|
Orang Melayu Lebih Takutkan Mahathir Daripada Allah (Bhgn 6) |
Dengan berundurnya Mahathir si Kepala Taik daripada senario persekitaran Putrajaya, tidak bererti hikayat harian si Kepala Taik itu akan lesap daripada terus mempengaruhi hidup orang Melayu.
Tidak semudah itu si Kepala Taik akan lesap daripada pengaruh politik Melayu. Memang jelas dia amat liat mahu berambus, hanya apabila nyawa berpisah daripada badannya, barulah dia tidak akan mempengaruhi kita sekuat yang ada. Kerana itu kita perhatikan, ada sahaja upacara puja-memuja yang akan terus dilaksanakan untuk mengekalkan kesan pengaruhnya. Yang paling terkini dan akan menjadi begitu sensasi ialah upacara selamat tinggal dan “amanat presiden” yang akan diucapkannya pada akhir bulan ini.
Sesungguhnya, apa juga bentuk pesanan presiden ataupun amanah perdana menteri yang akan dituturkannya nanti, semua itu tidak ada relevannya, kerana dia naik hanya melalui tipu-daya sahaja. Kalaulah jawatan presiden UMNO itu betul-betul dipertandingkan, Mahathir si Kepala Taik sudah menjadi “tahi kering” sahaja.
Upacara Melencongkan Ketokohan Paklah
Semua itu sebenarnya satu muslihat untuk melencongkan perhatian umum kepada ketokohan Paklah sebagai seorang perdana menteri.
Kalau si Kepala Taik ini betul-betul ikhlas mahu berundur daripada arena politik tanah air, dia sudah lama menunjukkan segala keikhlasan itu. Sudah lama dia menghentikan kerja-kerja melancung keluar negara dan melawat negara-negara yang tidak ada relevan dengan pembangunan negara. Kini dia berada di Bangkok untuk persidangan APEC. Bayangkan, hanya ada dua belas hari lagi dia akan turun secara rasminya, dia masih mahu melawat Timur Leste dan kemudian itu berucap di parlimen Timur Leste pada hari Rabu sebelum menyertai upacara menamakan sebuah jalan “Avenida de Malaysia”.
Pada hari Selasa dia dijangka berada di Yogyakarta untuk dua hari menerima penganugerahan “Distinguished Fellow Award of the Asean Federation of Engineering Organisation” yang sedang bersidang untuk kali yang ke-21. “Anugerah itu adalah “mengenang jasanya dalam pembangunan infrastruktur di Malaysia”, kata Wisma Putra. Alangkah lucunya, apabila anugerah itu diberikan di luar negara, dan berapa agaknya “upah” yang disalurkan kepada pertubuhan itu untuk mengendalikannya? Kalau untuk dapat minum teh di Rumah Putih bersama presiden yang pro-Yahudi, Malaysia sanggup berbelanja berjuta-juta dolar, apa sangat untuk menerima anugerah sebuah badan profesional itu?
Pada hari Jumaat, dia akan pergi ke Papua New Guinea dan ini merupakan lawatannya yang ketiga, sejak mencengkam kuasa.
Kalau kita fikirkan dalam-dalam, apa sangat lawatan itu semua untuk si Kepala Taik? Kenapa tidak dibiarkan lawatan itu semuanya kepada Paklah setelah dia mengambil tempat sebagai perdana menteri? Mungkin alasan yang diberikan ialah untuk membalas lawatan negara pemimpin Timur Leste ataupun memenuhi jemputan ketua negara Papua New Guniea, Sir Michael Thomas Somare.
Sekali pandang memang si Kepala Taik nampak begitu rakus dengan lawatan negara-negara itu kerana tidak mahu beri peluang kepada Paklah memenuhinya. Akan tetapi, besar kemungkinan semua lawatan itu ada kena mengena dengan urusan niaga Vincent Tan anak emas dan proksi niaga si Kepala Taik itu sendiri. Sayang, sehingga akhir zamannya dia masih mahu menipu dan membohongi rakyat negara ini dengan lawatan membazirkan wang rakyat jelata.
Apa sangat yang ada di Papua New Guinea sehingga dia sanggup ke sana tiga kali. Adakah dia pernah melawat Lenek, Changwing, Bekok yang terletak antara Labis dan Keluang? Pernahkah dia menjejakkan kaki di Durian Daun dan Bukit Kapar yang terletak di satu ceruk di Kuala Berang, Terengganu? Pernahkah dia menjejakkan kaki di Puggur Lalat di Kelantan ataupun di Tiritipan, Lok Dangkaan dan Tanjung Minyak di Sabah?
Dalam lawatannya keluar negara pun si Kepala Taik ini mempunyai muslihat niaga, jadi bagaimanakah dia boleh berkata yang dia memang ikhlas memimpin negara? Apakah dia sudah bertemu dengan semua sultan di negeri-negeri untuk mengucapkan selamat tinggal?
Di sinilah letaknya segala misteri apakah si Kepala Taik ini benar-benar akan berundur sebagai perdana menteri dan sebagai presiden UMNO dan BN sekali jalan. Jika perkara ini belum dapat disahkan lagi, memang kita akan terus dihantui kisah ngeri akan kerakusan dan tipu-helahnya.
Bayangkan sendiri berapakah belanja semua itu yang membabitkan pembantu peribadi, pengawal keselamatan dan kos pelesiran itu semua?
Kita mendapat maklumat masih banyak lagi perbelanjaan di luar negara yang ditanggung oleh kedutaan kita semasa si Kepala Taik melawat mereka, yang masih belum dilunaskan oleh kerajaan pusat, kini muncul lagi pembazirannya. Di setiap lawatan itu dia akan mengutuk Barat seolah-olah dia adalah ‘Sheriff‘ untuk dunia Islam, tetapi semua itu bertujuan untuk menarik perhatian semata-mata. Seperti yang saya katakan, selagi Paklah tidak menahan si musibat itu kepada ‘house arrest’ selagi itulah dia akan berpelesiran dan mengaibkan Bangsa Melayu khususnya.
Paklah Harus Berani Bertindak
Pelbagai bentuk desas-desus yang kita dengar menjelang majlis amanat Presiden UMNO di akhir bulan ini. Kebanyakan berita itu hanya mampu kita renungkan sahaja, kerana si musibat ini memang pandai mengatur helahnya. Sebelum dia menangkap Anwar Ibrahim dulu dia pernah bertanya kepada para wartawan: “Apakah saya mesti mendakap Anwar untuk menunjukkan saya tidak ada sebarang masalah dengannya?” Tidak lama kemudian, dia mengeluarkan arahan agar Anwar dimusnahkan. Kemudian apa yang dia kata di London? “Saya mempunyai segala bukti bahawa Anwar memang tidak layak menjadi pengganti saya. Dia memang mempunyai segala kelakuan buruk seperti yang didakwa di mahkamah.” Kemudian, apabila disapina oleh mahkamah, anggur kecutnya semakin kering dan takut menghadirkan dirinya.
Yang nyata si musibat ini pandai memainkan tipu-helah sehinggakan PDRM bertukar peranan menjadi Polis Raja Di Malaysia sedangkan PDRM adalah di bawah kuat kuasa dan teraju Paklah. Ini bermakna untuk Paklah menunjukkan keperkasaannya dia mesti lakukan beberapa perubahan dalam pasukan polis sebelum dia mulakan rombakan kabinet yang ada.
- Polis Mana Yang Kuat Rasuah?
Sekarang sudah diwujudkan kucar-kacir dalam pasukan polis gara-gara kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri yang mengaku bahawa antara anggota polis yang rasuah, “pasukan polis trafik (lalulintas) yang paling rasuah”.
Betulkah maklumat itu? Jawapannya TIDAK
Sepatutnya kenyataan semacam itu tidak boleh datang daripada mulut Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri kerana dia perlu menunjukkan fakta yang sahih sekali. Mujur, anggota polis trafik tidak mempunyai kesatuan sekerja yang memungkinkan mereka menyaman Aseh Che’ Mat dalam kesilapan besar ini, ataupun mempunyai tradisi mogok seperti polis di Amerika dan beberapa negara maju. Kita boleh mengaku memang polis Malaysia itu rasuah, dan ini adalah gambaran betapa Mahathir si Kepala Taik dan Paklah gagal menangani masalah rasuah ini sehinggakan rasuah sudah mendarah daging dalam pasukan polis Tetapi, yang paling rasuah bukannya polis trafik. Berapa sangat yang mereka dapat kaut setakat mengutip Beberapa Ratus Ringgit dalam sehari untuk dikongsi bersama, termasuk tabung sogokan kepada pegawai atasan yang senang linang di ‘balai’?
Hampir semua anggota polis yang sudah bersara mengaku bahawa nama baik polis selalunya dicemari oleh sikap anggota trafik yang suka pasang perangkap menahan kenderaan untuk membuat pemeriksaan terhadap lesen memandu, kelajuan dan juga keadaan lori-lori berat sama ada mempunyai lesen yang sepatutnya. Sikap ini memang sudah mendarah daging di kalangan polis. Itu sebabnya ketika pasukan polis hutan dibubarkan sebilangan besar diserap menjadi pasukan trafik. Itu juga sebabnya kalau kita pergi melihat sendiri kediaman polis trafik di Ceras (Batu Sembilan menghala Taman CUEPACS) kita dapati ramai polis trafik yang mempunyai dua buah kenderaan (si trafik lelaki akan menggunakan kereta Wira sedangkan si isteri yang selalunya bertugas sebagai guru ataupun kerani biasa akan memakai Waja ataupun Honda).
Ada juga anggota trafik di Kuala Lumpur dan pekan-pekan besar yang mempunyai kereta untuk disewakannya dengan harga hanya Tujuh Puluh Ringgit untuk 24 jam.
Apabila kita ambil kira semua itu memang menampakkan bahawa anggota trafik yang kuat rasuah. Tetapi berapa sangat yang sedar bahawa yang paling kuat rasuah bukannya polis daripada sektor ini?
Polis yang paling tinggi dan kuat rasuah ialah pasukan anti-narkotik. Tetapi, bagaimana pula Aseh Che Mat sanggup menuduh polis trafik yang paling kuat rasuah?
Setiap kali ada kes narkotik, sesiapa yang ditangkap dikenakan membayar sogokan dalam puluhan ribu oleh pihak polis. Inilah wang yang digunakan untuk menyuap semua pihak yang ada kena mengena dengan kes itu termasuk majistret dan hakim, para analis, tukang gambar dan juga beberapa pihak tertentu, yang tidak perlu disebutkan di sini.
Industri narkotik adalah satu industri yang sungguh lumayan di negara ini. Kerana itu sesiapa yang menguasai industri ini mampu menguasai corak hidup pelbagai masyarakat negara. Oleh kerana industri narkotik haram adalah dimonopoli oleh orang Cina maka kita lihat ia mampu menguasai pelbagai jurusan institusi politik dan pentadbiran negara ini. MCA sebagai contohnya sudah diresapi oleh Mafia Cina ataupun Triad, kerana kekuatan wang yang ada pada pengedar dadah yang dapat menaja orang tertentu memenangi pucuk kepimpinan parti.
Presiden MCA sekarang ini sudah disebut-sebut sebagai seorang insan yang naik melalui pengaruh samseng yang menguasai saluran dadah dan pelbagai kerja haram di negara ini. Puncanya terletak kepada si Kepala Taik, juga.
Mengikut Pengarah 1, Jabatan Narkotik Bukit Aman, Senior Komisioner Datuk Sulaiman Mohd. Yusuf, kumpulan samseng yang terlibat dengan pengedaran dadah sanggup bertindak apa saja termasuk mengancam keselamatan. Beliau mahu pegawainya berjaga-jaga berikutan tumpasnya 19 suspek pengedar dadah di Pulau Pinang di mana polis telah merampas 18 pucuk pistol termasuk bom tangan dan peluru. Sehingga September tahun ini, sebanyak 14,039 kes keseluruhan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 membabitkan sebanyak 17,928 tangkapan dilakukan di seluruh negara.
Pihaknya turut merampas sebanyak 124.4 kilogram (kg) heroin, ganja 1,560 kg, kokain 1.6 kg) syabu 12.3 kg) pil ecstasy 158,616 biji) dan 67.6 kg. Ecstasy berbentuk debu. “Turut dirampas ketamin (80.6 kg.) Arimin 5 ((50,068 biji pil), pil kuda (19,921 biji), psycotropik (100,095 biji) dan 23,500 liter ubat batuk,” katanya.
Menurutnya lagi, sepanjang tahun ini juga, jabatan narkotik berjaya membongkar lima makmal memproses dadah di Pulau Pinang dan serbuan itu menahan 86 ahli sindiket dan merampas 23.36 heroin dan 2,061 biji ecstasy yang baru siap diproses. (sila baca Harian Metro – 20/10/03, muka surat 12A)
Memang hebat laporan itu, tetapi apa jadi dengan penangkapan pengedar dadah sebelum itu? Bagaimana kisah ahli majlis bandaran Kampar yang merangkap setiausaha MCA setempat yang ditangkap menyeludup pil ecstasy di Australia? Begitu juga dengan dua makmal dadah yang lengkap dan canggih yang diserbu pada hari raya Cina tahun dulu?
Kalau diambil kira lebih 300,000 anak muda Melayu yang sedang tersadai di pusat serenti di seluruh negara kerana mempunyai rekod dadah, kita tentu faham bahawa ada yang dijumpai oleh polis seperti yang dicatatkan di atas hanya laksana taik kucing yang dikambus dan terdedah ditiup angin sahaja. Soalnya sekarang berapa ramai pengedar dadah dan raja dadah yang telah dihukum gantung? Berapa juta wang rampasan kerajaan daripada simpanan dan harta pengedar dan raja dadah?
Kita tidak akan dapat jawapan itu kerana polis narkotik adalah cawangan yang paling kuat buat duit haram.
Selepas cawangan narkotik, barulah
cawangan jenayah perniagaan. Yang lucunya ada sebahagian besar jenayah
ini dilakukan oleh pegawai polis sendiri. Eloklah kita rakamkan satu kisah
yang menarik daripada sudut ini.
Sekitar tahun 1990-an, di Kuala Kangsar
ada seorang pegawai OCPD yang bernama Syed A**i yang terkenal kemudiannya
sebagai salah seorang pengedar kereta mewah haram. Dia bersekongkol dengan
seorang pegawai tinggi JPJ di Taiping. Mereka berdua telah mendapatkan
kereta mewah yang dicuri dan menukar nombor chassis kereta itu untuk dikeluarkan
kad biru yang baru. Tuan Syed ini memang licik orangnya kerana berjaya
menyembunyikan operasi haram itu daripada pengetahuan orang atasan.
Entah bagaimana pula agaknya, mungkin kerana kudrat Allah yang Maha Kuasa, terlintas hati Tuan Syed ini ketika itu memanggil pegawai bawahannya yang bernama Chief Inspektor M. Shanmuganathan yang ketika itu merupakan seorang pegawai mahkamah. Tuan Syed amat puas-hati dengan tugas yang ditunjukkan oleh C/Insp. M Shanmuganathan, dan menawarkan beliau tugas tambahan sebagai seorang pegawai Special Branch. C/I M Shanmuganathan ialah berasal daripada kaum Jaffna, yang memang terkenal dengan dedikasi kerja kerana mahu menyimpan duit untuk ‘dauri’ anak perempuan mereka. Tentunya dia berminat mahu naik pangkat untuk menambah sara hidup yang dikongsi bersama seorang isteri (Sarojini Devi Kandaiah) yang bertugas sebagai Guru Convent.
Mungkin juga Tuan Syed memberikan tugas tambahan itu kepada beliau untuk menyekat kedatangan pegawai lain daripada luar yang berkemungkinan menyungkil kegiatan haramnya.
Akan tetapi di luar jangkaannya, C/I M. Shanmuganathan telah terpijak satu kes yang melibatkan kereta mewah curi yang diberikan nombor baru. Setelah diselidiki dengan rapi, barulah beliau sedar betapa kerja busuk itu dilakukan oleh ketuanya sendiri dengan sekongkolan pegawai JPJ di Taiping.
C/I M. Shanmuganathan telah menghubungi pegawai yang lebih atas di Bukit Aman untuk menyelidik kes ini lebih lanjut lagi. Bukit Aman telah menghantar seorang pegawai yang lebih tinggi pangkatnya daripada Tuan Syed A**wi, dan mengesahkan betapa besarnya kerja sindiket itu.
Belum pun sempat kes itu dibentangkan untuk santapan mahkamah, pegawai daripada Bukit Aman telah dipanggil pulang kerana dinaikkan pangkat. C/I M.Shanmuganatahan pula telah diarahkan bersiap dalam masa dua puluh empat jam untuk ditukarkan ke Pusat Polis Hutan Ulu Kinta kerana mahu dinaikkan pangkat menjadi ‘Adjutan.”
Tuan Syed A**i pun telah ‘dinaikkan pangkat’ ke Bukit Aman.
Akhirnya, C/Inspektor M. Shanmuganathan terus bertepek di Ulu Kinta tanpa kenaikan pangkat yang dijanjikannya, pegawai penyelidik Bukit Aman ditukarkan ke tempat lain sementara Tuan Syed A**i, mengambil keputusan bersara kerana dipaksa. Kes itu hanya tinggal dalam fail Bukit Aman sahaja.
Semasa bersara, M. Shanmuganathan meneruskan sisa-hidupnya sebagai penjual insurans. Dia menghembuskan nafas terakhir ketika berusia 61 tahun pada 27.9.99. Anak lelakinya Rabindran bertugas di Maxis KL ketika itu. Anak perempuannya Geetha sudah menjadi seorang peguam dan seorang lagi Sunitaha kini berkelulusan Sarjana dalam bidang IT.
Saya rakamkan kisah ini untuk menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia yang sayangkan negaranya, agar sedar betapa masih ramai kaum lain di negara ini yang sayangkan negara ini sebagai negara tumpah darah sendiri.
Sentimen ini amat berbeza dengan Tuan Syed A**i yang telah merancang jual-beli kereta mewah haram dan terus dinaikkan pangkat kerana kerja haramnya. Orang semacam beliau ini memang merupakan kesayangan si Kepala Taik kerana mudah diperas-ugut (blackmail) untuk terus taat dan setia kepadanya.
Kehaprakan pegawai Melayu dalam pasukan polis memang amat diketahui umum. Itu sebabnya ketika Anwar Ibrahim difitnah melakukan kerja-kerja jijik, kita dapati segala bahan bukti diada-adakan. Semua itu ada kerja pegawai polis yang rasuah dan mudah diupah untuk menjaga kepentingan si Kepala Taik.
Itu sebabnya kita dapat maklumat bagaimana setiap pegawai polis atasan diberikan kemudahan memiliki lesen perjudian ‘Magnum’, ‘Sports Toto’ ataupun ‘Nombor Ekor’. Begitu juga dengan lesen stesen minyak sehinggakan ada kalanya di bandar-bandar besar, terdapat satu stesen minyak bagi setiap setengah batu jaraknya.
Kita sedar apabila Paklah mengambil alih jawatan Perdana Menteri dia akan dijangka merombak kabinet untuk memilih orang yang disenanginya sahaja.
Adalah lebih baik kalau Paklah memikirkan sekarang ini untuk merombak pucuk kepimpinan Polis Raja Di Malaysia sebelum merombak kabinetnya. Kita sarankan ini kerana banyak dalil dan sebabnya, cuma kita tidak mahu bentangkan perkara itu secara terperinci. Memadailah kalau kita sebutkan bahawa kekuatan si Kepala Taik mencengkam kuasa terletak kepada pengaruhnya yang kuat ke atas pasukan polis yang sengaja dibiarkan menerima pendapatan bulan yang kecil supaya mereka kuat menerima rasuah dan mudah mengikut katanya.
Bayangkan sendiri bagaimana si Kepala Taik berjaya menjerat Anwar Ibrahim dengan mengadakan tohmahan yang begitu jijik dengan sekongkolan Polis. Begitu juga dengan kisah Al-Arqam, Al Maunah, dan KMM. Polis bertanggungjawab melaksanakan arahan rancangan si Kepala Taik terhadap kumpulan ini.
Oleh kerana liciknya pihak polis dalam semua kerja-kerja mempertahankan kuku-besi Mahathir makanya pihak Pembangkang tidak ada peluang untuk menyerlahkan kekuatan mereka. Janganlah sesiapa hairan kalau tidak lama lagi terdedah betapa wujudnya satu pasukan khas ala-Gestapo dalam pasukan polis yang tugasnya menghambat sesiapa sahaja yang berani mendedahkan segala kejijikan si Kepala Taik yang besar-besar.
Setakat ini kami terdengar kisah polis yang bertindak ganas terhadap orang-orang tahanan di lokap polis sehingga ada yang mati tanpa alasan yang munasabah. Tidak pernah terdengar mereka didakwa di mahkamah, walaupun ada pewaris si mati yang cuba mendakwa mereka.
Dengan lain perkataan, sebelum Paklah mahu merombak kabinet yang ada dia mesti fikirkan jalan terbaik untuk merombak kepimpinan Polis dan tentukan hanya pegawai muda yang berjiwa besar mahu berkhidmat kerana negara, bangsa dan agama - diberi tempat. Suruhlah Norian Mai bersara. Dia dan ramai pembantunya sudah kaya-raya – ada lesen stesen minyak dan kedai jual nombor ekor, dan saham yang banyak berjuta nilainya. Apa lagi yang mereka mahu? Lebih elok kalau mereka usahakan francais menjual pasembor.
Marhaintua - 21.10.2003 (suntingan
M@RHAEN)
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Maklumat semasa
boleh disemak di Forum M@RHAEN.
Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN: Tapak Utama:http://marhaen.internations.net Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/ Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/ Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/ Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/ |