Pi Mai, Pi Mai Tang Tu
Sejurus selepas Pak Lah memberitahu CNN bahawa DSAI adalah bukan tahanan politik, Ezam Moh Noor menulis ke Malaysiakini bahawasanya kenyataan Pak Lah itu menunjukkan pendirian sebenar beliau terhadap permasalahan tersebut. Jika diteliti dengan halus, sebenarnya begitulah gambaran yang telah dipahat ke minda rakyat oleh Dr Mahathir Mohamad. Untuk berlaku adil kepada Pak Lah, kita masih boleh mengharapkan bahawa beliau sedang memikirkan bagaimana caranya untuk membebaskan seorang "penjenayah" tanpa beliau nanti dituduh melakukan satu precedent yang buruk dari segi undang-undang negara.

Kedudukannya berbeza jika DSAI merupakan seorang tahanan politik. Pak Lah sebagai PM berkuasa membebaskan seorang tahanan politik. Untuk keharmonian dan perpaduan bangsa, kita mencadangkan supaya Pak Lah mengambil langkah-langkah berikut ke arah pembebasan seorang "penjenayah" tanpa membelakangkan undang-undang: -

1. Tentukan campurtangan Eksekutif atau Mafia Malaysia yang diketuai oleh "you know who" ke atas kehakiman tidak berlanjutan supaya Mahkamah Persekutuan boleh memutuskan dengan adil dan saksama sama ada untuk membenarkan ikat jamin atau tidak kepada DSAI.

2. Tentukan juga Mahkamah Persekutuan tidak dipengaruhi oleh pihak-pihak yang sama dalam penghakimannya ke atas rayuan DSAI mengenai kes liwat beliau dan penyemakansemulanya mengenai kes salahguna kuasa DSAI.

3. Gunakan pengaruh Eksekutif untuk mempercepatkan penghakiman kes-kes yang melibatkan DSAI tersebut.

4. Sementara menunggu kes-kes tersebut didengar dan dihakimi/disemaksemula, benarkan DSAI ke luar negara untuk berubat.

5. Sekiranya DSAI masih didapati bersalah di atas kedua-dua atau salahsatu dari kes-kes beliau itu, majukanlah usul untuk keampunan kepada Agong.

6. Mengenai masa depan politik beliau, benarkanlah DSAI berkecimpong semula secara aktif di dalam politik tanahair dan terpulanglah kepada rakyat untuk menentukannya.

Setelah pengumuman barisan kabinet beliau baru-baru ini, apa la sangat untuk kita mengambil pandangan positif terhadap Pak Lah. Janji beliau sebelum ini untuk memilih barisan menteri yang 'bersih' nyata hanya satu omongan kosong. Boleh dikatakan kabinet beliau kali ini adalah kabinet Tun Mahathir Mohamad. Hampir semua kabinet Tun Mahathir yang 'korup' dahulu masih dikekalkan.

Cemuhan rakyat kepada Pak Lah sebagai PM yang tidak ada 'kekuatan' nyata terbukti. Tambahan pula Pak Lah juga ingin kedudukan beliau selamat sebagai perdana menteri, memandangkan bulan Jun hampir tiba!!! Karier politik Pak Lah akan berakhir seandainya beliau cuba memandai-mandai tidak mengikut arahan Tun Mahathir. Itu sahaja. Tidak perlu beri sebarang pandangan positif kepada semua kenyataan-kenyataan yang keluar dari mulut Perdana Menteri "Hantu". Buang masa.

Tan Seri Rashid ni ada lah pengerusi SPR. Barangkali terlalu pekak sebelah. Tak tahu apa yang dia buat, dan tak tahu malu. Sedar atau tidak, berpuluh ribu duit rakyat yang keluar dari poket sendiri terutama pembangkang kerana semata-mata memasuki sistem pilihanraya yang ditadbirkan oleh Si Rashid ni. Apakah Rashid ini ingat pilihanraya seperti pertandingan boleh sepak antara PASTI vs pra sekolah kemas? Kalau silap boleh maaf begitu saja. Yang jelas ni si Rashid nampak lebih pulak. Dan kenyataan demi kenyataan dikeluarkan menampakan Rashid ni sudah leebih,langsung tidak terdetik di hati dia bahawa kesilapan pilihanraya kali ini adalah satu kesilapn besar... tetapi lebih kepada kesilapan teknikal kecil yang tidak mencacatkan SPR dan diri dia ( orang paling pandai di Malaysia sekarang ini) malah nampak gembira bila PM kata buat dan lantik gang sendirilah siasat SPR. Seperti biasa, Rashid terus mengucapkan terima kasih kepada PM... nak tergelak pulak tengok perangai si Rashid ni. Eloklah buat silap, sendiri betulkan dan nanti puji diri sendiri. kalau ini macamlah, orang gila pun kata dia betul. (Alahai SPR- Sandiwara Pilihan RaSHIT)

Akan Tubuh Jawatankuasa Khas Peringkat Dalaman

KOTA BAHARU, 28 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas peringkat dalaman bagi menyiasat kekecohan yang berlaku semasa hari pengundian pada pilihan raya umum ke-11, 21 Mac lepas.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman berkata SPR mengambil keputusan untuk menubuhkan jawatankuasa itu berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa tidak perlu ditubuhkan badan bebas untuk menjalankan siasatan penuh ke atas SPR berhubung kekecohan pada hari pengundian.

"Terima kasihlah kalau kerajaan tak mahu (tubuh badan bebas), saya akan lakukan sendiri tetapi tidak dengan cara terbuka lagi," katanya kepada pemberita di kediamannya di sini, Ahad.

Abdul Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Sabtu yang dipetik sebagai berkata "saya tidak nampak sebarang sebab untuk membentuk satu lagi suruhanjaya, rakyat mahu membuat keputusan dan rakyat juga telah membuat keputusan".

Alangkah gembiranya Rashid bila PM kata tak perlu tubuh suruhanjaya diraja. Kalau tubuh, apa lagi terbongkarlah rahsia orang yang paling cerdik di Malaysia ni? tak tubuh pun rakyat dah tahu kepandaian SPR. Sepatutnya kalau Rashid ni gentlemen, muka tahu malu... dia yang berkeras nakkan tubuh jugak suruhanjaya diraja bukan ikut nasihat Paklah... kan rashit ni berketuakan agung. Ke mana awak mahu lari Rashid... takan selama-lamanya pandai. Janganlah main saikologi lagi... kononnya akulah yang paling pandai di Malaysia. Berapa lama agaknya si Rashid ni boleh bertahan memegang jawatan pengerusi SPR -Sandirwara Penghabisan Rashid atau Sandirwara Pertama Rashid... pembangkang belum beri apa-apa isyarat lagi pada Sandirwara Penipu Rashid. Tapi dia dah mula terima pandangan Paklah dan ucap terima kasih dan nampak tak sabar nak tubuh badan penyiasat diri sendiri.

Wahai Rashid...dengarlah dulu pandangan pembangkang kalau nak mengampu pun... kenapa si Rashid tak boleh dibawa berbincang langsung??? Rundingkanlah dengan kedua-dua belah pihak. Malang si Rashit ni barangkali juga mempunyai IQ rendah kerana kesilapan SPR ni nampaknya terlalu kecil pada dia. Samalah seperti boss BPR yang dimarahi Nazri. Hampir tak terkata. Rashid harus faham... dia bukan khadam BN tapi berkerja untuk rakyat mengangkat demokrasi seperti tertera dalam website SPR sendiri.

Inilah bodoh yang tidak boleh ditegur... atau Rashid ni nak sekapal dengan rahim noor, moktar, filda dan yang pernah sewaktu dengannya... atau Rashid menanggap bahawa pembangkang hanya temberang tapi tak mampu berbuat apa-apa... sebab pada Rashid, pembangkang memang bodoh jerit sana sini, akhirnya akan tunduk pada Rashid dan BN juga akhirnya... setakat ni... inilah agaknya yang bermain di kepala Rashid... bahawa marah pembangkang adalah hangat hangat tahik ayam saja. Lepas tu lupa lah... kan melayu ni mudah lupa... kan begitu Rashid???

Kalau diintai pada kabinet Paklah... Pak Lah teruskan gadai Melayu kerana kuasa. Gadaikan Melayu kerana UMNO!!! tidak ada makna perubahan kabinet KONONnya mahu menghapuskan rasuah, bukan sahaja bersih tetapi nampak bersih bila yang dilantik adalah orang sama - dosa serupa... Sekarang nyata Pak Lah guna jentera buruk dalam kabinet. Apakah perubahan pegangan menteri yang serupa dalam kabinet dapat menjana mentaliti kelas 1? Ada yang melewati 20 tahun pegang jawatan - masih tidak berjaya ubah mentaliti. Umno tetap Umno - harapkah penipuan untuk menang.

Dah jadi 'open secret' ramai yang di sebelah BN makan rasuah... jadi, PM perlu betul-betul tegas membanteras rasuah. Jangan belas kasihan and strong opposition perlu ada untuk memantau & membongkar bukti-bukti rasuah supaya keharmonian rakyat terjamin. Perlu terus berani mendedahkannya! seperti Rafidah Aziz, kebijaksanaan beliau menyakinkan pelabur dan membawa ramai pelabur masuk ke Malaysia tiada tandingannya, jadi ini menenggelamkan rasuah beliau. tak sepatutnya jadi begitu!!! Memanglah jasa Rafidah besar, tapi tak harus ada kompromi. Kasitah Gadam & Eric Chia sudah kena, who is next? syabas Paklah.

Kiriman Osman Jailani - 29.03.2004 (tanpa suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN