Oktober Telah Tiba: Apa Pula Muslihat Mahadir?
 

MONACO, 27 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menyandang jawatan Perdana Menteri sehingga 31 Oktober ini dan sudah membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu.

Dr Mahathir berkata beliau akan meletakkan jawatan itu pada hari terakhir Oktober dan tidak akan mengingkari kata-katanya sendiri kerana nanti itu akan menyebabkan beliau hilang kredibiliti.
 
Selagi 1 November 2003 belum tiba, mati hidup semulapun aku tak percaya kenyataan itu. Kenyataan lidah bercabang drp Mahadir sKT @ Mahahaprak @ Mahakelentong, bukannya baru sekali diucapkannya. Terlalu banyak bukti sahih drp kenyataan akhbarnya yang dicakap lain dibuatnya lain.
 
Ramai beranggapan, jika Mahadir sKT menelan semula janjinya, kredibilitinya di mata dunia akan terjejas. Malah air mata buayanya yang mengalir tempoh hari adalah lambang kesungguhannya untuk meletakkan jawatan. Lagipun apa faedahnya dia mengumumkan perletakan jawatannya hampir setahun dulu, jika itu hanyalah sandiwara?
 
Tetapi harus diingat tentang award yang dimiliki Mahadir sKT sebagai pengarah dan pelakon “Bollywood” terhebat di abad ini. Mahadir sKT sedar bahawa majoriti orang Melayu menolak Umno dalam pilihan raya 1999, dan diikuti pilihan raya-pilihan raya kecil selepas itu. Antara faktornya ialah angkara tindakannya terhadap Anwar. Mahadir sKT dianggap beban Umno. Usaha yang dilakukan untuk menarik semula sokongan orang Melayu kepada Umno menemui jalan buntu. Api kemarahan orang Melayu terhadapnya sukar untuk dipadamkan, tambahan pula dengan tindakannya menarik bantuan SAR, mencuri royalti minyak milik Melayu Terengganu, mencaci ulama, memperlekehkan hudud, dan seumpamanya.
 
Dengan lakonan sandiwaranya akan meletakkan jawatan, Mahadir sKT berharap sokongan orang Melayu akan kembali kepada umno dalam pilihan raya ke-11 nanti. Kerana kononnya Paklah, sebagai Mr Clean mampu menarik semula sokongan ini. Sungguhpun begitu, sehingga saat ini umno masih tidak mempercayai majoriti orang Melayu menyokongnya. Buktinya dapat dilihat melalui persempadanan semula kawasan pilihan raya yang menjadikan undi bukan Melayu sebagai penentu kemenangan.
 
Namun begitu, kali ini ramai berpendapat Mahadir sKT benar-benar akan turun daripada takhta kekuasaannya kerana menurut mereka, kerbau dipegang pada tali, manusia berpegang pada janji.
 
Bolehkah Mahadir diikat dengan janji? Bukankah dengan Musa , Ghaffar dan Anwar dia pernah berjanji, dengan janji yang sama? Perjanjian bertulis royalti minyakpun dia boleh mungkiri, inikan pula hanya janji-janji kosong. Telah lebih 10 tahun Mahadir sKT berjanji untuk berundur, tapi janji hanya tinggal janji. 1001 alasan diberikan untuk menangguhkan persaraannya. Kini, giliran Paklah pula dijanjinya.
 
Persoalannya, yakin 100% kah Paklah dengan janji Mahadir sKT? Jika - Ya, tidak mustahil dia terpaksa menggigit jari seperti mana bekas-bekas TPM yang terdahulu. Anwar umpamanya, kerana terlalu mempercayai Mahadir sKT, pejuang rakyat ini terpaksa merengkuk di Sg Buluh. Tetapi kalau Paklah tidak yakin 100% Mahadir sKT akan kotakan janjinya, tentu ada sesuatu yang “menggerunkannya”. Tetapi Paklah tidak akan bertindak sebodoh itu, untuk mempercayai 100% janji-janji Mahadir sKT .
 
Seperti biasa, Mahadir sKT akan “melipat maut” pada saat-saat terakhir untuk menerajang musuh politiknya dalam Umno /BN. Disingkap Kes Anwar umpamanya, penafian demi penafian diucapkannya, untuk menafikan hubungan retaknya dengan Anwar. Antara lain bertujuan untuk melalaikan musuhnya – Anwar, drp mencium strategi yang telah disusun. 31 Ogos 1998, ketika sambutan Kemerdekaan di Pulau Pinang, Mahadir masih menafikan bersungguh-sungguh, bahawa hubungannya dengan Anwar sedang retak menunggu belah. Namun selang dua hari kemudian, 2 September 1998- Anwar dipecat.
 
Bagi Melayu yang tidak mudah lupa, dalam persidangan Agung Umno, Mahadir sKT pernah bersandiwara bahawa kononnya ada pihak-pihak tertentu sedang mengatur strategi untuk merosakkan hubungan baik Presiden dengan Timbalannya. Diberikannya amaran keras, pihak-pihak tertentu itu sebagai pengkhianat parti- tidak layak menjadi ahli umno. Tetapi rupa-rupanya , pihak-pihak tertentu yang dimaksudkan ialah para konspirator yang diketuai oleh Datuk Aziz Shamsuddin, Setiausaha Politiknya sendiri. Masih ingatkah pendedahan konspirasi oleh Raja Komando, salah seorang konspirator tersebut? Itu belum lagi disingkap 1001 sejarah kelentongannya kepada rakyat dan negara. Janganlah kita menjadi Melayu Haprak Mudah Lupa !!!!!
 
Bukankah sekarang ini strategi yang hampir sama digunakan Mahadir sKT untuk menyakinkan Paklah dan ahli umno khususnya dan rakyat amnya bahawa dia tetap akan berambus penghujung Oktober nanti? Bukankah media sedang mewar-warkan perkara ini?
 
Bagi kem Paklah, war-war oleh pihak media ini diharap akan memberikan tekanan kepada Mahadir sKT agar menunaikan janjinya untuk meletakkan jawatan. Jika tidak, dia akan hilang kredibilitinya kerana memungkiri janji. Namun antara kredibiliti dan kuasa, yang mana lebih diutamakan Mahadir sKT? Kredibilitinya sebagai “Presiden Umno @ Perdana Menteri Malaysia” telah lama terhumban ke lubang shit. Kepadanya, persetankan kredibiliti, kerana cengkaman kuasa melebihi segala-galanya. Paklah perlu lebih berwaspada dalam hal ini.
 
Lebih-lebih lagi, baru-baru ini Ketua Penerangan Pemuda Umno Perak, Khusairi Talib dipetik sebagai berkata:
 
“Tindakan pihak tertentu mewujudkan pakatan sulit untuk menjatuhkan Paklah merupakan perbuatan jahat dan sengaja dilakukan. Jika benar agenda sulit sedang berlaku untuk memberikan tekanan kepada Paklah, perbuatan ini sengaja dilakukan untuk memecahbelahkan parti”. ( Warta KL 2 Okt 03)
 
Jika tidak ada angin- masakan pokok bergoyang ! Nampaknya, rentak lama gendang Mahadir sKT sedang dipalu oleh juak-juaknya kini. Pendedahan Sdr. Ezam, tentang konspirasi juak-juak Najib dan Paklah sewaktu beliau dalam tahanan ISA, semakin menjadi realiti. Puak-puak yang sedang bercakaran ini akan menikam musuhnya apabila sampai masanya kelak.
 
Peristiwa The Economist yang mencalarkan Mahadir sKT, melalui menantu Paklah, Khairy Jamaluddin, tidak mungkin begitu mudah terpadam daripada ingatan Mahadir sKT. Seperti mana terpahatnya dendam kepada Anwar kerana pendedahan kronisme dan nepotisme Mahadir sKT oleh Zaid Hamidi. Justeru itu, siapa pula yang menggunakan Business Times Singapura untuk mencalarkan imej Paklah kerana mendedahkan kekayaan jutawan segera Kamaruddin si anak Paklah?
 
Mahadir sKT akan terus bermuslihat. Bukanlah satu perkara yang mustahil jika sebelum atau selepas persidangan OIC Oktober ini, atas arahan Mahadir sKT, Parlimen dibubarkan. Justeru itu pilihan raya diadakan pada penghujung tahun ini atau pada awal tahun depan. Jika senario ini berlaku, agenda perletakan jawatannya pasti tertangguh, kerana juak-juak umno (drp kem Mahadir sKT dan Najib) sudah pasti “merayu” agar Mahadir sKT terus mengetuai BN untuk menghadapi pilihan raya buat kali terakhir kononnya. Paklah tidak mungkin walau sebesar zarah sekalipun berani membantah secara terbuka, jika perkara ini benar-benar berlaku. Mahadir sKT melalui juak-juaknya akan berkempen, merayu rakyat agar memberi mandat lebih besar kepada BN sebagai hadiah persaraan paling berharga kepadanya nanti.
 
Kuasa veto sebagai Presiden Umno / Pengerusi BN yang masih dimilikinya ketika ini, akan digunakan untuk memilih calon-calon pilihannya. Dengan alasan untuk menghapuskan imej dan kekuatan keADILan, Paklah diarahkan bertanding di Permatang Pauh. Kerana Mahadir sKT sedar bahawa rakyat Permatang Pauh sentiasa mengalu-alukan kehadiran Paklah untuk dikafankan di sini. Dia masih punya kekuatan dan mampu mengugut “Mr Clean” yang sedang dibongkar skandal kaum keluarganya, untuk menerima arahan ini. Mahadir sKT hanya perlu menjegil matanya kepada Paklah untuk akur arahan ini. Jika ditakdirkan Paklah masih punya kekuatan untuk engkar, seperti mana keengganannya menamakan Najib sebagai TPM, nescaya selepas pilihan raya nanti Paklah akan terima padahnya.
 
Beranikah pengikut-pengikut Paklah bangun membelanya nanti? Siapakah pembelanya dan bagaimana? Telah menjadi tradisi umno, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak boleh ditandingi. Ini akan menyukarkan Paklah, jika Mahadir sKT melantik Najib sebagai TPM yang baru, kerana Paklah tersungkur di Permatang Pauh dan Mahadir sKT terus dilantik sebagai Presiden seumur hidup. ( Rafidah pernah mencadangkan perkara ini )
 
Umum mengetahui, pemimpin umno disokong kerana jawatan dan kekuasaannya bukan kerana ketokohan dan kewibawaannya. Tanpa jawatan dan kuasa, pemimpin yang pernah dipuja akan menjadi gurkha dalam parti. Justeru itu, angan-angan Paklah untuk merasai kerusi empuk PM di Putrajaya pasti berkecai. Malaysia boleh….Mahadir sKT lagi bolehhhhh!!
 
Sebelum Sukan Komanwel 1998, negara pernah digemparkan dengan pemecatan Anwar. Kita masih ingat, sebelum peristiwa itu, helikopter PUMA milik TUDM telah terhempas, sewaktu dalam perjalanan untuk mengambil Anwar dari Perlis ke Kepala Batas. “Kemalangan” di Sungai Petani itu telah membunuh juruterbang TUDM dan pembantunya.
 
Begitu juga peristiwa brek kereta Anwar rosak dan hampir jatuh gaung. Pada pertengahan tahun 1996, mesyuarat kabinet pertama yang diadakan di luar Kuala Lumpur telah berlangsung di sebuah pusat peranginan di Pulau Langkawi. Perjalanan ke tempat tersebut melalui jalan yang berliku-liku dan bergaung. Pemandu Anwar baru tersedar bahawa, keretanya tidak mempunyai brek. Kereta terbabas berpusing beberapa kali dan hampir masuk ke dalam gaung. Walau bagaimanapun ALLAH menyelamatkan Sdr. Anwar dari kejadian yang tidak diingini. Kereta disediakan oleh kerajaan Kedah. Diberitakan Mahathir sKT pada waktu itu menaiki helikopter dan melihat apa akan terjadi kepada Sdr. Anwar.
 
Tidak mustahil senario yang sama berulang kepada Paklah, tetapi dengan “kemalangan” yang lebih realistik. Bukankah SB pernah memaklumkan kepada Shaari Sungip ketika ditahan ISA, bahawa mereka mampu menaik dan menurunkan pemimpin negara, walau dengan apa cara sekalipun?
 
Walaupun ketika ini, Paklah belum mampu menggugat Mahadir sKT, namun penyerahan kuasa kepada Paklah dikira mengundang risiko. Paklah yang dipungut Mahadir sKT untuk menggantikan Anwar, hanyalah sekadar untuk meredakan kemarahan orang Melayu khususnya di Pulau Pinang kerana peristiwa 2 September 1998. Sebelum berkuasa penuh lagi, bukankah Paklah telah engkar arahan Mahadir sKT? Isu pembebasan tahanan ISA dan keengganannya melantik Najib sebagai TPM menghilangkan keyakinan Mahadir sKT terhadap Paklah. Bayangkan jika Paklah sebagai PM nanti , apakah “nasihat” bekas PM Mahadir sKT akan diikutinya? Inilah yang merunsingkan anak-anak dan kroni-kroni Mahadir sKT.
 
Apabila TG Haji Hadi Awang, MB Terengganu memaklumkan bahawa Enakmen Jenayah Syariah Terengganu akan diwartakan pada Oktober ini, Mahadir sKT tentu panas punggung. Sebagai penentang hukum hudud paling agung abad ini, Mahadir sKT tidak mungkin merelakan perkara ini berlaku. Lebih-lebih lagi selepas dia melepaskan kuasa sebagai PM 1 November nanti. Dua aras manifesto pilihan raya BA, antara lain menjadikan Kelantan dan Terengganu contoh pemerintahan Islam pasti akan menjadi igauan buruk buat Mahadir sKT. Syiar pemerintahan Islam yang cuba dijadikan contoh kepada rakyat di negeri-negeri lain perlu disekat supaya tidak berkembang, walau dengan apa cara sekalipun.
 
Mahadir sKT sanggup “kojol” untuk mempertahankan dasar sekularnya, daripada membiarkan hudud bertapak dan berkembang di negara Islam ala Umno. Tanpa senjata kekuasaan ampuh, mampukah Mahadir sKT menyekat kemaraan PAS / BA di Kedah, Perlis, Pahang, Selangor dan negeri-negeri lain? Igauan buruk ini tidak mungkin diizinkannya berlaku sewaktu matanya masih celik…... muslihat perlu dicari untuk dia meneruskan kuasa.
 
Sebagai Pengerusi NAM yang sedang disandangnya, dan bakal Pengerusi OIC nanti, berkesankah jawatan-jawatan tersebut tanpa menjawat jawatan “Ketua Negara.” Harimau Tua yang disedari tiada lagi taring dan kukunya, ngaumannya tidak akan menakutkan mangsanya. Rusa dan kancil akan menari-nari di depannya, malah ada pula monyet nakal sahabatnya dulu sanggup kencing dan berak di atas kepalanya. Tentu menyesal Pak Belang Tua kerana mencabut sendiri taring dan kukunya, yang banyak berjasa kepadanya dan anak-anak kroninya selama lebih 22 tahun lalu.
 
Sanggupkah Pak Belang Tua menghadapi hari tuanya tanpa taring dan kuku?

Kiriman: Mat Sepai - 05.10.2003


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!