Bekerja Menulis Hanya Kerana Allah
Assalamualaikum,

Saya hanya ingin memberi komen pendek sahaja.

Membaca tulisan sSTK dan Cacilut memang ada perbezaan. Kita manusia dianugerahkan AKAL untuk berfikir, jadi masing-masing ada pendekatan yang mencetuskan, merangsang fikiran sendiri dan fikiran orang lain.

Tidak perlulah saya atau kita menuduh sesiapa sebagai tali-barut sesiapa, kerana di samping Hablum Minallah.. kita ada Hablum Minannas. Jadi kita memang tali-barut kerana kita perlu bina hubungan dengan Allah dan Manusia. Cuma mungkin perkataan tali-barut itu semacam negatif. Sama juga bila timbul cerita kroni maka bekas PM kata semua orang Melayu kroni dia (kepala ***** dia erm nak kawal sikit amarah ni..kan tengah puasa ni)

Propaganda, perang saraf memanglah strategi perang, jadi memang akan berlaku perang saraf ini hatta dalam siber yang memihak kepada BA. A'la kulli hal.. kitalah pembaca yang akan menilainya sesuatu penulisan itu. Kalau pun ada mereka yang cuba menggunakan perang saraf untuk menukar gaya, atau menukar kekuatan ahli BA, maka itu adalah niatnya daripada awal, kerana setiap perkara dimulakan dengan niat. Niat itu Allah yang tahu, manusia ada yang tahu tapi mungkin tidak pasti, kabur-kabur.

Akhir Kalam, kita melakukan apa sahaja perlu bersandar pada Allah. Kalau ini yang kita pegang walaupun hanya di alam siber, walaupun hanya coretan, jangan lupa setiap amalan hatta sebesar zarrah akan di hitung, maka ibaratnya setiap ayat yang kita tulis akan dihitung, dan berbaliklah kepada niat kita tadi.... apa niat kita dan Allah Maha Mengetahui.

- Salam Ramadhan.

MNI - 08.11.2003 (suntingan M@RHAEN)
Sertailah Forum M@RHAEN: http://marhaen.board.dk3.com/2/
Dapatkan maklumat terkini di Forum M@RHAEN.



Tapak Utama: http://marhaen.internations.net
Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!