Mahadir Fitnah Harun Din, Kini Bukti Saintifik Menolak Fitnahnya
 

Bagi Melayu yang tidak mudah lupa, kisah Mahadir yang pernah mencerca Datuk Dr. Harun Din berkaitan air jampi, sungguh menjijikkan. Selain merperlekehkan air penawar, yang memang menjadi salah satu amalan perubatan Rasulullah S.A.W, Mahadir sKT turut menfitnah Dr Harun Din menipu orang Melayu kerana menjual air jampinya.  Padahal, Darul Shifaq yang diasaskan Dr Harun Din tidak pernah menagih sebarang bayaran untuk khidmat rawatannya.  Hanya sekadar sedekah  ikhlas yang ingin diberikan oleh pesakitnya. Tidak ada paksaan dalam pemberian ini. Datuk  Dr. Harun Din difitnah sedemikan rupa, hanyalah semata-mata kerana beliau menentang Umno dan memilih Islam sebagai wadah perjuangan politiknya. Itu sahaja. InsyaAllah- ulama tersohor Datuk Dr Harun, bakal calon  PAS dalam pilihanraya akan datang seperti yang diumumkan baru-baru ini. (Dato' Dr Harun Din Isytihar Bertanding Dalam PRU 11)
 
Apa yang ingin aku paparkan di sini, ialah bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun. Hasil kajian ini, secara tidak langsung menolak kata-kata jahil berbau fitnah daripada seorang doktor panau dan kurap bernama Mahadir sKT. Makhluk Mahadir sKT ini yang bukan sahaja jahil dalam hukum agama, malah langsung tidak mempercayai konsep perubatan dalam Islam. Makhluk ini langsung tidak mempercayai bahawa dengan keizinan Allah s.w.t, air penawar yang dibacakan ayat suci Al-Quran boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
 
Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.
 
Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu,  mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya.  Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.
 
Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna,  para hadirin  telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul  sampel air itu.  Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin  air Zam-Zam.  Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut.

Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).
 
Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.
 
Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu  yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi.   Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam, termasuklah Datuk Dr Harun Din.
 
Namun seperti biasa, walaupun ia bersumber daripada Al-Quran dan hadis, lebih-lebih lagi menjadi amalan para ulama khususnya pembangkang, amalan ini dianggap karut dan difitnah, dicaci dan dikeji oleh Mahadir sKT. Dan lebih menyedihkan, diangguk oleh penganut-penganut umno yang terus dijahilkan oleh kejahilan Mahadir sKT.
 
Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.
 

Kiriman: Mat Sepai - 24.09.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!