Apabila Akhbar Memperbodohkan Mahadir....

Sebagai tanda patriotik kami...

Oleh Mat Sepai – Permatang Pauh

Tujuannya hanyalah satu - memperbodoh dan mengelirukan rakyat, seterusnya menolak PAS dan BA dalam pilihan raya nanti. Laporan kebodohan Mahadir yang cuba memperbodohkan rakyat telah dilaporkan dalam Utusan Meloya (20.9.03) iaitu:
 
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menegaskan undang-undang hudud di Kelantan bukan undang-undang Allah tetapi undang-undang Pas yang diperkenalkan bagi tujuan meraih sokongan daripada orang ramai.
 
Perdana Menteri berkata, undang-undang Allah tidak boleh dipinda tetapi undang-undang hudud Pas sentiasa berubah-ubah apabila ia tidak disukai oleh orang ramai.
 
Sambil mengambil contoh undang-undang hudud yang diperkenalkan oleh Pas yang membenarkan perbuatan suami meliwat isteri, beliau berkata, parti itu sering membuat pindaan-pindaan termasuk kemungkinan meminda undang-undang berhubung perbuatan meliwat itu.
 
Mungkin akhbar berkenaan berharap omongan Mahadir sKT terhadap undang-undang hudud Kelantan dan Terengganu akan menjauhkan rakyat, khususnya orang Melayu Islam terhadap PAS. Ini mungkin berkesan bagi segolongan Melayu haprak yang mendokong Umno, tetapi tanpa disedari, akhbar berkenaan sebenarnya turut melaporkan tentang kebodohan Mahadir sKT dalam isu ini. Mahadir sKT bukan sahaja menentang hudud, tetapi juga begitu jahil untuk membezakan antara  hukum Hudud dan Takzir dalam Islam.
 
Jika undang-undang hudud yang diperkenalkan PAS bertujuan meraih sokongan orang ramai, seperti yang didakwa Mahadir sKT, maka kita mencabar Umno untuk memperkenalkan hukuman ini di negeri-negeri yang diperintah BN. Persoalannya, mengapa Umno menolak hukum ini, jika ia benar-benar yakin yang hukum ini boleh meraih sokongan orang ramai?
 
Mahadir sKT seterusnya membebel, bahawa hukum Allah tidak boleh dipinda, dan kononnya cuba berlagak “alim” tentang hukum hudud. Memang betul, hukum Allah bukan sahaja tidak boleh dipinda, malah ia diwajibkan ke atas pemerintah untuk melaksanakannya seperti mana yang Firman Allah S.W.T :
 
i)   “Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkan (yaftinu ka) engkau dari suatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.     Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanya sanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasiq.” (Surah Al-Maidah:  Ayat 49)
 
Dalam Ayat ini Allah menggesa supaya ‘engkau’ jalankan hukum di antara mereka dengan apa yang diturunkan oleh Allah dan jangan ‘engkau’ turut hawa nafsu. Siapakah ‘engkau’?  Di sini jelas bahawa dalam hal menjalankan hukum Allah itu tiada pilihan. Ini soal dasar. Menduakan hukum Allah S.W.T., apa lagi meletakkan Undang-Undang ciptaan manusia lebih mengatasi daripada Undang-Undang Allah seperti yang jelas dimaktubkan dalam Perkara 4 Ceraian 1 Perlembagaan Persekutuan adalah bertentangan sama sekali  dengan tuntutan ayat ini. Ia melanggar hukum dan had yang diizinkan Allah.   Perkara berkenaan secara tegas berbunyi:
 
4.  Supreme law of the Federation
(1) This Constitution is the supreme law of the Federation and any law passed after Merdeka Day which is inconsistent with this Constitution shall, to the extent of the inconsistency, be void.
 
Apa kata UMNO, khususnya Mahadir sKT dan syaitan-syaitan bisu yang bersarang dalam umno tentang hal ini? Umno pimpinan Mahadir sKT, bukan setakat meminda, malah dengan samsengnya menolak terus hukuman yang telah tercatat dalam Al-Quran. Dan lebih menjelikkan, Mahadir sKT tanpa ada rasa kemaluan dengan angkuhnya pula mendakwa “Malaysia Negara Islam”.
 
Cuba kita bandingkan hukuman liwat yang tercatat dalam Enakmen jenayah syariah Kelantan dan Terengganu dengan  undang-undang Islam ala Mahadir sKT, iaitu undang-undang jenayah syariah yang digubal oleh UMNO seperti Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan ) 1997 ( Akta 559 ) terang-terang menampakkan ketidakislamannya apabila pengertian liwat hanya dibataskan “perhubungan seks sesama lelaki” [ lihat seksyen 2 Akta tersebut].
 
Berdasarkan tafsiran liwat di Seksyen 2 Akta tersebut adalah jelas bahawa seorang yang sama ada a) meliwat seorang perempuan yang lain atau b) meliwat isterinya TIDAK dikira melakukan apa-apa kesalahan di Wilayah Persekutuan jauh sekali daripada akan dihukum. Mungkinkah syaitan-syaitan bisu dalam Umno boleh menjelaskan “kekeliruan” ini?
 
Kenyataan Mahadir sKT untuk membodohkan rakyat, dengan menfitnah undang-undang hudud yang diperkenalkan PAS membenarkan suami meliwat isteri, bukan sahaja kenyataan yang biadap, tetapi aku menganggapnya sebagai seruan daripada salah seorang pengikut dajjal. Kerana kita tahu, “dajjal yang akan turun nanti” akan membawa bersamanya syurga dan neraka. Syurga yang didakwa dajjal sebenarnya ialah neraka kepada kaum muslimin, manakala neraka yang dibawanya pula ialah syurga kepada kaum muslimin.
 
Bagaimanapun dalam akhbar yang sama, turut melaporkan :
 
Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib menjelaskan bahawa perbuatan suami meliwat isteri tetap menjadi kesalahan dan pesalah akan dihukum mengikut hukum takzir walaupun terlepas daripada hukum hudud. Katanya, hukum hudud tidak boleh dikenakan ke atas suami atas perbuatan tersebut.
 
Zaid Ibrahim telah kecut teloq untuk berdebat dengan Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, tentang isu ini. Azalina telahpun terkemut-kemut. Terbaru, Noh Omar telah tersungkur di lobi Parlimen di depan para wartawan di tangan Husam Musa. Syaitan-syaitan bisu dalam umno terus membisu dan pekak. Hamid (Othman dan Zainal Abidin) tidak mungkin berani bersuara lagi.
 
Pak Lah sedang tersenyum, kerana akhbar milik kroni Umno terus melaporkan Mahadir sKT yang semakin galak meracau dengan kebodohannya tentang isu ini, termasuk isu Tuhan samseng dan Tuhan mencarut. Kebodohan Mahadir sKT tentunya menjadi "bonus" kepada kem Pak Lah untuk memastikan Ditaktor Tua itu benar-benar berambus Oktober nanti !!

Kiriman: Mat Sepai - 21.09.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!