Oktober Dah Mari: Aku Tak Nak Pergi, Aku Tak Mau Berhenti !!
 

Huwaaa…huwaaa…Oktober dah mari…..
Hanya 2 minggu lagi…
Cuma berbaki  14 hari…
Aku terasa  macam mimpi...ngeriiiiiiii…
Aku tak nak pergi….
Aku tak mau berhenti…
 
Huwaaa..huwaaa… Oktober dah mari…
Ke mana lagi aku nak lari ?
Kat mana aku nak sembunyi ?
Apa alasan aku nak beri ?
Aku tak nak pergi  !!
Aku tak mau berhenti !!
Awat hangpa tak faham-faham lagi ?
Awat hangpa tak reti-retiiii ???
 
Huwaa..huwaa…Oktober dah mari….
Aku tak nak pergi….
Aku tak mau berhenti….
 
Kalau aku berhenti …
Sapa nak jaga aku punya bini ?
Sapa nak bela Marina, Mukhriz, Mokhzani ?
Sapa nak pelihara segala kroni ?
Sapa nak ikut cakap aku lagi ?
Taik-taik yang aku dah taburi…
Sapa nak tolong tutupi…?
Sapa nak tolong cuci….?
 
Paklah tak  boleh dipercayai,
Aku tahu dia duk buat konspirasi,
Dia dah rujuk kembali dengan “team B”…
Musa, Rais, Tengku Azlan,Ku Li,
Di Awana Resort mereka berhimpun sekali,
Merancang konspirasi…..
Agar si Najib menggigit jari, ,
Supaya aku ditendang berambus pergi.
 
Huwaaa…huwaa…Oktober dah mari…..
Aku tak nak pergi…
Aku tak mau berhenti…
Aku nak mati atas kerusi Perdana Menteri,
 
Tapi…muslihat aku kena cari,
Please…aku dah buntu kini,
Perlukah aku upah Khalid Jefri ?
Atau upah Ummi buat  pengakuan sensasi,
Mengaku bahawa Paklah “apa-apakan” Ummi,
Atau… tuduh Hindun ada hubungan dengan Ku Li,
Atau…. upah  Azizan mengaku lagi ,
Kononnya…Paklah meliwatnya di siang hari,
Tarikhnya dah lupa…yang pasti di luar negeri,
 
Kali ini aku boleh pergunakan si Ghani,
Kerana  Mokhtar  dah ditelan bumi,
Adakah dia ditempatkan di Syurga Firdausi ?
Atau di neraka jahanam terbawah sekali ?
Bolehlah aku join dia di sana nanti,
Lagipun, Arifin Jaka  masih ada lagi,
Agustine pun aku dah beri pangkat tinggi,
 
Tapi…tapiiii..???
tak logik…tak logik sekali,
Nanti semua kata aku dah Gila Babi,
Makin cepat aku disuruh berambus pergi.
Aaahhhhh…. aku apa peduli.
 
Huwaa…huwaaa..Oktober dah mari…
Aku tak nak pergi...
Aku tak mau berhenti…
 
Rafidah pun tak setuju aku nak berhenti,
Katanya : “Biarlah ayahanda jadi PM sehingga mati,
Kerana pengganti  ayahanda sukar dicari ganti.”
Lagipun aku masih sayang kat Ketua Puteri,
Aku masih merindui Brahim Ali al-Kataki,
Aku kesian kat Zunar si kartunis reformasi,
dia nak lukis hidung sapa pula lepas ni ??
 
Huwaa…huwaa….aku tak nak pergi…
…aku tak mau berhenti…
Fikiran aku dah  buntu kini,
Aku tahu Paklah dah susun strategi,
Sebab tu dia masih ragu masih sangsi,
Paklah ragui …kerana pejabat  aku belum berkemas lagi,
Paklah sangsi …Mahligai Putrajaya bila nak serah kunci,
 
Huwaa…huwaaa..Oktober dah mari…
Aku tak nak pergi..
Aku tak mau berhenti…
 
Tapi muslihat perlu aku cari…
Haa haah…apa kata aku bebaskan Anwar dari jerejak besi ?
Supaya laungan reformasi bergema kembali,
Supaya demontrasi jalanan kembali beraksi,
Supaya umno terasa terancam kini,
Supaya pencacai BN jadi ketar gusi,
Supaya yang buta perut buta hati boleh ditakuti,
Supaya aku boleh “turning over”….tak jadi berhenti,
Untuk ketuai  pilihanraya lagi sekali ……
 
Huwaa…huwaaa..Oktober dah mari…
Aku tak nak pergi..
Aku tak mau berhenti…
 
Aku dah buntu kini,
Tapi ….muslihat perlu aku cari,
Haa haah…semasa atau lepas persidangan Oh I See,
Aku boleh arahkan para siput babi ( SB ),
Letupkan putrajaya atau mana-mana destinasi,
Biar nampak macam “pengganas”  mengganas kini,
Kemudian boleh tuduh Ezam dan kumpulan reformasi,
Atau tuduh  KMM, JI  atau pengikut-pengikut Hambali,
Aku boleh kaitkan dengan PAS dan BA sekali,
ISAkan mereka supaya “rakyat” senang hati,
Aku akan dianggap sebagai wira pelindung ibu pertiwi,
Akhirnya….aku dirayu jangan berhenti lagi……
 
Huwaa…huwaaa..Oktober dah mari…
Aku tak nak pergi..
Aku tak mau berhenti…
 
Ahhhh…susah-susah sangat nanti,
Apabila 31 Oktober menjelma kini,
Aku pura-pura terkejut beruk lupa diri :-
 
 “ Aiikkk !!! .BILA PULA AKU JANJI NAK BERHENTI ??????”
 
Kah..kah…kah… eee….eee..eeeee…hangpa kena bohong lagi.

Kiriman: Mat Sepai - 13.10.2003


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!