|
UMNO Akan Rampas Kelantan? |
Amboi, sedap sekali cakap seorang pemimpin utama negara untuk menyuntik semangat anak buahnya.
Perkataan “rampas” membawa makna gerakan dengan kekerasan. Ini bermakna Mahathir merelakan orang UMNO dan BN membuat kerja biadab dan menyalahi undang-undang serta rukun hidup yang harmoni semata-mata mahukan UMNO berkuasa semula di Kelantan.
Ucapan beliau sempena lawatan terakhir ke Kelantan selaku Perdana Menteri mendapat liputan muka depan semua akhbar perdana dan Utusan Malaysia menonjolkannya dengan tajuk ‘Peluang rampas Kelantan”.
Soalnya apakah UMNO dan BN mampu “merampas” negeri itu dalam pilihan raya umum yang akan datang. Ia lebih menjurus kepada persoalan apakah sebenarnya isyarat itu mesti dijadikan kenyataan sebagai hadiah kepada si Kepala Taik ini sebelum dia berundur daripada UMNO ataupun ‘padam’ tanpa nama?
“PAS sudah tidak ada isu, dia janji tetapi dia selalu mungkir janji,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan sempena lawatan rasmi seharinya.”
Sayang, Mahathir si Kepala Taik ini sanggup mengeluarkan cakap-cakap semacam itu dalam lawatan rasminya yang terakhir. Sepatutnya dia menggunakan perkataan berlembut seperti merayu kepada rakyat Kelantan agar mencuba UMNO dan BN sekali lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang. Dia harus akur apabila dia bercakap menggunakan sindiran tajam dan kata-kata busuk terhadap PAS dia sebenarnya menghina UMNO Kelantan dan orang Melayu.
Kenapa cakap mengenai janji dan sikap mungkir janji? Bukankah UMNO Kelantan menjanjikan seramai 50,000 rakyat yang akan datang menyambut Mahathir?
Apakah Mahathir fikir rakyat Kelantan tidak sedar bagaimana kerajaan pusat menahan peruntukan belanja kemajuan yang sepatutnya diterima oleh Ahli Parlimen PAS tetapi disalurkan kepada ketua UMNO tempatan? Apakah dia tidak fikir ini satu penyelewengan besar sambil menggalakkan dosa besar di kalangan penerima wang itu?
Apakah Mahathir tidak terfikir betapa rakyat Kelantan sedar betapa projek gas asli di perairan Kelantan-Siam telah dilencongkan kepada Kedah sedangkan itu hak asasi rakyat Kelantan? Bagaimanakah akhirnya nanti apabila Mahathir sudah tidak ada lagi, tetapi ada pihak di Kelantan yang menuntut di mahkamah agar projek pembinaan pangkalan yang sekarang dibuat oleh anak Mahathir di Selatan Siam itu dipulangkan semula kepada kerajaan Kelantan?
Mahathir harus merasa malu melihatkan betapa pesatnya pembangunan di Kelantan terutama sekali di Kota Bahru. Cuba Mahathir tunjukkan di manakan bandar negeri pemerintahan UMNO yang dapat membangun seperti yang berlaku di Kota Bahru? Kemajuan Kota Bahru sungguh menakjubkan sehingga tidak termampu disaingi oleh Alor Star. Apakah Mahathir tidak malu dengan fenomena ini?
Mahathir harus merasa malu setiap kali dia bercakap mengenai Kelantan dia bercerita akan bekalan air di Kelantan yang dikatakannya sungguh kotor. Dia patut ambil kereta dan pandu sendiri serta lihat sekitar Damansara Height hingga Taman Tun. Perhatikan betapa besarnya balang penapis air yang terpasang hampir di setiap pekarangan rumah persendirian kerana bekalan air yang lebih kotor keadaannya. Sama keruhnya dengan bekalan air yang muncul di Kelantan.
Mahathir harus merasa malu melihatkan betapa Kelantan lebih maju berbanding Kedah yang selama ini diperintah oleh UMNO sedangkan Kedah telah menyediakan dua orang Perdana Menteri kepada negara.
Kita hairan juga bagaimana akhbar perdana UMNOBN boleh melupakan fenomena ini sedangkan bangunan tingi-tinggi yang tersergam indah di Kota Bahru masih tidak mencukupi untuk menampung kebanjiran pelancong dari dalam negeri mahupun dari luar.
Mahathir harus sedar betapa perbelanjaan besar yang digunakan untuk mengangkut rakyat jelata mendengar celotehnya di Kota Bahru adalah satu gambaran berapa luasnya pemikiran rakyat Kelantan.
Cuba bayangkan dengan senario di mana rakyat Kelantan datang dengan rela-hati untuk bersolat hajat dengan Menteri Besar mereka, sehinggakan tidak cukup ruang lapang di stadium untuk menampung kebanjiran manusia.
Kalau demikianlah tema lawatan selamat tinggal Mahathir yang akan dilakukannya seluruh negara nanti, adalah lebih baik dia berucap sahaja membaca teks melalui radio dan TV. Kalau UMNO Kelantan yang mempunyai banyak dana untuk kempen merampas semula Kelantan tidak mampu menyediakan 50,000 rakyat berhimpun mengucapkan selamat jalan kepada Mahathir bagaimana nanti sambutan di negeri-negeri lain?
Kalau sambutan itu semakin dingin dan berkurangan, ia harus dilihat sebagai upacara Selamat Jalan kepada UMNO dan BN sahaja.
- marhaintua -
Rabu 17 September, 2003. (suntingan
M@RHAEN)
~ Sila cetak dan sebarkan terutama di kampung-kampung di mana mereka hanya disogokkan berita-berita fitnah yang disebarkan oleh media milik umno/bn ~ Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/ - http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com |