Kerana Takutkan Mahfuz, Hishamuddin Lari Masuk Kampung
Oleh : Mat Sepai - Permatang Pauh

Sebagai tanda patriotik kami...

PERMATANG PAUH: “Ini menunjukkan pemuda Umno lesu dan 'lembut'. Takkan masuk kampung sampai tak boleh keluar lagi ?” Kah..kah..kah.. disambut hilai tawa para hadirin, apabila Ketua Pemuda PAS, Mahfuz menyindir Ketua Pemuda Ameno, Dato Hishamuddin kerana tidak hadir ke majlis perdebatan anjuran Sekretariat Pelajar Persatuan Ulama Malaysia (SPPUM). Alasan yang diberi, beliau terlibat Program Pemuda Masuk Kampung di Permatang Pauh. Debat yang bertajuk : ‘Kelesuan Mahasiswa Mitos atau Realiti’, dipengerusikan oleh seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Nazri Chik.

Antara ahli panel yang terlibat ialah Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Dato’ Suhaimi Ibrahim, Setiausaha Agung Parti KeADILan, Mustafa Kamil Ayub dan Presiden Badan Bertindak Mahasiswa Negara, Fazli Ramli.

Rupa-rupanya Hisham meneruskan tradisi penakut Ameno. Sebelum ini, dah 3 kali Hishamuddin cabut lari takut berdebat. Aku tak hairanlah kerana ketuanya Mahadir (sKT) pun “kecut teloq” kerana tak berani berdepan Anwar di Mahkamah. Walaupun diberi soalan bocor terlebih dahulu.. Cuma berani membebel di TV dan akhbar je…

Selama 3 hari 2 malam, para pemuda Ameno pusat berkampung di Kuala Mengkuang, Permatang Pauh. Kononnya nak mendampingi rakyat, tapi sambutan rakyat cukup hambar! Banyak program yang disusun yang melibatkan penyertaan orang ramai terpaksa dibatalkan kerana tiada sambutan. Kemuraman ini mereka telah rasai sejak hari pertama lagi, iaitu pada 15 Ogos. Tinjauan yang dibuat mendapati sukan rakyat yang melibatkan acara tarik tali, sepak raga dan bola sepak persahabatan terpaksa dibatalkan kerana tiada penyertaan orang ramai. Yang nampak “berjaya” hanya program makan malam free di Taman Guar Perahu, itupun terpaksa mengangkut orang ramai dengan berpuluh buah bas dari segenap pelosok Pulau Pinang dan Kepala Batas. Dalam pada itupun dimaklumkan, banyak makanan yang tersadai kerana tak habis ……

Yang lucunya, kenyataan Hisham dalam akhbar yang mendakwa, inilah program “anak angkat ameno” paling berjaya kerana mudah mendapat keluarga angkat untuk 80 orang pemudanya. Padahal, penduduk Kuala Mengkuang cukup mengetahui, setiap keluarga angkat (umno totok) terpaksa menerima antara 4-5 orang anak angkat…… apahal, tak cukup keluarga angkat atau terlebih anak angkat?

Seorang guru yang tinggal di Kuala Mengkuang memaklumkan, ada kalangan keluarga angat merungut kerana dipaksa menerima bilangan anak angkat yang ramai, memandangkan dia hanya mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik air. Malah ada anak-anak angkat yang sebaya dengan isteri dan anak-anak daranya. Nak guna tandaspun terpaksa ikut giliran ……. bayangkan!! Tapi, mengenangkan RM yang bakal disapu…. boleh saje beb !

Manakala itu, bekas Guru Besar di Taman Guar Perahu, pula memaklumkan, puak-puak ameno telah berjaya menunjukkan contoh tak elok kepada penduduk taman tersebut. Mereka menggunakan persekitaran masjid di situ untuk aktiviti memasak tanpa menghiraukan waktu sembahyang. Biarpun azan di tepi telinga, puak-puak ameno ini buat pekak badak je ..tak sembahyang! Ameno Bolehhh !!

