MasyaAllah …Ketua Umno Kpg Paya Jadi “Si Tenggang Anak Derhaka”!
Oleh : Mat Sepai - Permatang Pauh

Sebagai tanda patriotik kami...

PMTG PAUH – “Mak duk di rumah nipun menyusahkan saja, kalau mati lagi baik, akupun anak-anak yang duk bela (jaga) macam mana nak bela mak? Cucu yang ada kat rumah nipun aku dah tak larat nak bagi makan ……... ”

Jika dialog di atas diucapkan pelakon dalam sebuah cerekarama Melayu, kita faham dialog si anak itu kerana mengikut skrip lakonannya. Tetapi … bagaimana jika ungkapan itu benar-benar lahir dari mulut seorang anak kepada ibunya? Lebih-lebih lagi, anaknya yang bergelar Haji, berjawatan AJK Masjid, Pengerusi JKKK, Pengerusi Rukun Tetangga Adakah salah ibu mengandung atau sememangnya si anak yang tak tahu diuntung ? Kalau kisah Si Tenggang Anak Derhaka, disumpah ibunya menjadi batu, maka, wajarkah “Si Tenggang Kampung Paya” ini menerima nasib yang sama ?

Menurut salah seorang jiran Pak Din yang saya ditemui, ungkapan biadap di atas ialah sebahagian kata-kata yang terhambur daripada mulut Hj Jamaluddin Abas ( Pak Din Ubat Nyamuk - bekas pekerja kilang ubat nyamuk ) iaitu Ketua Umno Cawangan Kampung Paya, AJK Masjid Berapit, Pengerusi JKKK dan Pengerusi Rukun Tetangga Kpg Paya, Permatang Pauh. ( maklumat terbaru dimaklumkan sudah letak jawatan ? )

Diberitakan, Pak Din yang mendapat tekanan daripada isterinya yang tidak mahu disusahkan dengan “kerenah ibu mertuanya”, telah bertindak menghantar ibunya, Mak Siti, ke Yayasan Mutiara iaitu Rumah Orang Tua Wanita Islam di Kubang Semang. Untuk mendapat kepastian, saya telah bertindak mengunjungi Mak Siti di Yayasan Mutiara, yang terletak 1.5 km dari Kampung Paya.

Usianya sekitar 80-an, kelihatan masih “kuat”, tidak terlihat tanda-tanda nyanyuk sewaktu saya berbual-bual dengannya. Nampak dia “bergembira” dengan kehidupannya bersama 10 orang rakan barunya.

“Seronok tak duk sini ?”
 Angguk…
“ Makan sehari berapa kali ?”
“ Lima ….”
“ Siapa hantar Mak Siti mai sini ? ”
“ Depa la hantar…”
“ Pasai apa depa hantar mai ?”
“ Tak tau ...”
“ Bila mai duk sini ?”
“ Tak sampai sebulan..ingat baru 3 minggu”
“ Pak Din mai tengok tak ?”
“ Tak .. tadi baru boleh telefon cakap dengan dia, dia kata dia tak dak masa nak mai, banyak kerja tulis-tulis nak kena buat, dia suruh mak cik duk sini….”
 “Kalau boleh balik, nak balik rumah tak ?”
“ Nak…”

Demikian antara sebahagian sembang-sembang saya dengan Mak Siti di Yayasan Mutiara. Penubuhan yayasan itu bertujuan membantu orang-orang tua wanita Islam yang “bermasalah” atau yang tinggal sebatang kara. Dimaklumkan, ianya di bawah pengawasan YB. Jahara Hamid, Pengerusi J/K MMK, Belia dan Sukan, Penerangan dan Perpaduan Negeri.

Namun begitu, tindakan Pak Din menghantar ibunya ke situ kerana tidak mahu membebankan kehidupan hariannya, melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Walau apa pun alasannya, tindakannya menyerahkan tanggungjawab ini kepada pihak ketiga, lebih-lebih lagi yang tidak ada pertalian kekeluargaan dengannya mendapat cemuhan jirannya.

“Tergamak Pak Din buat macam tu kat Mak Siti, takkan emak sorang pun tak larat nak jaga? Tanggungjawab ni sebenarnya terpikul atas bahu dia sebagai anak lelaki…..” Demikian luahan kekecewaan salah seorang jirannya.

“Ahh…jaga cucu boleh pula, mak sendiri pun tak larat nak jaga ka?” sambung seorang lagi jirannya.

Saya turut diberitahu, yang Mak Siti sentiasa bertanya khabar tentang anaknya, Pak Din, apabila jiran-jirannya menziarahinya di sana.

Tepatlah kata pepatah, “Kasih seorang ibu mampu menjaga 10 anak, tapi 10 anak belum pasti mampu menjaga seorang ibu.” Kisah Si Tenggang Anak Derhaka, rupanya bukan lagi dogengan semata-mata. Ia berlaku di mana-mana, termasuklah di Kampung Paya.

Untuk Pak Din, Ketua Umno Kampung Paya: Insaflah, sudah lupakah saudara bahawa syurga berada di bawah tapak kaki ibu kita?

Mat Sepai - 19.08.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!