ISRAEL NEGARA PALSU

Assamu'alaikum wm.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,

Pada malam semalam, 28 Mei 2004, jam 9.30 malam bertempat di Dewan Besar Dato’ Mohd. Fadzil Noor, Markas Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar telah diadakan satu ceramah mengenai Perjuangan Rakyat Palestin. Ceramah disampaikan oleh Dr. Mohd.Hatta Ramli, AJK PAS Pusat, Presiden JIM dan Presiden ABIM.

Saya rasa, ada baik juga saya menyorot kembali penubuhan Negara Israel di bumi rakyat Palestin dan sedikit perkembangan dan pergolakkan yang berlaku dalam masyarakat Israel sendiri yang berpecah kepada beberapa golongan. Ini menyebabkan mereka tidak boleh bersatu melawan rakyat Palestin. Kekuatan Israel hanya terletak di atas bantuan dan dokongan Amerika Syarikat semata-mata, mereka tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri untuk melawan rakyat Palestin, khususnya pejuang-pejuang berani mati seperti pertubuhan HAMAS dan sebagainya.

Muktamar Yahudi Sedunia 1897

Satu Muktamar Yahudi Sedunia pernah diadakan di Switzerland pada tahun 1897. Muktamar ini diadakan berikutan satu kejadian yang kejam berlaku ke atas seorang wartawan Austria berbangsa Yahudi yang dijatuhkan hukuman mati. Peristiwa ini telah membuka mata beberapa pemuka Yahudi agar mereka mesti berusaha secara serius untuk membina sebuah Negara mereka sendiri. Disitulah bermulanya idea untuk merampas Palestin dan menukarkannya kepada Negara Yahudi. Usaha ini akhirnya berjaya, pada tahun 1954 wujudlah sebuah Negara Yahudi yang diberi nama sebagai Negara Israel yang diiktiraf oleh PBB dan beberapa Negara besar dunia dimulai oleh Amerika, Britain, Perancis dan sebagainya.

Negara Israel

Lebih daripada setengah abad penubuhan sebuah Negara Israel, namun ia masih lagi belum memenuhi ciri-ciri sebagai sebuah Negara. Ia masih lagi tidak mempunyai identity yang tersendiri, selain daripada identitinya sebagai jagoh kepada kerosakan dan penindasan. Masyarakat Israel masih lagi belum boleh bersatu, bahkan masyarakat Israel adalah masyarakat caca merba yang menghimpunkan pelbagai bangsa manusia dengan pelbagai ideology dan tabiat yang tersendiri. Kerajaan Israel pernah dan masih lagi melakukan usaha untuk mengadun masyarakat yang pelbagai itu dengan satu adunan. Mereka cuba untuk memaksakan ideology dan fahaman Zionis kepada semua penduduk Israel. Usaha ini ternyata gagal. Kegagalan itu bukan sahaja kepada bangsa Arab yang merupakan penduduk asal Palestin, tetapi ia lebih dari itu, mereka gagal juga untuk menyatukan fahaman orang-orang Yahudi. Masyarakat Israel berpecah-belah. Israel berpecah boleh dikategorikan kepada tiga perpecahan utama :

1. Perpecahan Berdasarkan Bangasa

Penduduk di Negara Israel terdiri daripada dua golongan, pertama, penduduk asal dan kedua, pendatang haram. Pendudukan asal adalah penduduk Palestin sehingga tahun 1948 Gelaran yang diberikan kepada mereka ialah ‘ Arab 48 ‘ atau ‘ Palestin 48 ‘ . Golongan ini sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Israel, mereka bangun menyuarakan hak mereka. Mereka memberi suara mereka kepada parti-parti bangsa Arab seperti Harakah Islamiah, parti Demokrasi Arab, Badan Demokrasi Kesejahteraan, Perhimpunan demokrasi Kebangsaan dan Gerakan Perubahan Arab.

Golongan kedua, pendatang haram yang terdiri dari pendatang Yahudi. Mereka berpindah dan mendirikan penempatan di Palestin bermula dari awal kurun ke 20. Mereka datang dari seluruh pelusuk dunia atas galakkan dari pemerintah Israel bagi tujuan menghimpit dan menghalau keluar rakyat asal Palestin terutamanya yang beragama Islam. Mereka boleh dipecahkan kepada empat kumpulan utama. Petama, Yahudi Rusia, mereka mewakili dua buah parti iaitu parti Israeil Bialiah dan Israel Bitino. Kedua, Yahudi Morocco yang menubuhkan parti Syas dan Gerakan Jaisyar. Ketiga, Yahudi Etopia, mereka diwakili oleh parti Sy’b Wahid dan keempat, Yahudi dari Amerika dan Eropah, mereka diwakili oleh pelbagai parti Yahudi Barat seperti parti Buruh, Likud, Markaz, Syinawi, Mirats, Kesatuan Kebangsaan, Yahdut Haturoh dan Mefdal.

 2.   Perpecahan Berdasarakan Agama

Di dalam masyarakat Israel terdapat dua golongan atau kelompok yang memperjuangkan kepentingan masing-masing. Pertama, golongan yang berpegang kepada agama adalah golongan minority di Israel, sama ada di pihak Arab baik Yahudi atau Yahudi sendiri. Walau pun begitu mereka mempunyai kekuatan sendiri dan mampu mencorakkan politik Israel. Dari kalangan Arab, mereka ialah penganut agama Islam yang diwakili oleh parti Harakah Islamiah. Di kalangan Yahudi pula, mereka dipecahkan berdasarkan kepada ideology Zionis kepada dua kumpulan. Pertama, golongan yang menyokongfahaman Zionis. Mereka diwakili oleh Mefdal dan dan Memad. Golongan kedua ialah golongan yang tidak mendukung fahaman Zionis. Mereka diwakili oleh parti Syas dan Yahdut Haturoh. Di kalangan Yahudi juga terjadi perpecahan berdasarkan kepada bangsa iaitu, Yahudi Timur diwakili oleh Syas dan Yahudi Barat diwakili oleh Yahdut Haturoh dan Mefdal.

Kedua ialah golongan secular, mereka juga terbahagi kepada dua kumpulan. Pertama, Arab yang diwakili oleh Badan Demokrasi Kesejahteraan dan Persamaan, parti Demokrasi Arab, Perhimpunan Demokrasi Kebangsaan dan Gerakan Perubahan Arab. Kumpulan kedua ialah Yahudia yang diwakili oleh parti Buruh, Likud, Mirats, Syinawi, Markaz, Israel Bialiah, Israel, Bitino dan Jaisyar.

3. Perpecahan Berdasarkan Ideologi

Dalam pada itu, masyarakat Israel juga turut berpecah berasaskan kepada idoelogi, terbahagi kepada dua golongan. Pertama, golongan berhaluan kanan yang juga terbahagi kepada fahaman, berfahaman agama yang diwakili oleh Syas, Mefdal dan Yahdut Haturoh. Kedua, golongan secular yang diwakili oleh Kesatuan Kebangsaan, Israel Bialiah, Israel Bitino, Likud dan Jaisyar.

Kedua, golongan berhaluan kiri yang terdiri daripada Yahudi yang lebih bersikap neutral yang diwakili oleh parti Mirats, Syinawi, Buruh, Markaz dan Sya’b wahid. Arab pula lebih bersikap keras terutama dalam pendirian mereka terhadap proses penyamaan hak dan mereka diwakili oleh Kesatuan Arab Bersatu, Badan Demokrasi Kesejahteraan dan Persamaan, Perhimpunan Demokrasi Kebangsaan dan Gerakan Perubahan Arab.

