MENJILATLAH SELAGI MAMPU MENJILAT
Oleh Naspazi
Mari kita menjadi bangsa yang berwibawa

Dengan cara menjilat keturunan
Bangsa yang berdarah sesudu Melayu

Mari kita menjadi bangsa yang berwibawa
Dengan cara membodek keturunan
Bangsa yang berdarah sesudu Melayu

Mari kita menjadi bangsa yang berwibawa
Dengan cara mengampu keturunan
Bangsa yang berdarah sesudu Melayu

Mari kita menjadi bangsa yang berwibawa
Dengan cara mendewa-dewakan keturunan
Bangsa yang berdarah sesudu Melayu

Bangsa yang berdarah sesudu Melayu ini
Patut dipuja oleh bangsa Melayu tulen
Atas keberaniannya mempersenda Sunnah Nabi

Bangsa yang berdarah sesudu Melayu ini
Patut dipuja oleh bangsa Melayu tulen
Atas keberaniannya memperlekeh hukum  Al-Quran

Bangsa yang berdarah sesudu Melayu ini
Patut dipuja oleh bangsa Melayu tulen
Atas keberaniannya menghina para Ulama’ sejati

Mungkin umat Melayu tulen
Akan dijajah semula oleh entah…
Jika tidak menjilat si darah sesudu Melayu

Mungkin umat Melayu tulen
Akan dijajah semula oleh entah…
Jika tidak membodek si darah sesudu Melayu

Mungkin umat Melayu tulen
Akan dijajah semula oleh entah…
Jika tidak mengampu si darah sesudu Melayu

Mungkin umat Melayu tulen
Akan dijajah semula oleh entah…
Jika tidak mendewa-dewakan si darah sesudu Melayu

Mungkin umat Melayu tulen
Tidak maju jika tidak turut serta
Mempersenda Sunnah Nabi

Mungkin umat Melayu tulen
Tidak maju jika tidak turut serta
Memperlekeh hukum Al-Quran

Mungkin umat Melayu tulen
Tidak maju jika tidak turut serta
Menghina para Ulama’ sejati

Marilah umat Melayu menjilat
Menjilat si darah sesudu Melayu
Siang malam, pagi petang kita menjilat

Mari menjilat si darah sesudu Melayu
Siang malam, pagi petang kita menjilat
Biar Melayu masyhur sebagai bangsa penjilat

Lihatlah betapa masyhurnya bangsa melayu
Selepas menjilat Raja Mendaliar
Menjilatlah selagi mampu menjilat

Menjilatlah selagi mampu menjilat
Jangan tak menjilat, jangan tak menjilat
Kelak umat Melayu dijajah semula oleh entah…

Zaman ini tidak perlu belajar tinggi-tinggi
Hanya memadailah jika pandai menjilat
Tengoklah mereka yang pandai menjilat

Azizan Abu Bakar tidak belajar tinggi
Tapi kaya raya kerana pandai menjilat
Menjilat si darah sesudu Melayu

Anak Maidin tidak belajar tinggi
Tapi jadi menteri kerana pandai menjilat
Menjilat si darah sesudu Melayu

Dr Syed Husin Ali belajar tinggi
Tapi tak kaya raya kerana tidak pandai menjilat
Tidak menjilat si darah sesudu Melayu

Prof Jomo K. Sundram belajar tinggi
Tapi tak jadi menteri kerana tidak pandai menjilat
Tidak menjilat si darah sesudu Melayu

Marilah kita menjilat ramai-ramai
Si darah sesudu Melayu
Supaya kita tidak dijajah semula oleh entah...

Kita tiru orang-orang UMNO menjilat
Mereka pakar menjilat si darah sesudu Melayu
Orang-orang UMNO memang pakar menjilat

Jilat jangan tak jilat si darah sesudu Melayu
Biar umat Melayu masyhur sebagai bangsa penjilat
Jika tak jilat kelak umat Melayu dijajah semula oleh entah...

- Naspazi - 21.01.2003
Tapak Cerminan M@RHAEN http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com

Click Here!