Pilihan Raya Semula: 
Imam Duit Menagih Simpati Pengundi Permatang Pauh

Oleh Mat Sepai


PERMATANG PAUH: “Kali ini Ustaz kena tolong saya, kita akan adakan pilihan raya semula di Permatang Pauh. Saya kena menang kali ni.”

“Minta maaf la Ustaz, saya tak boleh…kerana saya ni kakitangan kerajaan. Saya tak boleh terlibat dalam parti politik”.

Demikian antara dialog Imam Duit dengan salah seorang ustad KAGAT di Masjid Bagan Dalam baru-baru ini, selepas Imam Duit selesai menyampaikan ceramah temberangnya sempena Maulidur Rasul.

“Depa tuduh saya macam-macam, fitnah saya begitu begini. Saya nak bagitau tuan-tuan semua, semua itu fitnah. Jangan percaya. Apabila dapat sesuatu berita tuan-tuan kena selidik dulu. Gunakan akal waras yang dianugerahkan Allah kepada kita untuk menilai sesuatu berita sama ada berita itu betul atau tidak.”

Antara temberang Imam Duit di Masjid Kampung Pelet dalam “kempen pilihan raya semula” yang menggunakan platform ceramah Maulidur Rasul baru-baru ini. Turut hadir, Pak Nan bekas calon umno DUN Pmtg Pasir yang turut mengemukakan petisyen membantah kekalahan mereka dalam pilihan raya lalu.

“Saya cukup tak puas hati dengan SPR kerana turut terlibat membantu memenangkan pembangkang dalam pilihan raya lalu. InsyaAllah - kita akan adakan pilihan raya semula nanti. Kita ada bukti kukuh tentang penyelewengan mereka. Kita akan dedahkan perkara itu di mahkamah pada 29 Mei nanti.”

Demikian ucapan Imam Duit di Kampung Guar Perahu, dalam program bersama anggota RELA yang turut dihadiri Wahab Rauf, Ketua Umno Cawangan Guar Perahu dan Datok Jalil, Ketua Umno Pmtg Pauh yang dilantik Pak Lah melalui pintu belakang.

Manakala itu, menurut seorang pemimpin Umno yang dikenali sebagai Pak Di dari Kg Sungai Rambai, maklumat yang dia perolehi daripada Imam Duit menyatakan pilihan raya dijangka bulan Julai nanti. Tapi menurutnya, ini semua bergantung kepada kecekapan peguam Umno untuk mempengaruhi keputusan hakim.

Mengulas perkara ini, salah seorang pengundi Permatang Pauh yang dikenali sebagai Pak Mat, berkata, “Jangan harap satu undipun daripada saya dan keluarga saya akan beri kepada Pirdaus. Kalau pilihan raya semula, biar dia kalah teruk kali ini.” ujarnya yang merupakan bekas tentera.

“Aku ni, tengok muka Pirdaus pun dah naik meluat. Apatah lagi nak undi dia kalau pilihan raya semula. Aku tak mahu bersekongkol dengan orang zalim.”  Ujar Pakcik Razak dari Kg Paya.

“Kalau dia nak menang sangat, ambillah kat dia. Tak payah pilihan raya semula. Awat dia nak tutup malu pasal kalah ke, kerana dah menipu tapi masih tak menang juga? “ Ujar Shaari seorang penyokong BA di sini. “Kalau pilihan raya semula, kita akan lawan. Lawan tetap lawan”.

Kata Pak Tam penuh bersemangat, seorang reformis dari Sungai Semambu yang bekerja keras berulang alik ke Kuala Lumpur untuk mengambil bendera dan poster calon dalam pilihan raya lalu.

Takbir…lawan tetap lawan.

- Mat Sepai - 29.05.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN