Pemuda Keadilan Permatang Pauh Terima Kemasukan Ahli Baru
Oleh Mat Sepai


PERMATANG PAUH, 27 Mac - Kepulangan Kak Wan dari ibu kota ke Permatang Pauh minggu ini untuk menemui para penyokongnya disambut dengan kenduri kesyukuran. Bermula dengan cawangan Mengkuang Titi dan Kubang Ulu malam tadi, diikuti dengan cawangan Kepala Bukit, Kampung Petani, Kuala Mengkuang, Guar Jering dan Kampung Jawa keesokannya. Sebagai tanda kasih pengundi kepada Kak Wan dan DS Anwar, majlis kesyukuran ini dibuat hasil pengorbanan ahli-ahli di peringkat akar umbi. Ada ahli-ahli cawangan yang korbankan lembu dan kambing untuk menzahirkan betapa kasih dan sayangnya mereka kepada Anwar dan perjuangan ini. Perjuangan untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.

“Walaupun kita diasak dengan hebat dan penuh dengan tipu muslihat, namun keikhlasan dan pengorbanan ahli-ahli bekerja untuk parti, di samping pertolongan daripada Allah s.w.t akhirnya kita berjaya jua .”

“Anwar tetap bersyukur dengan kemenangan ini, tetapi beliau turut kesal dengan penipuan umno/BN di seluruh negara yang memperkudakan SPR untuk menjayakan niat jahat mereka. Kita telah pun menghantar bantahan kepada Penyimpan Mohor Besar raja-raja Melayu berkaitan perkara ini.” Kata Kak Wan di hadapan pendokong parti di Kubang Ulu semalam.

Di dalam majlis yang sama, Kak Wan turut menerima kemasukan ahli-ahli baru pemuda keAdilan Cawangan Kubang Ulu seramai 53 orang, yang diketuai oleh saudara Zulfakar Abdul Ghani.

“Kami menyertai keAdilan kerana kesedaran yang lahir dari keihklasan hati kami, yang bencikan kezaliman dan penindasan oleh pimpinan umno /BN.” Demikian antara luahan hati Zulfakar kepada penulis.

Menurut Cikgu Sharry (gambar) selaku Pengerusi Tetap Cawangan keAdilan Kbg Ulu dan Bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Permatang Pauh, “Penindasan dan kezaliman menjadi-menjadi di sini. Mangsa-mangsa banjir yang menyokong kita, dinafikan bantuan. JKKK memainkan peranan menapis segala permohonan. Bantuan hanya untuk ahli umno sahaja walaupun kita tahu peruntukan itu bukannya daripada kantung umno.”

“Para pemuda yang melihat tindakan ini terpanggil untuk menyertai KeAdilan,” sambungnya.

Takbir…..Lawan Tetap Lawan

- Mat Sepai - 28.03.2004 - (suntingan M@RHAEN)
 

Kak Wan di samping sebahagian barisan ahli-ahli baru 
Pemuda Cawangan Kubang Ulu 

Ketua Pemuda Kubang Ulu, Zulfakar Abdul Ghani 
menyerahkan borang keahlian kepada Presiden 
Parti Keadilan 

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN