Utusan Malaysia Semakin Kurang Ajar!!!!
Oleh Marhaintua
Akhbar Utusan semalam membawa pojok berita besar berbunyi: “Saddam dipercayai terkorban.” Kemudian ditunjukkan dua keping gambar lubang yang besar dan dua orang askar Amerika sedang melipat bendera Iraq.

Siapakah yang merencana pojok yang sungguh menghina itu? Apakah dia tidak sensitif kepada perasaan orang Arab dan umat Islam?

Sebagai umat Islam kita tidak boleh menyiarkan berita besar seperti itu kerana ia menghina orang Islam dan juga masyarakat Arab. Sepatutnya kita berlapik sedikit seperti yang dilakukan oleh akhbar lain, termasuk akhbar Cina dan India. Malahan akhbar kumpulan NST tidak celupar semacam itu.

Saddam diumumkan oleh Barat sebagai seorang diktator yang kejam. Tetapi, dunia Arab sekarang ini sudah sedar hanya Saddam yang berani menyanggah Amerika. Barulah terbit cerita bahawa kebanyakan berita buruk mengenai Saddam adalah bikinan Barat yang mahukan beliau tersingkir oleh rakyat. Saddam yang mula-mula menukar urusan jual beli minyak menggunakan Euro. Tindakan beliau diikuti oleh Venezuela, itu sebabnya Hugo Sanchez cuba digulingkan oleh Bush beberapa kali, tetapi tidak berjaya.

Semalam CNN menunjukkan rakyat Iraq beratur melambai tangan dan menghulur bunga kepada tentera Amerika di Baghdad. Seorang teman Iraq (yang bencikan Saddam) di Kuala Lumpur berkata itu bukan gambar di Baghdad kerana itu adalah gambar di utara Iraq. Bererti ada sebab kenapa pembohongan semacam itu disiarkan dengan mengatakan itu adalah gambaran di Baghdad.

Amerika seboleh-bolehnya mahu mengisytiharkan menang peperangan itu sebelum 15 April ini, kerana cuaca panas akan mula mengganas diikuti oleh ribut pasir. Keadaan ini akan berterusan sehingga 15 Jun sebelum reda. Amerika tahu Saddam menyimpan segala kelengkapan perang untuk tidak dimusnahkan oleh kekuatan kelengkapan perang Amerika. Kebanyakan pesawat juangnya ada di negara jiran termasuk bekas wilayah Soviet Union. Saddam menunggu musim panas bermula dan membiarkan askar Anglo Amerika bermaharajagila ketika ini. Lagi lama mereka berkeliaran tidak menentu lagi banyak mereka membazirkan peluru. Pada waktu yang sama bencana yang menimpa orang awam akan menarik perhatian dunia kerana dunialah yang merelakan Amerika bermaharajagila.

Sepatutnya kalau Mahathir betul-betul mahu menunjukkan keberanian dan kelantangannya menyanggah Amerika dan kuasa besar dia menumpukan satu program membawa kanak-kanak yang kemalangan dan tidak beribu bapa di Iraq untuk dibawa ke Malaysia dalam satu program khas agar mereka membesar di sini. Jika tidak bayangkanlah, berapa ramai anak-anak Islam yang akan dikristiankan oleh ibu dan bapa angkat mereka di barat nanti?

Sepatutnya Utusan Malaysia lebih berhati-hati kerana pengerusi NAM sekarang ini ialah perdana menteri Malaysia yang hanya mampu membisu mengenai peperangan itu. Sepatutnya dia bersuara lantang meminta PBB mengarahkan Anglo-Amerika menghentikan peperangan itu. Kalau dia tidak berani bersuara begitu setidak-tidaknya bersuara bahawa selepas perang pentadbiran Iraq harus diuruskan oleh pemimpin Iraq dan diawasi oleh wakil pemimpin negara Islam. Itu hak kita sebagai umat Islam dan itu juga hak pengerusi NAM menyuarakannya.

Kalau Mahathir benar-benar mahu menonjolkan namnya, dia boleh meminta Utusan Malaysia melancarkan satu kempen meminta izin pencarum Tabung Hari agar wang zakat tahun 2002 digunakan untuk membuka tabung khas untuk biaya membawa masuk katakanlah 500,000 ribu kanak-kanak dan ibu Iraq. Kemudian minta jasa baik penyumbang Tabung Haji agar setiap tahun sepuluh persen wang zakat itu digunakan untuk tabung khas ini.

Alangkah baik kalau projek semacam ini dimulakan berbanding Aman Malaysia yang membuat kerja sia-sia minta derma dan membazirkannya untuk menaikkan Pemuda UMNO?

Apa salahnya membawa masuk 500,000 warga Iraq yang sedang merana? Letakkan mereka di perkampungan Melayu agar dapat melupakan keperitan hidup secara bertahap dan dapat berintegrasi untuk beberapa tahun sebelum boleh pulang semula ke negara mereka, jika mereka rela. Jika tidak apakah salahnya diberikan mereka kewarganegaraan khas untuk mereka agar menjadi satu masyarakat baru yang dapat berintegrasi dengan penduduk negara
ini?

Penderitaan rakyat Iraq sekarang bukannya satu pengalaman sembarangan. Mereka dihantui trauma yang sukar untuk dilupakan. Tetapi kalau satu program khas dapat dicanai dan meletakkan mereka di perkampungan Melayu, mereka dapat melupakannya sedikit demi sedikit dan dapat bercampur dengan masyarakat sesama Islam.

Malang sungguh Utusan Malaysia tidak menjaga sensitiviti politik dalam hal ini.

Nah... sila baca laporan Peter Arnett di Mirror pada keluaran Khamis ini. Apakah benar Saddam terbunuh dalam serangan itu???? (Peter Arnett: Bom Musnahkan Rumah, Bukannya Saddam)

Memang dasar UM sudah terlalu kurang ajar!!!!!!
 

  • Marhaintua - 10.04.2003 (suntingan M@RHAEN)
  •  
    ~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~
    Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

    Click Here!