29 Mei 2004: Pengesahan Terakhir Pak Lah Pewaris Kezaliman Mahathir
Oleh Mat Sepai


Bacul dan zalim, inilah ungkapan paling lunak yang boleh dianugerahkan kepada Pak Lah, PM yang hanya bijak beretorik dengan Cemerlang, Gemilang Terbilang…..tapi semuanya temberang. Apabila Mahkamah Persekutuan menolak ikat jamin Anwar pada 21 Mei lalu, ianya gambaran awal Pak Lah dan pemimpin umno ( terutamanya Mahathir ) masih dihantui KETAKUTAN YANG AMAT SANGAT kepada Anwar. Sijil Pengesahan Sebagai Pewaris Kezaliman Mahathir akan termaktub pada 29 Mei nanti.

Usahlah berselindung di sebalik mahkamah yang hakimnya boleh dicucuk hidung dan dipulas telinga. Sikap Baling Batu Sembunyi Tangan, bukanlah sifat seorang pemimpin Islam yang kononnya mahu memartabatkan Islam Hadhari. Ketika ini, bukannya Anwar yang sedang dibicarakan, tetapi rakyat yang celik mata sedang membicarakan Pak Lah sama ada meneruskan tradisi kezaliman Mahathir atau akan melakukan reformasi dalam pentadbirannya.

Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 29 Mei, hanyalah pelengkap sandiwara mahkamah [milik Mahathir kini diwarisi Pak Lah] sejak bermulanya perbicaraan rayuan terakhir Anwar pada 10 Mei lalu. Rakyat yang celik akal dan mata hati dijangka telah mengetahui keputusannya, tanpa perlu menunggu keputusan pada Sabtu nanti.

Walaupun diberitakan hakim Abdul Hamid Mohd telah berjanji akan mengkaji segala fakta dan hujah, serta akan memutuskan hukuman seadil-adilnya, itu hanyalah harapan palsu berunsur sandiwara yang diwarisinya daripada Pak Lah dan Mahathir. Jangan lupa, hakim yang sama jugalah, dalam kenyataan awalnya menganggap Anwar akan mengancam keselamatan negara jika dibebaskan dengan ikat jamin.

Jika ikat jamin yang sepatutnya peroleh Anwar sehingga 29 Mei, itu pun tidak berani dilaksanakan, apakah ada kemungkinan Anwar akan dibebaskan buat selama-lamanya? Jawabnya…... lupakan sajalah. Lagipun apalah yang boleh diharapkan kepada “Hakim-hakim Junior” ini, berbanding Bekas Ketua Hakim Negara, Tan Sri Dzaidin yang pernah berjanji akan melakukan reformasi sistem kehakiman negara waktu itu. Akhirnya, beliau sendiri terpaksa akur dengan kehendak zalim pemerintah ketika itu.

Hanya mereka yang buta mata hati sahaja menganggap Pak Lah akan membebaskan Anwar melalui mahkamah. Pada mereka Pak Lah berbeza daripada Mahathir. Lagipun menurut mereka, hujah dan fakta daripada barisan peguam Anwar cukup mantap. Ditambah dengan alibi Anwar yang langsung tidak mampu dicabar oleh Peguam Negara Ghani Empat Tahil.

Memang betul, jika berdasarkan hujah dan fakta di mahkamah, Anwar tidak mungkin mendiami Jerejak Besi Sg Buluh. Fakta jelas- lubang punggung Azizan yang kononnya telah pecah terunanya tidak pernah disahkan oleh mana-mana pakar perubatan, tarikh kejadian dipinda-pinda, ketika kejadian Trivolli Villa belum siap, 14 tompok di tilam yang entah di mana cadarnya , bukti resit tilam dibeli selepas kejadian, pengakuan SAKSI PENDAKWA Dr. Zahari Nor bahawa Sukma tidak pernah diliwat, dan seribu satu lagi bukti sudah lebih daripada mencukupi yang menunjukkan Anwar tidak bersalah. Tapi apakah semua itu akan diambil kira oleh para hakim ? Apakah semua fakta ini diketahui dan dinilai oleh pemimpin dan juak-juak Umno ?

Dan kita jangan lupa, Mahathir yang mengaku mempunyai bukti kukuh, akhirnya kecut menikus apabila takut ke mahkamah walaupun disapina. Malah, sepatut namanya dicatat dalam Malaysia Book Of Records. Kerana menjadi saksi tunggal [Malaysia Boleh] di alam maya ini yang memohon soalan bocor daripada Peguambela dan juga saksi tunggal, meskipun dapat soalan bocor tapi masih takut ke mahkamah. (Bacul sungguh Mahathir !)

Bagi yang mengikuti perbicaraan Anwar sejak tahun 1999 dengan mata dan hati terbuka, tetap menyifatkan Anwar adalah tahanan politik. Dizalimi kerana fitnah, kerakusan dan kezaliman Mahathir dan konco-konconya.

Namun begitu, apabila Pak Lah menyifatkan Anwar bukannya tahanan politik, tanda-tanda beliau sebagai pewaris kezaliman Mahathir semakin terserlah. Meskipun Pak Lah masih mengekalkan beberapa akta yang menindas rakyat seperti akta zalim ISA, namun sifat lemah gemalainya dilihat berjaya menutup sifat kezalimannya itu. Dalam lembut Pak Lah bertindak zalim.

Harapan Pak Lah yang mahukan rakyat khususnya ahli umno menjadi Pemikir Kelas 1, akan dianggap retorik semata-mata jika Pak Lah sendiri terus mewarisi kezaliman Mahathir. Pak Lah bukan sekadar akan dianggap bapa ketam yang mengajar anaknya berjalan betul, tetapi dilihat lebih zalim daripada Mahathir. Kerana Pak Lah berlatar belakang lulusan agama dan cucu seorang ulama berbanding Mahathir.

Janganlah Pak Lah cuba mewarisi kezaliman dan pemusnah sistem kehakiman negara daripada Mahathir. Biarlah sejarah negara mencatatkan ianya hanya milik Mahathir bersama para konspirator, termasuk bekas banduan Rahim Nor si Ketua Samseng.

Sama ada Pak Lah pewaris kezaliman Mahathir atau tidak, hanya akan terjawab pada 29 Mei nanti apabila Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman terhadap rayuan terakhir Anwar.

Takbir…Lawan Tetap Lawan

Takbir…lawan tetap lawan.

- Mat Sepai - 25.05.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat: