Laman Black-14 Beroperasi Semula

Untuk makluman semua ;

Laman www.black14.net iaitu sebuah laman yang pernah mendapat lebih 80 ribu pengunjung sehari kini akan dibuka semula pada 8 Julai 2003. Laman ini akan dijadikan laman rujukan aktiviti bagi gerakan reformasi atau apa-apa aktiviti yang berteraskan kepentingan rakyat terbanyak.

Laman black14 hanya akan menyiarkan pengumuman program, laporan program dan seumpamanya disamping akan mempunyai ruangan khas seperti

Bersama tokoh
termuramah bersama tokoh pimpinan gerakan reformasi atau aktivis reformasi yang akan diadakan 2 minggu sekali

NGO minggu ini
ruangan yang akan mengenengahkan badan bukan kerajaan yang aktif dalam merialisasikan hasrat ke arah melahirkan Malaysia yang adil.

Laman Pilihan
sebulan sekali akan diadakan review laman pro gerakan reformasi

Semua diminta menghantarkan butir lengkap program seperti di bawah
Nama Program :
Penerangan Program :
Kehadiran Pemimpin :
Tarikh :
Masa :
Tempat :
Contact Person :
Butir - Butir lain / Penerangan ringkas berkenaan program :
Program terbuka atau tidak :

selepas program tersebut pihak tuan juga boleh menghantar laporan bergambar program tersebut untuk dihebahkan.

Hantar maklumat lengkap tersebut ke b_lack14@yahoo.com untuk disiarkan. Hanya pengumuman yang lengkap maklumatnya sahaja akan diumumkan.

Layarilah www.black14.net untuk mengetahui perbagai aktiviti gerakan reformasi terkini.

Salam Reformasi.


PERHIMPUNAN RAKYAT MENUNTUT IKAT JAMIN DAN HAK RAWATAN DSAI
(BERSAMA DSAI DAN 6 BEKAS TAHANAN POLITIK - ISA - REFORMASI)
14 JULAI 2003 * 9.00 PAGI * HADAPAN MAHKAMAH KUALA LUMPUR.
http://www.black14.net
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!