Pandai betul Jabatan Propaganda Songsang UMNO. Mereka cipta pelbagai isu hangat menjelang persidangan UMNO yang berlangsung sekarang. Semua itu adalah pelencong minda, yang bertujuan mengalih tumpuan kepada isu sebenar yang menekan hidup orang Melayu.
Yang paling penting sekali, mereka berjaya mengadakan persidangan tanpa ada sesiapa yang berani mengemukakan bantahan di mahkamah betapa persidngan itu adalah persidangan haram. Sebenarnya persidangan UMNO kali ini adalah tidak sah kerana mereka sudah menggantung keahlian Isa Samad yang dikatakan rasuah ataupun mengamalkan politik wang. Isa telah menerima 1,500 undi dalam pemilihan menjadi Naib Presiden. Kalau dia telah menyogok wang kepada 1,500 peserta persidangan untuk mengundi beliau dan kerana itu beliau digantung, kenapa pula yang 1500 orang itu tidak digantung dan dikira bukan menjadi ahli UMNO lagi?
Kalaulah ISA Samad bersama kawan-kawannya yang digantung kerana amalan rasuah dulu, sudah tentu penerima rasuah juga turut digantung. Kalaulah Isa mengemukakan bantahan itu di mahkamah, besar kemungkinan mahkamah mengeluarkan arahan bahawa persidangan UMNO kali ini pun tidak sah.
Sesungguhnya amalan rasuah sudah menjadi budaya UMNO. Contoh yang terbaik ialah kepulangan anak-anak Melayu yang belajar di universiti di luar negara atas nama UMNO atas tajaan UMNO juga. Bukankah itu dikira rasuah? Lagipun, ada undang-undang universiti ciptaan Kerajaan UMNO yang disebut AUKU dan melarang pelajar universiti berpolitik. Kenapakah pelajar universiti yang menuntut di luar negara digalakkan berpolitik?
Bagaimana pula dengan pelajar-pelajar IPTA dan IPTS tempatan yang diberikan elaun untuk menghadiri persidangan itu bagi mewakili ahli-ahli UMNO yang enggan menghadirinya? Bukankah itu melanggar AUKU?
Apabila orang-orang semacam ini diberikan tempat untuk menghadiri persidangan, sudah tentu peranan mereka hanya untuk bertepuk dan menggamatkan dewan persidangan sahaja. Berapa ramaikah antara mereka itu yang masih menganggur dan mempunyai sanak saudara yang masih menganggur? Apakah masalah pengangguran mereka dapat diselesaikan oleh persidangan UMNO?
Sebahagian besar yang menghadiri persidangan itu hanya zahir secara lahiriah sahaja. Kebanyakannya menangguk peluang mengisi masa lapang disebabkan ketiadaaan pekerjaan tetap ataupun kontrak yang semakin pupus. Ada pula segelintir yang ambil peluang untuk ‘shopping’ dan menjadi pembeli awal dalam pesta ‘Jualan Runtuh 2005’
Kebanyakan mereka sanggup melupakanan nasib diri yang tertindas dan peranan sebagai barua UMNO. Mereka sanggup berpura-pura bertepuk tangan dan hilai ketawa. Selepas persidangan mereka akan menukar haluan mencari nasib sendiri. Inilah budaya UMNO Baru.
Marhaintua <marhaintua@hotmail.com>
20 Julai, 2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com
/ reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN | CARA MUDAH melakukan sumbangan. |