Dato' Dr. Harun Din Isytihar Bertanding Dalam PRU 11
 

Oleh: Hisharuddin Hj Hassan

Kangar, 19 Sept.2003,

Pesuruhjaya PAS Perlis telah mengumumkan kesediaan Dato' Dr. Haron Din untuk bertanding di dalam PRU 11 nanti. Beliau mengumumkan demikian di dalam ucapan aluan semasa Majlis Perasmian Ijtimak PAS Perlis di Jejawi, Arau.

Didalam ucapan Perasmian Ijtimak tersebut oleh Dato' Dr. Haron Din, beliau dengan nada bersemangat menyebutkan "sekiranya Pesuruhjaya PAS Perlis telah menyatakan demikian maka kita akan lawan dan tetap lawan" diringi oleh laungan takbir oleh para hadirin.

Beliau menegaskan kesedian bertanding didalam pilihanraya ini adalah demi menentang kemungkaran dan kezaliman pemerintah yang berkuasa hari ini. Beliau menyatakan kesediaan ini semata-mata mencari keredhaan Allah bukanya kerana tujuan yang lain. Di samping itu beliau berharap rakyat akan bersama-sama untuk bangun menyatakan kebenaran dan membuat pengorbanan demi perjuangan yang suci ini.

Kiriman: Mat Sepai - 22.09.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!