapura berpisah daripada Malaysia, penasihat utama republik itu dalam bidang ketenteraan dan kewangan ialah orang-orang suruhan kerajaan Israel. Malahan, pada satu ketika, kelengkapan tentera Singapura telah dibekalkan oleh kerajaan Israel dengan memberikan hadiah kelengkapan perang yang digunakan dalam Perang Arab-Israel pada awal enam puluhan dulu. Atas nasihat tentera Israel dan Mossad, kebanyakan ahli komando tentera Singapura merupakan anak-anak kelahiran Malaysia.

c) Pengaruh Yakuza: Pengaruh Yakuza telah lama bertapak di Malaysia sejak Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kesan yang paling baik pengaruh ini bermula dalam pembinaan Bangunan Dayabumi yang menelan harga lebih tiga puluh kali ganda daripada kiraan asalnya. Inilah sebab utama kenapa Dayabumi terpaksa dibeli oleh Petronas. Kemudian, muncul projek membina padang golf di merata negara. Hutan simpan dibuka untuk dijadikan padang golf. Ketika itu adalah lebih murah untuk seorang eksekutif Jepun datang bermain golf di Malaysia untuk dua minggu daripada bermain satu golf (18 lubang sekali permainan) di Tokyo. Apabila sudah berpuluh lapangan golf di Malaysia menggunakan banyak kepakaran dan kelengkapan Jepun, secara tiba-tiba pelawat Jepun berkurangan di Malaysia, kerana mereka menyerang negara lain. Dengan lain perkataan, Yakuza dan pengaruhnya muncul apabila konsep ‘Pandang Ke Timur’ menjadi kegilaan pemerintahan Mahathir.

d) Cengkaman Amerika: Sama ada orang Melayu sedar ataupun tidak, pemerintahan Mahathir bermula dengan lagak beliau menghambat pengaruh Amerika yang bertapak di rantau ini. Akan tetapi, pada zaman kegelapan dinasti kodi Mahathir, dia menjadi hamba abdi kepada cengkaman pengaruh Amerika. Ini adalah kesan pengaruh Mafia China, Yakuza dan Yahudi.

Amerika merupakan negara yang mahu terus berkuasa di dunia ini dengan pelbagai helah untuk memperkasakan jaringan kuasa itu. Pelbagai helah digunakannya. Yang terkini, Amerika menggunakan Islam dan kemajuan pergerakan Islam sebagai topeng penguatkuasaan orde baru mereka.

Orde Baru Amerika (neo-orde) adalah bikinan CIA ketika pertubuhan risikan itu diketuai oleh bapa presiden Bush sekarang. Ketika itu Ketua Setiausaha Negara Amerika ialah Henry Kissinger.

Mahathir ternyata melatah sekarang ini kerana dia terpaksa mengikut rentak neo-orde yang ditentukan melalui Presiden Bush dan Ronald Rumsfeld. Satu ketika dulu orde baru naik megah melalui pengedaran dadah kokain di merata dunia. Apabila candu menjadi bahan hangat di Segitiga Emas Burma-Thailand, kokain menjadi barang pasaran yang tidak menentu harganya. Lagipun pasaran kokain tergugat apabila kumpulan pengedar terbesar kokain di Latin Amerika seperti ‘Madelein Cartel ‘ berantakan sesama mereka ekoran tertangkapnya General Noreiga daripada Panama yang kini terpenjara di Amerika. Bekas ketua kerajaan Panama itu tertangkap kerana tidak bersetuju dengan kedegilan CIA Amerika yang mahu menghamba-abdikan bangsa dan negaranya secara berterusan.

Arahan Neo-Orde

Cengkaman Neo-Orde bukanlah satu fenomena yang baru. Kerajaan Sukarno tumbang apabila Neo-Orde merancang Episod Gestapo (Gerakan Tiga Puluh September) pada September 30, 1965. Sukarno yang menghampiri zaman kegemelapannya telah diperangkap oleh Parti Komunis Indonesia pimpinan C.N. Aidit. Peristiwa Lubang Buaya yang menyimpan beberapa panglima tentera yang telah dibunuh oleh perampas kuasa telah ‘diselamatkan’ oleh KOSTRAD pimpinan Jeneral Suharto.

Apabila Jeneral Suharto naik ke atas mengetepikan Jeneral Nasution, maka naik sama sekumpulan pedagang China yang beragama Kristian. Kesannya, Ibu Tien Suharto naik sama sebagai Padri (Kristian) Wanita Terunggul di Indonesia, sehinggalah dia rujuk semula menerima syahadah dan mengerjakan Haji di Makkah beberapa bulan sebelum meninggal dunia.

Apa jadi kepada Indonesia sejurus Suharto naik? Perdagangan Indonesia yang dulunya dibina bersama oleh rakyat, telah diswastakan kepada pedagang Cina dengan berproksikan nama anak-anak Suharto dan Cina pilihan beliau di Indonesia. Apa juga projek yang menguntungkan, urusan koperasi rakyat Indonesia ‘dirampas’ untuk dijadikan institusi baru atas nama kemajuan. Pengaruh Kristian berkembang merata tempat dan menonjol dalam bidang sukan terutama badminton.

Dengan lain perkataan, orde baru menaikkan Suharto untuk memberi ruang kepada Mafia China, Yakuza dan Yahudi berkembang sama. Sedangkan pacuan perkembangan itu dipermudahkan oleh banyaknya dana yang mencurah-curah disediakan oleh institusi Kristian. Sekali gus, Kristian berkembang biak sehingga muncul satu ketika berlakunya pertembungan antara umat Islam yang sedar akan bencana dan bahana perkembangan Kristian yang mencengkam budaya dan tata-susila hidup mereka.

Adakah banyak bezanya perjalanan orde baru di Indonesia di zaman Suharto dengan cengkaman orde baru di Malaysia pada zaman Mahathir (sKT)?

Bersambung....

- Marhaintua - 23.02.2003 (suntingan M@RHAEN)

~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!