Web Murtad: Adakah Sisters In Islam Terlibat?

Assalamualaikum wrt

Web Murtad: Adakah Sisters In Islam Terlibat?

Sebenarnya saya telah mengunjungi web ini sejak beberapa hari lalu dan saya dapati web Murtads from Malaysia ini dikendalikan oleh seorang moderator yang berfahaman free thinker dan mengunakankan nama samaran Murtad Mama. Katanya, dia tinggal di Toronto, Kanada. Turut serta sebagai Administration team ialah rakyat Malaysia (?) bernama Amin (kristian) dan Adam (atheist).

antara isi kandungannya ialah:
* menyenaraikan 28 nama org Islam Malaysia yg telah murtad beserta dengan kisah / testemoni sebahagian dr mereka.
* menawarkan perkhidmatan perlindungan di luar negara bagi murtad yang merasa terancam keselamatan diri.
* ruangan forum menjawab 'tuduhan' orang Islam.

Laman ini turut menyediakan link ke laman-laman murtad yang lain seperti:
(Kami tidak mengaktifkan link-link berikut kecuali untuk Web Murtad yang diperkatakan dalam artikel ini. - M@RHAEN)

* Forum Kebebasan Berpendapat: http://indonesia.faithfreedom.org/forum/
* Faith Freedom International: http://forum.faithfreedom.org/
* Apostates of Islam: http://www.apostatesofislam.com/forum/
* Ex-Muslims - orang-orang yang memeluk agama Kristian http://www.exmuslim.com/forum/index.php
* Ex-Muslims' Survey: http://www.geocities.com/exmuslims_survey/
* Web Murtad Mama: http://www.geocities.com/muslimapostate/index.html

Apa yang menjadi tanda-tanya, dalam web Murtad Mama, terdapat link bertaraf 'Favorite Link'  untuk mencapai satu artikel yang diterbitkan oleh kumpulan Sisters In Islam (SII). Mereka (golongan murtad ini) mempromosikan tulisan kumpulan SII yang mendapat pengiktirafan daripada Menteri Wanita, Shahrizat Jalil.

Mana-mana moderator yg mengadakan link dari webnya ke laman2 tertentu menunjukkan mereka ada hubungan ataupun sama fikrah dan sama ideologi. Justeru, adakah tindakan moderator web murtad tu mempromosikan tulisan SII bertajuk "Islam, Apostasy and PAS - An article by Sisters of Islam, Malaysia about Apostasy", membuktikan mereka ini satu geng?

SII memang terkenal dengan ideologinya yang banyak bercanggah dengan al Qur'an dan Hadith. Tetapi umat Islam Malaysia belum sampai hati nak masukkan atau kategorikan kumpulan ini di kalangan ajaran sesat. Jauh sekali nak isytiharkan mereka sebagai kumpulan yang murtad. Bahkan Majlis Fatwa sendiri (setakat yang saya tahu) tidak adapun mengeluarkan fatwa berkaitan dengan SII.
 
Tetapi apabila melihat betapa intimnya web murtad ini dan betapa redhanya mereka terhadap ideologi SII, satu persoalan timbul. Adakah SII mempunyai hubungan  dengan golongan murtad? Semua orang tahu, SII menentang hukuman bunuh ke atas pesalah murtad yang telah Allah tetapkan sejak 1400 tahun yang lalu dan tidak pernah dinasakhkan.

Jika benar SII mempunyai hubungan dengan pakatan militan murtad ini, kerajaan harus bertindak terhadap SII. Jika sebaliknya, SII perlu membersihkan namanya daripada senarai yang terdapat di laman berkenaan.

ANGKATAN MUDA REFORMASI MALAYSIA
(pejuangan menuntut reformasi ke arah Malaysia yang lebih adil) - 08.09.2003


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!