Dalam hubungan masyarakat Israel sebegini menjadikan Israel hubungan di antara penduduk berdiri di atas asas pertarungan dan bukan setakat persaingan sebagaimana Negara-negara lain di dunia. Pertarungan ini sama ada di antara Arab – Yahudi atau di antara golongan beragama – pendokong fahaman secular atau di anatara Yahudi Barat – Yahudi Timur. Pertarungan ini tidak terhenti setakat pertarungan dari sudut falsafah pemikiran semata-mata, tetapi membawa kepada pertarungan kepada identity sesebuah Negara yang mengakibatkan kegoyahan politik dalaman Israel. Pasti tanpa dokongan kuat dari Amerika dan rakan-rakan sekutunya, nescaya Israel tidak akan wujud lagi di peta dunia ini.

Hakikat Yang Tersembunyi

Walaupun mereka menyembunyikan fakta-fakta ini dari pengetahuan dunia, tetapi pertembungan dan pertarungan ini mendedahkan dua hakitat. Hakikat pertama, Negara Israel ialah sebuah Negara palsu dan idea penyatuan semula bangsa Yahudi dari buangan adalah idea yang gagal dilaksanakan. Sepatutnya mereka sudah berjaya menghilangkan identity ‘ bangsa buangan ‘ daripada bangsa Yahudi dan mereka sepatutnya juga menikmati kehidupan yang aman dan damai, tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Negara Israel tidak pernah sunyi dengan kekacauan dan identity mereka bertambah buruk daripada ‘ bangsa terbuang ‘ berubah kepada ‘ Negara perompak ‘.

Hakikat kedua, Israel bukan sebuah Negara demokrasi sebagaimana yang mereka laungkan. Demokrasi dan penjajahan adalah dua perkara yang berbeza yang tidak boleh dicantumkan. Kebebasan menubuhkan persatuan dan parti-parti politik bukan ukuran bahawa Israel mengamalkan demokrasi, sebaliknya mereka mesti membuktikan kepada dunia bahawa mereka benci dan menghentikan kezaliman yang mereka lakukan setiap hari.

Penutup

Itulah Israel, Negara yang ditubuhkan di atas penindasan dan kezaliman. Negara seumpama ini sudah semestinya tidak bertahan lama. Siapakah yang melakukan kezaliman ini. Adakah Israel atau Amerika atau sekutu-sekutunya? Jawapannya ialah umat Islam sendiri bukan Israel atau Amerika dan sekutu-sekutunya. Umat Islam sendiri yang memberi sumbangan terhadap Israel dan Amerika untuk menyembelih umat Palestin. Di mana semangat persaudaraan sesama Islam sepertimana yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW.
 
Semua pemimpin umat Islam sayangkan dunia dan takutkan mati. Apa yang menjadi impian mereka ialah kuasa, kekayaan dan kemewahan duniawi, apa hendak terjadi kepada umat Islam yang lain, jadilah asalkan pemimpin-pemimpin ini berada dalam keseronokan duniawi. Mereka sanggup menjadi hamba abdi kepada Barat dan Eropah dan sanggup pula menurut telunjuk mereka untuk sama-sama merosakkan perkembangan dan nor Islam di muka bumi ini.

Sumber kekayaan terletak di tangan umat Islam. Bahan-bahan mentah seperti minyak, bahan-bahan makanan dan sebagainya terdapat di bumi orang-orang Islam, tetapi ia amat merugikan orang-orang Islam kerana mereka mendapat pemimpin-pemimpin di kalangan orang-orang yang menolak ajaran Rasulullah SAW. Mereka lebih sayangakan dunia.

Jadi, orang-orang Islam sendiri yang paling kejam dan zalim membiarkan saudara seIslam dibunuh dan ditindas. Mereka boleh tidur lena diulet mimpi yang indah-indah.

Sekian, InsyaAllah diizinkan Allah kita bertemu lagi, terima kasih. Wassalam.

- Meli - 29.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat: 


Sertailah Kumpulan M@RHAEN