Sementara itu, Pengerusi JKKK, Sdr. Md Napiah (Enn) yang sebelum itu memberi “amaran” kepada penyokong BA agar tidak menaikkan bendera BA walau satupun, terbeliak mata pada seawal pagi hari pertama program itu. Rupa-rupanya pada malam itu, sekitar 100 orang pemuda BA, dengan menaiki sebuah lori telah berarak dengan penuh bersemangat untuk memasang bendera BA- tanpa diupah tanpa dipaksa. Ulas, Non Foreman, “handcore” keADILan Permatang Pauh, “Suasanannya cukup meriah, macam pilihan raya, macam upacara berarak “Cina mati”, …ketawanya.

Seorang pemuda, dikenali Man Gila (memang ada lesen gila) pun ikut serta memasang bendera BA. Man Gila, yang tinggal di Kuala Mengkuang, memang terkenal sikap prihatinnya untuk mengorek liang kubur apabila ada kematian di sekitar Permatang Pauh. Malah ada satu ketika, ketika penyokong BA bertembung dengan puak Ameno yang turut memasang bendera ketika itu, diberi amaran oleh Man Gila. “Kalau ada puak Ameno yang nak masuk kubur ….hampa bukalah (tanggal) bendera yang aku pasang ni……” Pemuda umeno yang terdiri drp orang luar itu, kecut perut, senyap sunyi, mendengar “amaran” Man Gila.

Seperti biasa, ameno yang terasa “kejantanan” mereka tercabar dengan ratusan bendera BA yang terpasang, mulai gelabah. Nak buka bendera BA takut, jadinya terpaksa menggunakan Majlis Perbandaran Seb. Perai (MPSP). Sekitar 10.00 pagi hari Jumaat-15 Ogos, pecacai-pecacai MPSP mula menanggalkan semua bendera BA yang terdapat di jalan masuk ke Taman Guar Perahu. Alasannya mudah, mendapat arahan daripada pihak atasan kerana bendera-bendera BA mengganggu program ameno haprak!

Mereka ingat semangat pemuda BA macam pemuda Ameno. Tindakan MPSP telah menyebabkan berlaku sedikit kekecohan. Sekumpulan pemuda BA mulai mengerumuni petugas MPSP. Akhirnya pihak polis terpaksa campurtangan. Keputusan dicapai, bendera BA hendaklah dipasang kembali. Haaa… macam tu barulah gentleman. Takkan tengok bendera pun takut? Dalam perkembangan berkaitan, Ameno melakukan provokasi di Kpg. Guar Perahu. Ada bendera keADILan telah dikoyak dan dirosakkan di jalan masuk simpang tiga kampung itu. Ini telah menaikkan kemarahan penyokong BA di sana. Kesabaran ada hadnya!

Telah menjadi tradisi ameno. Harta rakyat macam harta mak bapa mereka. Kemudahan sekolah digunakan sewenangnya. Kakitangan kerajaan dikerah untuk meramaikan majlis mereka, seperti yang dilakukan oleh Pegawai Daerah Seb. Perai Tengah. Memorandum bantahan penyelewengan Ameno ini telah diserahkan oleh Pemuda PAS Pulau Pinang seperti yang dilaporkan di http://harakahdaily.net/article.php?sid=3469

Untuk meramaikan program mereka di Sek. Menengah Penanti, maka tiket-tiket cabutan bertuah berlambangkan Ameno telah diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah. Guru-guru telah diarahkan untuk mengedarkan tiket-tiket ini di sekolah. Di antara hadiahnya, berupa beg sekolah berlambangkan Ameno. Kononnya, mereka menentang pelajar sekolah dan Universiti terlibat dalam kegiatan politik tapi merekalah sebenarnya pengamalnya. Sememangnya ameno jenis muka tak tahu malu, bukan jenis talam 2 muka tetapi jenis talam tak dak muka !!

Dalam program tu, aku sempat berkenalan dengan seorang pemuda Ameno dari Bertam Kepala Batas. “Apa macam “kita” boleh tawan balik ke Permatang Pauh?” soalku.

Haaa… berat, tak dak ruang, tapi kita kena cuba.” jawabnya ikhlas.

Mat Sepai - 22.08.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!