|
Orang Melayu Lebih Takutkan Mahathir Daripada Allah (Bhgn2) |
Sejarah negara ini akan merakamkan satu hari nanti bahawa keunikan pemerintahan Mahathir si Kepala Taik ialah keghairahan beliau memberi ruang yang amat luas kepada peniaga Cina haprak naik menjadi kaya raya.
Asas Malaysia merdeka telah melihat bagaimana Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra membangunkan negara ini secara berhemah dengan pembabitan usahawan dan pedagang Cina yang bersifat patriot dan berwawasan. Tun Tan Cheng Lok memang terkenal sebagai seorang Cina Baba yang bersemangat patriot kerana beliau membabitkan diri menyokong British melawan Jepun semasa berada di India. Dengan kekayaan yang ada padanya, beliau memberikan sokongan padu kepada Tunku untuk mengajak masyarakat Cina menganggotai MCA dan menyertai Parti Perikatan.
Di samping Tun Cheng Lok ada seorang bekas kolonel tentera Cina bernama Tun H.S.Lee yang menjadi Menteri Kewangan pertama negara ini.
Selepas itu muncul anak lelaki beliau Tun Tan Siew Sin yang merupakan Menteri Kewangan Malaysia yang kedua selepas Tun H.S. Lee. Semasa Siew Sin menjadi Menteri Kewangan, nilai mata wang Malaysia adalah sama dengan nilai mata wang Singapore Dollar. Ini bererti beliau amat pintar menentukan nilai itu tetap sama dengan negara menanggung sedikit kerugian setiap tahun kerana urusan jual-beli mata wang sendiri. Tambatan nilai ini berubah sebaik sahaja Kementerian Kewangan diambil alih oleh seorang jerung peliharaan si Kepala Taik, yang kini duduk diam sahaja kerana dikenakan tahanan di rumah sendiri.
Tunku memberi ruang kepada peniaga Cina yang lain untuk mengusahakan projek yang dapat menyumbang kepada hal ehwal kemasyarakatan seperti peluang pekerjaan dan penerokaan industri baru. Contohnya ialah pembukaan Genting menjadi satu resort percutian. Pada tahap permulaan Genting diusahakan, Lim Goh Tong tidak pun diberikan lesen judi. Dia sebenarnya terkejut apabila diberikan lesen itu oleh Tunku semasa satu majlis pembukaan tempat peranginannya.
Di samping itu Tunku telah menggalakkan industri hidangan makanan segera seperti KFC yang diusahakan pada tahap awalannya oleh tuan punya ‘Oasis Restaurant’ dan rangkaian ‘Rendezvous’. Oasis adalah tempat makan untuk masakan Cina, sedangkan ‘Rendezvous’ adalah berkonsepkan hidangan ‘ala-carte’ untuk muda-mudi.
Pada akhir 1960-an Tunku mula memberikan tumpuan kepada projek kebajikan mualaf, selepas tertubuhnya pusat hal ehwal masyarakat mualaf daripada kalangan bukan-Melayu yang memeluk agama Islam - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).
Apabila Tun Abdul Razak mengambil-alih teraju kepimpinan negara, masyarakat mualaf mendapat perhatiannya dengan munculnya restoran makanan Islam yang diusahakan oleh kumpulan ini. Beliau menyambung usaha Tunku dengan memberikan banyak peluang kepada kumpulan mualaf memasuki kegiatan arus perdana secara memberikan lesen teksi, bas kilang, lesen pengangkutan, lesen warung dan gerai dan sebagainya.
Kebanyakan pengusaha perniagaan seperti itu sudah pun menjadi besar dan kaya-raya dan ada yang berjaya meneroka bidang perniagaan di luar negara di mana mereka terus menetap di sana.
Pada waktu yang sama, Tun Razak berjaya mendapat kerjasama peniaga Cina yang berwibawa untuk melancarkan pelbagai industri baru di Malaysia. Contohnya ialah Tan Sri Kuok yang merupakan raja gula. Beliau turut terlibat dalam industri perkapalan dan kilang gula di negara ini.
Semasa Tun Hussein Onn, orang Cina terus memberikan kerjasama mereka kepada kerajaan yang memerintah mengikut ragam dan gaya yang diasaskan oleh Tunku dan Tun Abdul Razak
Dengan lain perkataan, asas perkembangan perniagaan masyarakat Cina yang dipengaruhi konsep Ali-Baba bergerak dengan cergas dalam ruang lingkup yang direstui oleh Kerajaan BN.UMNO.
Malahan, kalau kita belek semula tulisan Tunku “Sebelum dan Selepas Mei 13” nyata sekali bahawa salah seorang bergelar Melayu yang banyak menikmati peluang berniaga konsep perniagaan Ali-Baba ialah seorang insan yang bernama Mahathir s/o Mohamad Iskandar Kutty.
Dalam surat hasutan beliau mentohmah Tunku, si Kepala Taik ini menuduh Tunku sebagai seorang “Perdana Menteri yang memberi muka kepada orang Cina.” Sebaliknya pula, Tunku telah mendedahkan betapa Mahathir telah bersekongkol dengan orang-orang Cina dalam projek perumahan, sambil mengabaikan kawasan Parlimen beliau. Tetapi apabila beliau tewas semasa pilihan raya umum 1969, dia telah mencetuskan huru-hara dengan menuduh Tunku bertanggungjawab memanjakan kaum Cina.
Mahathir Bernabikan Cina ataupun Cina Bernabikan Mahathir?
Setakat ini sejarah telah merakamkan bagaimana Mahathir membeli rumah dan harta dan membiarkan orang Cina menyewanya walaupun dengan tujuan untuk dijadikan sebuah gereja oleh orang Kristian. Sejarah juga mencatatkan bagaimana si Kepala Taik sendiri telah mengusahakan tanah milik orang Melayu diambil oleh kerajaan dan ditukarkan status untuk dimajukan. Alasan beliau ialah orang Melayu dapat harga yang lebih baik kalau menjual harta mereka daripada membiarkan tanah itu begitu saja.
Bermula dengan perkara yang nampak kecil inilah kita dapat lihat bagaimana Mahathir (sKT) memberi muka dan ruang yang luas kepada peniaga Cina haprak naik menjadi kaya-raya.
Semasa dia mahu meniru Sogososha Jepun dengan projek berjuta ringgit pada awal 1980-an, dia melantik seorang agen insurans bernama Abdullah Ang menjadi Ketua Eksekutifnya. Projek itu lingkup dan hancur begitu sahaja, sedangkan pada waktu itu sudah ada PERNAS yang ditubuhkan di zaman Tun Razak. PERNAS dipimpin oleh Tengku Shariman yang akhirnya mengalami kerugian peribadi berpuluh juta (ada yang menyebutnya sekitar 25 juta ringgit) wang simpanan di rumahnya ketika dirompak oleh apa yang disebut pendatang haram. Kalau benar-benar dia mahukan sebuah Sogososha ala-Malaysia, dia boleh tukarkan Tengku Shahriman dan gantikan dengan pegawai bumiputera lain.
Apabila Abdullah Ang masuk penjara kerana penyelewengan, orang yang melantik Abdullah Ang tidak pun merasa malu dan cuba membetulkan kesilapan dirinya. Sebaliknya beliau terus membiarkan dirinya dirapati oleh peniaga Cina haprak dan memberikan mereka pelbagai projek penswastaan yang hampir semuanya kantul dan terpaksa diselamatkan semula oleh kerajaan.
Sudah menjadi lumrah di kalangan masyarakat Cina, golongan yang tinggi pendidikannya adalah mereka yang mempunyai latar belakang yang mantap baik daripada segi etika hidup ataupun etika berniaga. Semua itu diasaskan oleh ajaran Konfusius dan ‘ying dan yang’ serta beberapa falsafah peperangan yang digunakan semasa mereka berdagang. Semua itu menjadi pegangan hidup orang Cina yang bernaung di bawah persatuan suku-kaum mereka (Kongsye). Kalau mereka berniaga semua itu banyak diragamkan oleh majlis tertinggi ‘Hua Zhong’ ataupun Persekutuan Persatuan Cina Malaysia. Hua Zhong memainkan peranan yang amat besar kerana pengaruhnya adalah lebih kuat daripada pengaruh mana-mana parti politik orang Cina.
Hua Zhong merupakan satu pertubuhan Cina yang mampu memberi nasihat kepada masyarakat Cina sewaktu pilihan raya umum. Kalau Hua Zhong kata jangan pilih ‘Che Det’ (nama-manja si Kepala Taik) pada pilihan raya umum Kota Star (1969) dulu, maka terbungkuslah Che Det dalam pilihan raya itu. Perkara yang sama telah berlaku di Lunas tidak lama dulu membabitkan wakil proksi UMNO di sana yang dikalahkan oleh calon KeADILan.
Sepanjang cengkaman kuasa Mahathir si Kepala Taik, kita dapat melihat bagaimana peniaga Cina diberi ruang yang amat luas untuk berniaga secara besar-besaran. Mereka diberikan lesen dan kemudahan tanah kerajaan, mereka diberikan monopoli sesuatu perniagaan dan mereka diberikan pinjaman bank dengan mudah serta kemudahan menggunakan dana tabungan orang-orang Islam seperti di Tabung Haji, KWSP, Dana Pencen dan sebagainya. Bayangkan bagaimana mudahnya beliau merestui tapak Sekolah Menengah Convent Bukit Bintang kepada keluarga YTL untuk pembangunan menggunakan wang yang dipinjamkan oleh Tabung Haji, KWSP dan banyak dana dalam negeri. Sedangkan tapak itu boleh diserahkan kepada Tabung Haji yang boleh mengusahakannya dengan dana sendiri.
Begitu juga dengan beberapa projek penswastaan yang diserahkannya kepada peniaga Cina pilihannya. Semua projek itu hancur dan bungkus kerana salah urus. Contohnya ialah KL Monorel, Empangan Bakun, Indahwater, Perwaja sebagai contohnya sahaja. Banyak lagi yang terbengkalai tetapi sengaja disungkup kerana menunggu diketahui oleh rakyat. Contoh yang paling dalam perkara ini ialah Projek Rakan Muda yang mempunyai peruntukan sebanyak RM100 juta. Rupanya sebahagian besar peruntukan ini telah dikenenkan kepada Lim Kok Wing untuk membuat bahan iklan membantu pilihan raya di Afrika Selatan dulu. Yang benar-benar tinggal untuk projek dalam negara tidak sampai RM30 juta. Bayangkan berapa juta sebenarnya memberi manfaat kepada rakyat negara ini, dan berapa juta pula yang disedut keluar untuk disimpan dalam akaun peribadi?
Ironisnya, Mahathir si Kepala Taik lebih berminat berurusan dengan peniaga Cina dari luar ruang lingkup Persekutuan Persatuan Cina Malaysia, mungkin kerana pengalaman pahit beliau diboikot oleh persatuan ini pada 1969 dulu. Itu sebabnya dia memberikan tumpuan kepada pedagang Cina yang mempunyai perniagaan yang tidak menentu pada tahap awalnya. Muncul Mendiang Tan Sri Loy (bekas MBF Holdings) Vincent Tan, Ting tauke batang penyapu, Eric Chia dan sebagainya. Rata-rata kebanyakan mereka ini tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi digalakkan belajar sambilan untuk menguasai bahasa itu, sambil mengekor si Kepala Taik secara berbondong-bondong, keliling dunia. Mereka diberi ruang yang luas menentukan hala tuju dunia perniagaan negara kerana mereka sebenarnya merupakan proksi kepada si Kepala Taik dalam setiap perniagaan yang mereka kendalikan.
Apabila Vincent Tan diberikan 18,000 hektar tanah hutan dara di Bukit Tinggi untuk membikin pusat peranginannya, sebenarnya melaksanakan impian Mahathir setelah melihat tempat percutian Colmar di Perancis. Apabila Vincent Tan membina pusat pelancongan Pulau Tioman di mana Mahathir menyediakan satu lapangan terbang khas bernilai RM500 juta, sebenarnya Vincent Tan adalah proksi Mahathir juga.
Apakah masuk akal kita bagaimana kerajaan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk membina lapangan terbang bagi Airbus mendarat, sedangkan yang menikmati kemudahan itu adalah pengusaha rumah percutian swasta semata-mata?
Apabila bapak borek, anak rintik..
Kegilaan Mahathir si Kepala Taik dalam perniagaan ini telah dijelaskan dengan tepatnya oleh Profesor Daim Abadi, daripada Pusat Kajian Dasar Bangsamoro. Beliau telah menulis dengan tepat sekali apakah masalah Malaysia di bawah cengkaman Mahathir. Yang lebih bernas dia menyindir bagaimana orang Melayu boleh hidup merapu di bawah kepimpinan Mahathir.
Memang benar ramai peniaga Cina yang merungut bagaimana mereka terpaksa mengikut telunjuk Mahathir si Kepala Taik kalau mahu naik dalam perniagaan.
Kalau si Kepala Taik mempunyai perangai rakus begitu bagaimana pula dengan anak-anaknya? Mirzan dikatakan menganggotai lebih 90 barisan pengarah syarikat swasta. Satu ketika dulu kita pernah terbaca kisah pelancong asing yang diculik di sebuah pulau di Sabah. Khabarnya pusat pelancongan itu adalah kepunyaan bersama salah seorang anak Mahathir juga.
Salah satu sebab kenapa Tabung Haji jatuh bankrap ialah kerana diarahkan membeli tanah di Sumatra kepunyaan bapa mertua Mirzan, ketika Suharto hampir jatuh tersungkur. Apabila Suharto sudah jatuh, muncul orang kampung menuntut kembali tanah warisan nenek moyang mereka yang difaraidkan oleh Suharto kepada sahabat baiknya itu. Akhirnya Kerajaan Indonesia sanggup membayar kembali kepada Tabung Haji hanya sebahagian kecil jumlah wang yang telah dibayar untuk membeli tanah-tanah itu. Sekali lagi rakyat jelata amnya dan pelabur serta penyimpan di Tabung Haji tidak tahu-menahu apakah sebenarnya yang berlaku dengan pelaburan Tabung Haji di Indonesia.
Anak-anak Mahathir dengan industri komputer dan IT di Malaysia
Memang sudah menjadi makluman umum bahawa anak-anak Mahathir si Kepala Taik terlibat aktif dalam industri komputer dan ICT. Keaktifan mereka itu adalah setakat meminjamkan nama dan menunggu duit datang bergolek setiap bulan. Sepanjang tahun 2001-2003 ini mereka memang untung sakan kerana terlalu banyak ‘temasya’ persidangan gila-gila yang sengaja diadakan di negara ini. Bayangkan jumlah komputer yang disewa untuk kegunaan pihak media dan perwakilan persidangan itu? Mereka balun semua itu kerana ayah mereka masih merajai negara ini.
Rakyat marhaen tidak sedar akan kisah kelentungan begini, kerana semua itu dibuat dengan secara bijaksana. Tetapi tentu ramai yang semakin kehairanan, terutama orang bukan Melayu yang mengetahui kisah sebenarnya. Bagaimanakah anak-anak Mahathir mendapat keutamaan dalam industri komputer sedangkan mereka tidak ada ilmu pengetahuan dalam bidang itu? Kenapakah peluang industri komputer tidak diberikan kepada anak-anak Malaysia yang memang pakar dalam bidang itu? Apabila kemudahan diberikan dengan luasnya kepada anak-anak Mahathir dalam bidang ICT, makanya tercetus kisah pembelian komputer melalui KWSP dan Poslaju.
Skim beli komputer melalui KWSP sebenarnya merupakan satu helah untuk menampung segala komputer yang dibuat oleh sebuah syarikat yang mahu mengalihkan pelaburannya ke negeri Cina. Syarikat ini melelong segala komputer yang telah siap itu di bawah harga RM500 setiap satu set. Bayangkan projek pembelian melalui KWSP dibuat dengan harga RM3500? Apabila kehabisan stok, projek itu dihentikan hingga mencetuskan berjuta kerugian di kalangan peniaga kecil Melayu yang menjadi agen penjual komputer. Para peniaga Melayu membayar wang imbuhan untuk mendapatkan para pencarum mengemukakan permohonan membeli komputer melalui usaha mereka. Ada yang mencagarkan tanah dan rumah untuk mengambil overdraf di bank memulakan perusahaan itu. Apabila mereka sudah membayar banyak wang imbuhan itu, secara tiba-tiba kerajaan dan KWSP menamatkan projek itu.
Ramai peniaga bumiputera yang rugi besar dalam projek komputer KWSP telah menggunakan apa juga saki-baki wang untuk membuka siber kafe. Kebanyakan komputer mereka adalah jenis Pentium 1 dan 2, yang mereka terima daripada bekas pelanggan yang membeli komputer Pentium 3 daripada KWSP dulu.
Akan tetapi, perniagaan siber kafe adalah satu perniagaan hidup segan mati tak mahu. Nilai khidmatnya adalah sungguh besar kerana memberi ruang kepada orang lain menimba ilmu. Risikonya adalah terlalu tinggi. Tidak ada pengusaha siber kafe yang mampu bertahan hanya bergantung kepada khidmat Internet, kerana dia terpaksa memberi ruang untuk permainan maya.
Sekarang ini permainan komputer di siber kafe mesti membeli lesen dulu. Jika tidak, ada sahaja syarikat Cina yang datang mengaku dia adalah pemegang lesen permainan itu di Malaysia. Mereka menumpukan fokus kepada siber kafe milik Melayu dan India. Tetapi mereka terlupa ada juga siber kafe Melayu yang dimodali oleh orang Cina mualaf, ataupun kafe itu dimiliki oleh masyarakat mualaf. (Dari situlah baru kita tahu segala skandal ini)
Kalau diselidik syarikat yang mengaku memegang hak lesen di Malaysia, kebanyakannya mempunyai lembaga pengarah daripada masyarakat kroni ataupun bekas pegawai polis belaka. Kenapa? Kerana semua musibat ini sanggup meminjamkan nama kerana mendapat habuan bulanan. Dari mana habuan itu datang kalau bukan daripada pengusaha siber kafe yang terpaksa membayar apa yang mereka dakwa royalti setiap bulan.
Di sinilah letaknya kesilapan parti pembangkang yang seolah-olah terkunci suara tidak mahu berkata apa-apa mencabar tindakan kerajaan membiarkan salah guna undang-undang hak cipta. Begitu juga perangai pembangkang apabila Raja Triad Jackie Chan direhatkan Di Simpang Renggam walaupun sudah jelas dia terlibat dengan banyak kes pembunuhan dan kegiatan haram. (Dr. Nologareng: Kes Jackie Chan: Malaysia Yang Merapu)
Sepatutnya tidak timbul hak cipta permainan CD di negara ini. Baik di siber kafe mahupun di rumah persendirian. Semua program permainan yang dikata memerlukan lesen itu boleh dipindah-turun daripada Internet. Ada syarikat pengeluar antarabangsa memberikan pula ruang untuk kita membuat salinan program terkini mereka tanpa sebarang bayaran. Malahan ada syarikat yang memberikan lesen sementara selama satu tahun untuk kita mencuba program mereka.
Kelmarin Bahagian Siasatan Jenayah Perdagangan (BSJP) telah merampas lapan unit CPU sebuah siber kafe di Kangar. Bagaimanakah kerajaan boleh melibatkan sampai lapan anggota Bukit Aman semata-mata mahu merampas lapan butir CPU bernilai RM16,000? Apakah besarnya pengaruh syarikat yang mampu menggembleng begitu ramai anggota BSJP? Bagaimana kisah penyeludupan beras yang berjuta ringgit setiap bulan oleh pelesen import yang sah melalui pelabuhan negara? Bagaimana pula kisah Mak Menteri menggunakan kereta mewah yang tidak melunaskan cukai? Adakah usaha dibuat merampas kereta itu dan menangkap Mak Menteri?
Kita dilekakan oleh segala kisah begini kerana Mahathir telah menggalakkan para kroni beliau memanjakan Cina haprak dalam perniagaan mereka. Sekali gus hidup orang Melayu dan India serta sebahagian besar kaum Cina di Malaysia ini sentiasa dibayangi oleh pedagang Cina haprak yang ada kena mengena dengan kumpulan Triad Antarabangsa. Memang, Mahathir merupakan satu-satunya perdana menteri tunggal di Malaysia ini yang membiarkan kongsi gelap dan samseng antarabangsa hidup mewah sambil mencekik suasana perniagaan negara...
Akan bersambung ke Bahagian 3
Marhaintua - 04.10.2003 (suntingan
M@RHAEN)
Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN: Tapak Utama:http://marhaen.internations.net Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/ Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/ Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/ Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/ |