Mengenali Pengasas Sisters In Islam

Zainah Anwar adalah merupakan Pengarah Eksekutif dan pengasas Sisters In Islam. Siapakah Zainah? Berikut adalah petikan wawancara wartawan Australia dengan Zainah pada 3 Ogos 2003 di http://www.abc.net.au/rn/talks/natint/stories/s915192.htm

Terry Lane: Kita ada beberapa minit lagi untuk wawancara ini, ceritakan sedikit mengenai diri awak. Awak dibesarkan dalam keluarga yang bagaimana?

Zainah Anwar: Keluarga golongan pertengahan. Ayah saya seorang ahli politik dan berkhidmat dengan kerajaan di peringkat negeri. Sebenarnya beliau adalah salah seorang pengasas UMNO iaitu parti pemerintah. UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 sebaik sahaja penubuhan United Nations, jadi ayah saya ialah orang yang berada pada dua peperangan, dan amat mempercayai United Nation, jadi bila UMNO ditubuhkan, dia yang mencadangkan nama tersebut kerana bertujuan untuk menyatukan Melayu dari seluruh negara yang berpecah pada setiap pertubuhan disetiap negeri, dialah orangnya yang memberi nama United Malays Organisation (UMNO). Kami adalah dari golongan keluarga yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Terry Lane: Adakah awak mempunyai abang atau saudara lelaki?

Zainah Anwar: Ya

Terry Lane: Jadi adakah ayah awak membezakan (mendiskriminasikan) antara anak lelaki dan perempuan?

Zainah Anwar: Oh sememangnya. Ini adalah sebahagian daripada perjuangan. Ayah saya seorang yang dihormati, seorang yang disanjung, seorang yang ada kedudukan, tetapi dirumah dia menganggap dirinya ketua keluarga, dan mengharapkan perempuan untuk melayan lelaki.

Terry Lane: Dan awak memberitahu ayah awak begitu?

Zainah Anwar: Sudah semestinya. Saya sahaja yang berani memberitahu ayah saya begitu mengenai perangai buruknya sebagai seorang lelaki. Dan juga seorang ayah.

Terry Lane: Dan adakah dia menerimanya? Adakah dia berubah? Dibawah pengaruh awak dan pengawasan awak adakah dia berubah ?

Zainah Anwar: Semestinya tidak. Ayah saya dilahirkan pada tahun 1898, dia meninggal dunia beberapa tahun sudah sebelum mencapai usia 100 tahun. Dan saya tidak mengharapkan dia akan berubah, dia dari generasi yang sungguh amat berbeza sekali. Tapi yang pentingnya saya mempunyai kebebasan dan ruang untuk memberitahunya apa yang ayah saya buat adalah salah dan tidak adil, dan mengharapkan ibu saya untuk melayaninya pada usia ibu saya 74 tahun sedangkan ibu saya tua dan penat dan ianya sungguh tidak adil. Jadi ayah saya mengetahui akan perasaan saya terhadap semua ini.

Terry Lane: Apa sikap ayah awak terhadap pendidikan ?

Zainah Anwar: Ya, pada sudut lain ayah saya ini seorang yang moden, kedua ibu bapa seorang yang sangat moden, kecuali sikap mereka dalam peranan wanita, terlalu tradisional. Bagaimanapun mereka begitu moden, dan dia seorang Islam yang progresif. Dia percaya kedua-dua lelaki dan wanita mesti berpelajaran, mesti mempunyai pekerjaan dan menyara hidup, jadi kami tiada masalah dalam aspek kehidupan, cumanya peranan wanita, ianya seperti dalam agama lain dan kebudayaan lain, ianya selalunya yang terakhir untuk dilakukan perubahan kerana ianya memberi keutamaan kepada lelaki. Mereka tidak mahu berubah.

TAMAT

Siapakah ayah Zainah Anwar ini
Berikut adalah petikan artikel Asiaweek

http://www.asiaweek.com/asiaweek/98/0213/feat7.html

ANWAR ABDUL MALEK (Tan Sri Anwar Abdul Malek) meninggal dunia pada usia 99 tahun akibat sakit buah pinggang serta lain-lain penyakit di Johor Bharu pada 1 Feb 1998, adalah pengasas United Malays National Organization (UMNO), parti utama pemerintah dalam Barisan Nasional. Anwar adalah orang yang memberikan nama United Malays Organization (UMNO) dan mengetuai perwakilan pemimpin Melayu untuk meminta bakal Ketua Menteri Johor, Onn Jaafar untuk mengetuai perjuangan kemerdekaan daripada penjajahan British pada tahun 1940an dan 1950an. UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, tetapi Anwar dipenjarakan oleh British pada ketika itu, dan menyertai UMNO pada tahun 1947. Setelah bersara pada 1953, dia bergiat aktif dalam kerja kebajikan dan sosial dan membantu menubuhkan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Johor.

- Kiriman Ummu Solehah - 08.09.2003
Artikel berkaitan: Angkatan Muda Reformasi: Web Murtad: Adakah Sisters In Islam Terlibat?


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!