Pemuda Keadilan Punya Bukti BN Terlibat Kongsi Gelap Dan Pertubuhan Haram

KENYATAAN MEDIA

4 Ogos 2003

PERTUBUHAN HARAM, KONGSI GELAP DAN GANGSTERISMA BUDAYA POLITIK BARISAN NASIONAL

Pertubuhan  Haram, Kongsi Gelap dan gangsterisme sememangnya merupakan budaya dalam Parti Barisan Nasional. Pemuda keADILan telah menegaskan perkara ini semenjak dahulu lagi dan telah membuat beberapa laporan polis mengenai isu ini.

Pada 27 MAC 2003, di Balai Polis Dang Wangi, K.Lumpur Pemuda keADILan telah membuat satu laporan polis mendedahkan penglibatan Pemimpim Pemuda BN dalam kegiatan kongsi gelap dan pertubuhan haram tetapi jelas sehingga kini pihak polis gagal mengambil sebarang tindakan terhadap pendedahan ini.

Dalam laporan polis itu Pemuda keADILan juga telah mendedahkan bukti mengenai penglibatan UMNO, MCA dan semua komponen BN dalam jenayah pertubuhan haram, gangster dan kongsi gelap. Namun semua pekung ini sudah tidak dapat diselindungkan lagi. Satu persatu jenayah ini terbongkar dengan sendirinya. Cuma apa yang kami kesalkan kami telah tampil untuk membantu polis mendedahkan jenayah tersebut tetapi polis lebih bersikap menyebelahi dan melindungi jenayah pemimpin Barisan Nasional dan mengenepikan keselamatan rakyat. Kumpulan haram dan kongsi gelap inilah yang telah digunakan untuk melakukan keganasan dalam pilihan raya dan memenangkan BN.

Penglibatan 8,000 orang dalam pertubuhan haram PKPM dikatakan tidak mengancam keselamatan negara oleh Abdullah Badawi berbanding dengan 6 orang aktivis reformasi yang ditahan ISA. Ini telah membuktikan 6 tahanan ISA reformasi tersebut ditahan semata-mata kerana kerajaan takut kelantangan mereka mendedahkan rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan.

Polis Di Raja Malaysia ini telah menyebabkan keselamatan negara diperjudikan demi kepentingan politik rejim pemerintah dengan melakukan penguatkuasaan terpilih.

Penglibatan MCA dalam kongsi gelap hanya diambil tindakan setelah ia benar-benar tidak boleh diselindungkan lagi tetapi ini cuma merupakan satu penyelesaian mencari kambing hitam tanpa menyentuh pemimpin elit. Kini kepimpinan UMNO disabitkan dengan kumpulan pertubuhan haram PKPM namun tidak ada penguatkuasaan menyeluruh dilakukan seperti mahu menyelindungkan sesuatu. Berbeza dengan penahanan pemimpin pembangkang yang walaupun tanpa bukti mereka ditahan dua tahun dan dijadikan tajuk utama akhbar untuk dihina.

Pemuda Keadilan mendesak

i.    Satu siasatan terbuka dan menyeluruh mengenai penglibatan pemimpin politik BN dalam jenayah kongsi gelap dan pertubuhan haram.

ii.   Keseluruhan anggota yang menyertai PKPM ( 8000 orang ) harus di siasat secara adil, tanpa mengira kedudukan politik mereka. Kami mengesyaki  mereka yang tiada ada kepentingan politik di tahan reman tetapi mereka yang mempunyai jawatan dalam BN hanya di panggil memberi kenyataan sambil minum kopi.

Rakyat Malaysia perlu sedar penguatkuasaan terpilih oleh Polis Di Raja Malaysia ini telah menyebabkan keselamatan negara di perjudikan demi kepentingan politik rejim pemerintah.

Badrul Hisham Shaharin
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda
Parti Keadilan Nasional
016 3242564
chegubard@freeanwar.com - 04.08.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!