Umno Arah BPR Siasat Pengurus Pilihan Raya Permatang Pauh
Oleh Mat Sepai


PERMATANG PAUH-3 Mac – Kerana masih kehairanan meskipun menggunakan khidmat bantuan “pengundi-pengundi hantu” Umno masih gagal menawan Permatang Pauh, kini Umno dilaporkan sedang berusaha “merampas” kembali Permatang Pauh dengan apa cara sekalipun.

Maklumat dalaman Umno Permatang Pauh memaklumkan, BPR kini telah dikerahkan menyoal siasat Pengurus Pilihan Raya (P 044 Parlimen Permatang Pauh) yang dianggap kononnya telah menyebelahi BA dalam pilihan raya lalu. En. Muzamin Mastak selaku Pegawai Daerah SPT merangkap Pengurus Pilihan Raya P 044, sebenarnya ialah rakan karib, bekas Ketua Bahagian Umno Permatang Pauh yang dipecat, iaitu Datuk Ahmad bin Saad.

Sumber daripada Pejabat Daerah SPT memaklumkan, En. Muzamin begitu tertekan dalam situasi sekarang. Sehingga kini, keputusan rasmi kerusi Parlimen Permatang Pauh masih belum diserahkan kepada penyandangnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah, seperti yang pernah penulis laporkan bahawa Encik Muzamin terpaksa lari melalui pintu belakang pejabatnya di sini. Rujuk (Pengurus Pilihan raya Pmtg Pauh Enggan Serah Keputusan Rasmi)

Ketidakpuasan hati Umno untuk menerima kekalahan kerusi Permatang Pauh melalui calonnya Ustad Pirdaus, dapat dilihat dengan tindakan agresif Bekas Imam Besar itu pada malam penjumlahan undi di Maktab Tuanku Bainun. Kononnya, mengikut pengiraan pihak Umno, mereka sepatutnya telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 36 undi seperti yang dilaporkan media. Namun keputusan sebaliknya telah berlaku, yang menyebabkan Ustad Pirdaus melompat terus ke atas pentas tanpa memijak anak tangga dewan untuk membuat bantahan kepada pihak SPR.

Tindakan bekas Imam Besar bermazhab Umno ini telah memeranjatkan hadirin dalam dewan ketika itu.

Menyingkap kembali proses pengiraan semula undi pada 22.3.2004 di Maktab Perguruan Tuanku Bainun lalu, di mana penulis turut terlibat sama, mengikut kiraan berdasarkan Borang 14 yang salinannya “terpaksa” diserahkan kepada pihak BA, Datin Seri Wan Azizah sepatutnya menang dengan majoriti lebih daripada 1000 undi, bukannya 590 undi seperti yang diumumkan oleh pihak SPR pada hari itu.

Perkara ini masih menjadi tanda tanya, lebih-lebih lagi keputusan rasmi untuk setiap saluran mengundi masih tidak diserahkan kepada pihak BA untuk tindakan selanjutnya.

Persoalannya kini, adakah Permatang Pauh akan diadakan pilihan raya semula?

Takbir…..Lawan Tetap Lawan

- Mat Sepai - 04.04.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN