DO Kuala Selangor Gila Menjawat YB Sungai Burung
Hj. Shamsuddin bin Hj. Alias
, baru sahaja menjadi Pegawai Daerah Kuala Selangor. Ia diturunkan daripada Pejabat SUK, Shah Alam oleh Pengamal Rasuah Terkemuka (PRT), Datuk Khir (DK) Toyo Tonyok. Hj. Shamsuddin adalah Pengarah Pembangunan Negeri Selangor sebelumnya sanggup turun pangkat semata-mata percaya dengan janji–janji PRT, DK Toyo Tonyok sebagai calon wakil rakyat untuk menentang Datuk Hasan Ali ADUN Sungai Burung (PAS) pada pilihan raya akan datang.

Selain Hj. Shamsuddin, Hj. Ghani bekas DO Kuala Selangor pula ditukarkan sebagai DO Daerah Sabak Bernam juga akan di jadikan calon wakil rakyat oleh PRT, DK Toyo Tonyok.

Nama Hj. Shamsuddin sudah lama dijual oleh Umno Tanjong Karang untuk menentang Datuk Hasan Ali. Sejak berpejabat di SUK lagi Hj. Shamsuddin sering turun ke Tanjong Karang untuk merasmikan upacara politik dan menderma seperti kambing, lembu, ikan keli, wang ringgit, basikal dan sebagainya. (Baca: Alahai Hj. Shamsuddin Hj. Alias dalam MTS). Dari mana ia mendapat wang yang banyak, ramai pemerhati politik tertanya-tanya.

Sekarang Hj. Shamsuddin menggunakan Pejabat Daerah Kuala Selangor bilik gerakan politiknya. Di pejabat ini ia lebih banyak menumpukan kerja politik daripada kerja sebagai kakitangan kerajaan. Di samping itu ia jarang duduk di pejabat menguruskan masalah orang ramai tetapi lebih banyak mengekori orang politik terutama Datuk Noh Kambing dan PRT, DK Toyo Tonyok.

Suasana pejabat daerah khususnya di pejabat DO Kuala Selangor pula tidak kelihatan sebagai pejabat daerah atau pejabat kerajaan tetapi lebih mirip kepada pejabat wakil rakyat.

DO Hj. Shamsuddin telah mengundang ramai pemimpin Umno Tanjong Karang berkunjung ke pejabatnya di waktu pejabat untuk urusan politik. Kononnya ia telah dilantik oleh PRT, DK Toyo Tonyok untuk mengambil tugas Datuk Hasan Ali ADUN Sungai Burung. Ia telah mengatakan kepada ahli Umno Tanjong Karang bahawa tugasnya sekarang ini adalah sebagai wakil rakyat Sungai Burung selain sebagai DO Kuala Selangor.

Kini pejabat DO Kuala Selangor telah bertukar menjadi pejabat wakil rakyat. Orang ramai yang datang untuk berjumpa DO kerana masalah tanah ditolak kepada orang bawahan yang selalu tidak boleh membuat keputusan. Kesudahannya masalah orang ramai tidak diselesaikan. Kes curi pasir di Batang Berjuntai yang dipaparkan oleh Edisi Siasat nTV7 masih belum selesai, malah lori pencuri pasir masih berleluasa mencuri pasir waktu malam membawa pasir dari B. Berjuntai menghala ke Kuala Lumpur.

Baru-baru ini tepatnya 30 Sept. 2003 di pejabat DO Kuala Selangor, selesai sahaja mesyuarat Pembangunan Daerah, Hj. Shamsuddin tak keluar-keluar pejabat sehingga hampir maghrib kerana melayan kerenah pemimpin Umno yang penuh sesak berjumpanya.

Berkatalah orang ramai di pejabat DO “Pejabat Daerah Kuala Selangor sudah bertukar menjadi Pejabat Orang Politik. Untung orang Sungai Burung, ada DO yang gila nak jadi wakil rakyat”.

Orang Gomen - 04.10.2003


Mulai sekarang anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN:
Tapak Utama:http://marhaen.internations.net
Tapak Utama versi baru: http://marhaen1.web1000.com
Portal sokongan interaktif & mesra-pengguna: http://marhaen.portal.dk3.com/
Blog kembaran M@RHAEN (GOBLOK) 1: http://goblok.blog-city.com/
Blog kembaran M@RHAEN (BLOGKU) 2: http://blogku.dk3.com/
Selain itu, anda boleh terus melayari Laman M@RHAEN di tapak-tapak sokongan/cerminan asal. http://marhaen0.tripod.com/ - http://marhaen1.tripod.com/ - http://marhaen2.tripod.com/http://marhaen3.tripod.com/ - http://marhaen4.tripod.com - http://e-umno.tripod.com/

Click Here!