Umno Permatang Pauh Bergolak, Imam Duit Bernafsu Besar
Oleh Mat Sepai


PERMATANG PAUH- Pergolakan dalaman Umno Permatang Pauh tidak dapat ditutup lagi. Pengakuan oleh Md Saad bekas Ketua Bahagian yang disingkirkan Pak Lah sebelum pilihan raya lalu membuktikan wujudnya kemelut itu.

“Kalau aku lawanpun, aku tak rugi apa-apa, kerana aku memang dah rugi. Mana boleh biar depa buat ikut suka saja. Aku akan lawan depa.”

Demikian antara pengakuan Md Saad, kepada kenalan penulis apabila diajukan persoalan berkaitan pemilihan AJK umno bahagian yang akan dilangsungkan nanti.

Menurut sumber, Md. Saad telah berkomplot bersama teamnya, yang terdiri daripada pakatan Ariff Syah-Adun Seberang Jaya, Ahmad Nizar- Ketua Pemuda, Roslan Omar, Salahuddin dan beberapa kerat pemimpin umno bahagian. Team ini bercita-cita untuk menyingkirkan pimpinan sekarang, khususnya Ketua Penaja, Abdul Jalil yang dilantik melalui pintu belakang oleh Pak Lah.

Diberitakan beberapa pertemuan, termasuk di Pulau Langkawi telah berlangsung dan beberapa “MOU” telah dicapai untuk merealisasikan impian mereka. Bilik gerakan mereka telah pun beroperasi di Bandar Sunway Seberang Jaya.

Dimaklumkan Md Saad, akan menentang Jalil, Ketua Penaja sekarang, manakala Arif Syah akan merebut jawatan Timbalan Ketua. Ariff bakal menentang Imam Duit yang turut bernafsu besar untuk jawatan itu. Nafsu besarnya bukan sekadar untuk merebut jawatan Timbalan Ketua Bahagian, malah telah memohon pengisytiharan mahkamah pada 29 Mei lalu, agar kemenangan DS Dr. Wan Azizah dibatalkan, dan Ahli Parlimen Permatang Pauh menjadi miliknya.

Manakala itu, jawatan Naib Ketua bahagian, khabarnya akan menyaksikan pertarungan 9 penjuru antara team Md Saad dan Abdul Jalil. Sementara itu, team Jalil disokong Imam Duit dan Pak Nan, yang suatu masa dulu mendabik dada mendakwa kononnya dialah pembantu khas DS Anwar.

Penyokong Md Saad berpendapat, beliau berpeluang cerah untuk merebut kembali jawatannya yang dirampas secara paksa oleh Jalil. Antara alasan mereka, Jalil bukannya pilihan majoriti ahli umno, kepimpinannya lemah dan beliau masih menetap di Ipoh serta sukar dihubungi. Malah sebelum ini, beliau langsung tidak pernah terlibat dalam politik Umno Permatang Pauh.

Alasan kedua, menurut mereka, pakatan 2 tokoh koperat ( sebenarnya keparat ) Md. Saad dan Arif Syah mampu melabur jutaan ringgit untuk membeli undi para perwakilan nanti. Budaya ini, seperti diketahui umum telah menjadi tradisi Umno dari dulu, kini dan selamanya. Yang menang jawatan bukan kerana kepimpinannya, tapi sebesar mana pelaburan yang telah disumbat ke perut para perwakilan.

Md. Saad meskipun tidak popular di kalangan rakyat Pmtg Pauh, namun masih berpengaruh di kalangan ahli Umno. Kuasa wang yang dimilikinya, mampu mengembalikan jawatan ketua bahagian ke pangkuannya.

Pertarungan ini bakal menyaksikan, Imam Duit yang kini bergelumang dalam “Tong Tahi Umno” akan terus terpalit dengan kebusukan dan kedurjanaan politik umno. Tahi-tahi yang ditaburkannya sepanjang kempen pilihan raya lalu, tidak mampu membersihkan dirinya sebagai Bekas Imam Masjid Negara.

Menurut sumber umno, Imam Duit hanya layak merebut jawatan dalam AJK Pemuda. Berdasarkan umurnya yang baru setahun jagung dan masih mentah dalam sepak terajang umno Permatang Pauh, jawatan Timbalan Ketua Bahagian dianggap terlalu tinggi buatnya.

Pada kaca mata ahli dan pimpinan Umno, Imam Duit pun serupa dengan mereka, kaki rasuah dan kaki songlap. Komisyen RM 30.000.00 yang dimintanya daripada kontraktor untuk projek pengubahsuaian Masjid Negara sedikit masa dulu, hanyalah secebis bukti wajah sebenar ulama [ ular dalam semak ] umno ini.

“Diapun Serupa” – kata mereka.

Takbir…lawan tetap lawan.

- Mat Sepai - 31.05.2004 - (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN