Kenyataan Media PKR:
TEMURAPAT PARTI KEADILAN RAKYAT
BINCANG RANCANGAN MEMPERKASA PARTI

Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat telah mengadakan Temurapat dua hari satu malam pada 26-27 Februari 2005. Seramai 41 orang pemimpin Parti telah hadir.

Presiden, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tidak dapat turut serta sebab berada di luar negara, bersama Penasihat, Sdr Anwar Ibrahim, dalam siri lawatan, pertemuan, ceramah serta menghadiri persidangan di England, Amerika dan Eropa.

Temurapat bermula dengan Mesyuarat MPT untuk membincang dan meluluskan beberapa perkara berhubung urusan Parti. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Parti, Dr Syed Husin Ali, dan mengambil masa dua jam setengah.

Pada sebelah petang program terpenting Temurapat dimulakan dengan sesi Rumusan Dasar Parti. Timbalan Presiden telah membentangan kertas yang mengenalpasti isu-isu penting mengenai dasar parti dan juga Reformasi. Sebelah malam perbincangan diteruskan dalam tiga bengkel selari, untuk membincangkan kertas itu.

Pengerusi-pengerusi Bengkel ialah Mustaffa Kamil Ayub, Naib Presiden, Datuk Saidatul Badru Tun Mohd Said Keruak, Naib Presiden, dan Dr Xavier Jayakumar, Timbalan Setiausaha Agung. Manakala Pencatat pula ialah Saudara-saudara Ang Hiok Gai, Abdul Halim Mohd Yusof dan Zahir Hassan, ketiga-tiganya Timbalan Setiausaha Agung.

Laporan yang disampaikan oleh tiap-tiap  pengerusi bengkel telah dibincang dalam  siding Pleno, dipengerusikan oleh Sivarasa Rasiah, Naib Presiden. Sebagai kesimpulan telah dikenalpasti beberapa isu besar yang dihadapi negara serta rakyat, dan dasar-dasar  penting yang harus diutamakan oleh Parti pada  jangka pendek dan jangka panjang.

Esoknya, selepas sarapan, Temurapat disambung dengan sesi Ke Arah Keberkesanan Organisasi. Tiga kertas telah dibentang, iaitu: Disiplin, oleh Dr Lee Boon Cye, Naib Presiden, Latihan, oleh Johari Abdul, Ahli MPT dan Penerangan, oleh Tian Chua, Setiausaha Penerangan. Sesi ini dipengerusikan oleh Dato’ Kamarul Bahrin Abas, Setiausaha Agung.

Selepas berehat sebenatar, tiga bengkel berlangsung untuk membincang tiap-tiap perkara, masing-masing dipengerusikan oleh Chia Kah Peng, Dr mansor Osman dan Saiful Izham Ramli, kesemuanya Ahli MPT. Pencatat adalah yang sama seperti bengkel-bengkel tentang Dasar.

Ini diikuti dengan sidang Pleno untuk mendengar serta membincang laporang dari semua bengkel. Beberapa kesimpulan penting dibuat, untuk dilaksan atau dijadikan panduan bagi memperkukuhkan organisasi Parti supaya lebih berkesan.

Dalm sesi terakhir pada sebelah petang, Penggulungan dan Kesimpulan Temurapat, yang dipengerusikan sekali lagi oleh Setiausaha Agung, Timbalan Presiden telah merumuskan kesimpulan utama yang telah dicapai, dengan mengaitkan soal dasar dan organisasi bagi memperkasakan Parti.

Kesimpulan bertulis Temurapat ini akan disediakan oleh Naib Presiden Sivarasa Rasiah, selaku Pencatat sesi ini,  bersama Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali, untuk diluluskan oleh Biro Politik dan kemudian dikemukakan kepada Konvensyen Kepimpinan Parti pada 26-27 Mac, 2005.

Konvensyen ini akan disertai oleh ahli-ahli MPT, Jawatakuasa Wanita, Angkatan Muda dan Perhubungan Negeri. Ia akan dihadiri juga oleh Presiden Parti, Dr Wan Azizah Ismail dan Penasihat, Sdr Anwar Ibrahim.

Selepas itu mesyuarat MPT disambung semula untuk membincangkanhal-hal belum selesai dan tamat pada jam 5.00 petang.

Pengarah Temurapat ialah Setiausaha Pengelola, Datuk Salehuddin Hashim.

Kiriman: PKR News - 01 Mac 2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com / reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: