Dailog dengan Melayu Murtad
Kiriman Ummu Solehah Abdullah


Berikut adalah merupakan jawapan balas melalui e-mel dari Melayu Murtad (Mama Murtad dan Adam). Jika diteliti, menunjukkan undang-undang Murtad yang sedia adapun, tidak digunakan sepenuhnya oleh mereka yang bertanggungjawab. Kes Aisyah Bokhari sepatutnya dikenakan tahanan Pusat Pemulihan Akidah antara 6 bulan – 3 tahun.

Hi there!
The answers to your questions below are provided by Adam. Thank you.
Murtad Mama


1. Bagaimanakah caranya orang Melayu di Malaysia ini ingin menukar agama?
Untuk menukar agama, seseorang itu perlu membuat Surat Perakuan Sumpah di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Surat itu boleh disediakan oleh seorang peguam yang bertauliah. Selepas itu perlu disemak maklumat agama dalam kad pengenalan. Jika tertera Islam, maka si murtad perlu mendapat perintah dari mahkamah tinggi untuk menukar agama. Selalunya si murtad akan gagal.

2. Adakah mereka akan didakwa atau didenda ?
Ini bergantung kepada negeri-negeri tertentu. Kebanyakan negeri di Malaysia menganggap orang Islam yang sudah murtad sebagai masih Islam. Oleh itu seseorang itu boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah dan akan ditahan selama tidak lebih tiga tahun atau tidak kurang enam bulan di Pusat Pemulihan Akidah. Selepas menjalani pemulihan dan seseorang itu masih enggan kembali ke Islam, dia akan diberikan Sijil Murtad. Sijil Murtad ini boleh digunakan untuk menukar agama dalam kad pengenalan.

3. Jika didakwa atau didenda adakah oleh mahkamah sivil atau mahkamah syariah?
Mahkamah Syariah.

4. Adakah orang Melayu yang menukar agama akan hilang hak orang Melayu?
Ya, ini kerana menurut Perlembagaan Persekutuan, seorang Melayu ialah seorang yang menganut agama Islam. Jadi kalau dia murtad, dia bukan lagi seorang Melayu ataupun Bumiputera. Selalunya mereka akan dinasihatkan meninggalkan negara.

5. Sisters In Islam menentang hukum hudud di Kelantan dan Trengganu kerana orang yang murtad akan dihukum bunuh. Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Sisters In Islam kepada mereka yang murtad?
Tidak ada sebarang cadangan dikemukakan kepada yang murtad. Sisters in Islam cuma mencadangkan kerajaan Terengganu dan Kelantan mengkaji semula hukuman untuk orang murtad melalui Al-Quran.

Murtads from Malaysia

- Kiriman Ummu Solehah - 11.09.2003
Artikel berkaitan: Angkatan Muda Reformasi: Web Murtad: Adakah Sisters In Islam Terlibat?


Tapak Cerminan M@RHAEN https://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!