Rahim Nor, mantan Ketua Polis Negara telah memohon maaf secara terbuka kepada Anwar Ibrahim atas kesalahan menghenyak beliau sehingga lumat kira-kira tujuh tahun yang lalu.
‘Majlis’ meminta maaf itu bukanlah mengikut cara Islam ataupun Melayu. Walaupun asas tuntutan maaf itu dikatakan atas dorongan ajaran agama Islam yang Rahim anuti. Si kaki pukul tadi telah meminta maaf hanya melalui pengiriman sepucuk surat yang dibaca oleh peguam beliau di mahkamah. Lantas Anwar Ibrahim menggugurkan saman beliau terhadap Rahim.
Mengikut surat maaf yang dibacakan oleh peguam, Rahim mengaku yang dia telah bertanggungjawab menghenyak Anwar dan kerana itu beliau menuntut kemaafan daripada Anwar dan ahli keluarga beliau.
Permohonan maaf secara terbuka itu
telah dibacakan oleh peguam yang mewakili Rahim, Joseph Ting, berbunyi
demikian:
Yang ikhlas: Tan Sri Abdul Rahim Mohd. Noor.”
Sejumlah wang pampasan ataupun
saguhati akan dibayar oleh pihak tertentu atas perbuatan beliau. Siapa
pihak tertentu itu tidak pula disebutkan.
Apakah Rahim Nor akan membayar wang itu daripada koceknya sendiri? Ataupun apakah kerajaan Malaysia yang akan membayarnya disebabkan Rahim merupakan pegawai kerajaan yang masih bertugas ketika dia naik angin? Ataupun ada syarikat tertentu yang sanggup membayarnya bagi pihak kerajaan dan Rahim? Kalau syarikat itu adalah milik rakyat, sudah tentu rakyat marhaen berhak mengetahui namanya. Kalaulah syarikat itu salah sebuah syarikat besar yang kaya raya rakyat marhaen berhak mengetahuinya juga kerana kebanyakan syarikat yang bertaraf kaya-raya di negara ini kebanyakannya menjadi kaya dengan meminjam wang simpanan rakyat marhaen juga.
Akan tetapi kalau syarikat itu salah sebuah syarikat awam di mana Rahim menduduki jawatan ahli lembaga pengarah dan wang simpanan rakyat marhaen tidak digunakan untuk membeli sahamnya, memang tidak perlu disebut nama syarikat itu. Cuma, kalau syarikat itu adalah salah sebuah syarikat judi di negara ini seperti Magnum, Sports Toto dan Da Ma Chai apakah Anwar Ibrahim sanggup menerimanya?
Kalau pun Rahim Nor berupaya membayar wang pampasan itu daripada simpanan pencarian hidupnya melalui beberapa syarikat perniagaannya sendiri, tentu ia akan menimbulkan banyak tandatanya. Memang sudah menjadi pengetahuan umum betapa setiap pegawai tinggi polis mempunyai lesen untuk menguruskan stesen minyak ataupun kedai jual nombor ekor. Hanif Omar umpamanya, dikatakan pada satu ketika dahulu mempunyai lebih sepuluh lesen kedai menguruskan penjual nombor ekor. Malahan, ada seorang bekas OCPD Kedah yang ditugaskan menangkap seorang insan bernama Dr. Mahathir pada 1969 dahulu di bawah ISA, kini bertugas sebagai pengarah khas perniagaan video judi ataupun kuda besi.
Rakyat marhaen mahu tahu nama penyumbang pampasan itu dengan jelas. Lebih-lebih lagi seandainya Anwar bertindak mahu mendermakan sebahagian wang itu kepada rakyat marhaen ataupun menubuhkan satu “Yayasan Kenangan” ibunya yang meninggal ketika beliau berada dalam penjara.
Boleh pening juga perkara ini rupanya! Mungkin elok kita lupakan hal itu buat sementara waktu kerana tidak mungkin Anwar dibayar wang itu dalam masa esok ataupun lusa. Ada banyak soalan lagi yang perlu kita bincangkan dalam hal ini.
Pengakuan Rahim Nor sekali gus mengingatkan kita nama beberapa tokoh politik negara yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim telah menganiayai diri sendiri sehingga matanya lebam dalam penjara. Itulah teori yang disuarakan sendiri oleh TKT Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Itulah juga teori yang diulang-ulang oleh segelintir ahli jemaah menteri beliau ketika itu.
Malahan anak emas perempuan beliau yang bernama Rafidah Aziz (a.k.a Ibu Jerung) pernah menyebut di London betapa mata lebam Anwar adalah disebabkan beliau membekamnya (dengan gelas) dalam penjara. Macam mana Rafidah tahu yang Anwar diberikan hidangan minuman dengan menggunakan gelas? Dan kalau kita mahu membekam diri sendiri tentulah kita perlukan sekeping cermin untuk melihat tempat yang kita bekam. Bagaimana pula Rafidah tahu di dalam penjara, Anwar memang disediakan sekeping cermin muka? Yang jelas, ketika itu Rafidah meniru gelagat bapa angkatnya yang mengatakan sebab orang Arab di zaman Nabi Muhammad s.a.w. dahulu menyimpan jambang dan janggut ialah kerana ketika itu pisau cukur belum dicipta. Cuma si Tun Kepala Taik itu lupa betapa ketika itu sudah ada pedang tajam yang digunakan untuk berperang.
Yang anehnya teori TKT Mahathir mengenai
penganiayaan diri sendiri yang dibuat oleh Anwar telah diulang-ulang secara
terbuka mahupun tertutup oleh menteri-menteri kabinet Mahathir yang beragama
Islam. Menteri-menteri bukan beragama Islam tidak mahu menyentuh bab itu.
Mungkin kerana mereka fikir Anwar bukan berbangsa Jepun yang sanggup melakukan
upacara ‘harakiri’. Sekali gus kita boleh pertikaikan tahap amalan agama
Islam di kalangan menteri Islam ini semuanya. Apakah mereka tidak faham
maksud ‘fitnah’ dalam ajaran agama? Apakah mereka tidak pernah dengar cakap-cakap
mantan Menteri Besar Selangor yang pernah menyebut di TV bahawa dosa memfitnah
itu adalah lebih besar daripada dosa seseorang yang membunuh orang lain?
Bagaimana pula dengan tokoh-tokoh
lain yang menokok-tambah akan pelbagai isu dan tohmahan lain untuk memperkuatkan
kes yang memburuk-burukkan Anwar Ibrahim? Kita harus ingat Anwar Ibrahim
telah ditangkap dan dituduh di bawah Akta ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)
di mana beliau telah ditahan tanpa bicara dan penangkapan itu dilakukan
secara paksa di mana sekumpulan polis pilihan Rahim Nor telah datang mengopak
pintu depan rumah kediaman Anwar yang ketika itu dipenuhi oleh para penyokong
beliau.
Perbuatan biadap ini telah dilakukan beberapa hari selepas Anwar menulis surat melalui peguam yang beliau bersedia ‘menyerahkan diri’ ke Bukit Aman “bila-bila masa diperlukan oleh polis”. Sebaliknya Rahim Nor telah menerima arahan dari atas untuk mengerahkan satu pasukan elit memecah pintu dan masuk dengan senjata yang canggih dan para pegawai polis itu memakai ‘topeng menutup muka mereka seolah-olah mereka dalam keadaan berperang.
Salah seorang pegawai yang bertanggungjawab menendang pintu rumah kediaman Anwar ialah anak saudara Rahim Nor sendiri yang kini ditahan kerana satu kesalahan besar di Johor.
Semasa Anwar ditahan di bawah ISA beliau telah digodam dan dibiarkan telanjang bulat selama tiga hari sebelum dibenarkan seorang doktor wanita keturunan India melihat dan merawatnya. Doktor itu menangis apabila melihat keadaan seorang bekas Timbalan Perdana Menteri dikasari seperti itu. Daripada keterangan doktor itu di mahkamah dan perbualan beliau kepada kawan rapatnya secara peribadi, doktor itu ada mengatakan bahawa pukulan teruk semacam itu adalah bertujuan untuk membunuh Anwar.
Dengan kata lain, semasa Rahim Nor menghenyak Anwar Ibrahim, tujuan beliau ialah untuk membunuhnya. Malahan semasa polis khas yang ditugaskan memecah pintu dan menangkap Anwar, mereka “telah dibisikkan untuk mencetus keadaan huru-hara” agar orang yang berada dalam rumah kediaman Anwar melawan sehingga terjadi satu rusuhan di mana ada seorang pegawai polis khas akan melepaskan tembakan untuk membunuh Anwar.”
Inilah satu senario yang telah dirancang mengambil kiasan daripada satu senario bagaimana mantan ketua pembangkang Filipina Benigno “AQUINO” Jr. telah dibunuh oleh seorang pembunuh upahan di Lapangan Terbang Manila pada 21 Ogos 1983. (kematian itu telah melonjakkan nama balu beliau Cory (Curazon) Cojuangco Aquino yang akhirnya dipilih oleh rakyat menjadi Presiden Filipina pada 25 Februari 1986.
Sesungguhnya manusia boleh merancang apa sahaja, tetapi Allah yang lebih cekap merancang dan melaksanakannya. Anwar telah dirancang agar mati dalam rumah kediamannya melalui satu huru-hara yang tidak menjadi. Apabila beliau tidak ditembak mati, beliau telah diheret ke Bukit Aman untuk dihenyak dan dilanyak dan dibiarkan telanjang bogel selama tiga hari, agar mati.
Demikianlah perancangan Rahim Noor atas arahan seorang ketuanya yang juga beragama Islam dan kini bergelar Tun Kepala Taik Mahathir. Rahim Noor mengaku bersalah dan meminta maaf, atas alasan yang dia akur kepada ajaran agama Islam.
Akan tetapi selama tiga hari Anwar telanjang bulat di bilik penjara tanpa sehelai kain menutup badannya, Rahim Noor mengulangi kata-kata kepada para pemberita akhbar bahawa Anwar berada dalam keadaan selamat. Seluruh dunia lega dengan kenyataan itu. Hanya pihak pembangkang yang mempertikaikan kenyataan itu dan mahukan Anwar dihadapkan ke muka pengadilan. Ketika itu barulah Rahim Noor mengumumkan bahawa penahanan Anwar adalah mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Apabila dunia luar turut mempertikaikan
tindakan itu dan bocor kisah Anwar telanjang bulat selama tiga hari, barulah
Anwar dibawa ke muka pengadilan dan dituduh bermacam-macam tuduhan yang
amat memalukan negara, dan bangsa terutamanya Bangsa Melayu.
Bersambung Bahagian 2.
Marhaintua <marhaintua@hotmail.com>
5 Ogos, 2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com
/ reformasi@gmail.com)
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN | CARA MUDAH melakukan sumbangan. |