|
RM100
Juta Untuk Promosi Produk ke Negara Teluk
- Satu Kerja Gila |
Pengerusi penajanya, Datuk Syed Hussein Al-Habshee berkata:
“MGBC juga berazam untuk mempergiatkan promosi barangan dan perkhidmatan syarikat tempatan di rantau berkenaan sebagai menghargai sokongan yang diberi oleh kerajaan. Beliau mahu mengadakan satu ekspo barangan dan perkhidmatan Malaysia di Dubai pada Februari tahun depan.
“Ekspo itu dijangka mempamerkan barangan Malaysia seperti perabot, barangan binaan dan makanan halal kepada lebih satu bilion pengguna di Dubai yang merupakan intu masuk kepada Asia Barat.”
Selain itu tambahnya MGBC juga bercadang untuk menganjurkan satu pameran bergerak road-show ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Oman, Bahrain, Qatar dan Kuwait.
Sekarang kita mahu tanya sikit akan perkara ini: Siapa yang akan buat ekspo bergerak itu dan siapa pula yang akan diberi kontrak mengadakan pusat promosi di sana? Apa jadi dengan satu pusat ekspo yang baru dibina di Doha?
Kita hairan juga bagaimana Syed Hussain dapat mengeluarkan angka satu bilion pengguna di Dubai, sedangakn jumlah penduduk di sana tidak sampai satu bilion orang, seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia 13 September, 2003 (muka surat 15). Kalau mahu perangkaan yang dianggap tepat dalam menaksir jumlah penduduk di Timur Tengah, ada satu kajian berjudul Middle East Studies Programme. Daripada perisian data kajian itu kita dapati jumlah penduduk di sana (taksiran sehingga tahun 2005) adalah seperti berikut:
Iran – 85 juta, Iraq – 28.4 juta, Oman – 2.8 juta, Bahrain 704,000, Qatar 646,000 ribu, UAE 2.2 juta. Jumlah semua ialah 119.75 juta. Kita tidak perlu ambil jumlah penduduk Arab Saudi (25.8 juta pada tahun 2005) kerana ia mempunyai pintu masuk sendiri ataupun melalui Bahrain. Begitu juga dengan Yaman
Kalau dikaji jumlah penduduk yang banyak sekali datangnya daripada Iran. Pintu masuk barangan luar ke Iran bukannya Dubai, tetapi Kepulauan Kish di wilayah Iran sendiri.
Sekarang kita mahu tanya apa sebab kerajaan mahu peruntukkan RM100 juta untuk promosi barangan di sana? Adakah Amerika bikin “road-show” barangannya di Malaysia? Adakah tapak ekspo barangan British di Kuala Lumpur? Manakah letaknya pusat ekspo bergerak Jepun, Korea dan Taiwan di Malaysia?
Satu ketika dulu saya ada menulis perkara ini. Setiap tahun Rafidah Aziz ataupun wakilnya membuat lawatan perdagangan di negara Arab. Sejak lebih dua puluh tahun memang sudah ada pedagang Malaysia berbondong-bondong pergi ke negara Arab untuk mempromosi barangan mereka.
Saya pernah mencadangkan agar kerajaan ambil contoh dan tiru cara Thailand mempromosi barangan mereka. Kerajaan Thailand menaja pedagang ataupun pembeli korporat Arab datang ke Thailand dengan membayar separuh tambang dan kos mereka semasa di Bangkok. Selalunya peniaga Arab datang dengan membawa keluarga mereka sekali walaupun tambang separuh harga hanya untuk seorang sahaja. Di Bangkok, mereka dibawa melawat setiap kilang yang mereka minati, dan membeli contoh barangan untuk dijadikan bahan jualan (contoh) di negara sendiri.
Sekarang kita mahu tanya Mahathir dan Rafidah, berapa kalikah sejak dua puluh tahun dulu, kerajaan Malaysia menaja tambang para pegawai pemasaran kedutaan ataupun atase perdagangan Malaysia di luar negara? Selalunya pegawai pemasaran kerajaan Malaysia adalah orang tempatan ataupun pekerja yang datang daripada negara membangun seperti Bangladesh, Pakistan dan sebagainya. Pegawai pemasaran ini makan gaji atas arahan, tanpa mempunyai peluang melihat Malaysia dan mengkaji sedikit sebanyak mengenai kilang ataupun barangan yang dipromosikan. Bagaimanakah mereka boleh diberikan motivasi mempromosi barangan Malaysia kalau selama berkhidmat mereka tidak pernah dibawa melawat Malaysia?
Sampai bilakah kerajaan UMNO mahu kelentong mengenai pemasaran barangan Malaysia di luar negara? Dari mengadakan ‘road-show’ barangan Malaysia yang menelan belanja berjuta-juta adalah lebih baik kementerian perdagangan menyiapkan rakaman video untuk diagihkan kepada stesen TV di luar negara dan ditunjukkan setiap hujung minggu sebagai bahan hiburan dan tarikan pelancongan.
Kenapakah kempen seperti ini tidak difikirkan selama ini?
Saya fikirkan Mahathir sebagai perdana menteri dan Rafidah sebagai menteri perdagangan merupakan antara menteri dan perdana menteri yang paling banyak berpelesiran di luar negara kalau dibandingkan dengan rakan sejawatan mereka di negara lain. Perbelanjaan yang dibazirkan oleh Rafidah mempromosikan barangan Malaysia sudah mencukupi untuk mempromosi barangan Malaysia secara IT dan ‘virtual’ untuk satu dekad.
Kerajaan Mahathir banyak membazirkan duit rakyat di luar negara kepada perkara yang tidak berfaedah. Setiap tahun ada sahaja projek pembaziran yang dibelanjakan untuk menaja pemimpin Afrika dan negara Arab datang ke Malaysia dalam konsep persyarikatan pintar, Debat Langkawi dan banyak lagi yang tidak membawa banyak makna kepada kita. Semuanya ditanggung oleh kerajaan. Setiap persidangan itu ada disediakan pelbagai projek seperti mengagihkan buku-buku tulisan Mahathir, dengan belanja kerajaan. Sudah tentu Mahathir menerima royalti kepada buku-buku yang diagihkan itu. Kenapa tidak disediakan rakaman VCD akan segala barangan bikinan Malaysia kepada tetamu itu semua? Bukankah belanjanya lebih murah daripada peruntukan RM100 juta untuk tujuan yang sama?
Projek pintar Mahathir hanya pintar setakat membalun wang rakyat sahaja.
- marhaintua -
Isnin 15 September, 2003. (suntingan
M@RHAEN)
Esok: Muslihat Sebalik Pemansuhan Cukai Jalan Motosikal
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com |