Masa untuk Berpesta
Berlumba-lumba Pak Lah mengumpulkan kekayaan berjuta (baca bilion..) untuk melawan kejayaan Tun Mahadir mengkayakan Mirzan, Mukhriz, Mohzani & Marina. Pak Lah kena catch up cepat-cepat kekayaan Tun Mahadir nampaknya. Sebalinya, puak umno akan kata... alaa sapa-sapa pom sama je... so tak pela Paklah kumpul duit berkoyan-koyan... asal aku dapat pembangunan sudah la!!!

Sajak Paklah dah tak relevan... kesian pakcik makcik kat kampung kena tipu dengan senyuman Paklah ni. Paklah tadah tangan mintak tender 2 bilion tu... sapalah agaknya penasihat politik Paklah. Cekap sungguh menipu orang kampung dengan watak alim kucing Paklah. Kalau orang kampung tengok watak sebenar Paklah kat bawah ni naya ler Paklah.

Salah jika kata PAS tak relevan... mengikut perangkaan... undi PAS makin bertambah pada pilihanraya ke 11. Kajian sebuah akhbar menunjukkan undi PAS meningkat daripada 15 peratus pada pilihan raya ke-10 kepada 15.07 peratus pada pilihan raya kali ini.

“Undi PAS meningkat sedikit tahun ini, iaitu 15.07 peratus atau 1,046,968 undi (35.21 peratus daripada 2,973,205 undi di kawasan yang ditandinginya) berbanding 15 peratus atau 994,279 undi (daripada 6,631,094 undi) pada pilihan raya umum lalu,� menurut kajian itu.

Tak perlu kajian akademik, undi PAS bertambah disebabkan jumlah pengundi juga bertambah. Sama juga dengan undi UMNO bertambah disebabkan jumlah pengundi bertambah, pertambahan mendadak ini juga dibantu oleh vote from most of the government servants. sebab undi 'tiada rahsia di antara kita'. Kita tahu benda ni sebab ramai yang kerja di Putrajaya tu. Kalau BN menang tak jadi masalah, tapi kalau BN kalah itu yang jadi masalah besar. Post mortem BN amat detail & comprehensive. Setiap undi akan dikaji.

PAS & umno masih relevan. Satu buat salah dan yang satu lagi menegur. keaADILan pula memberi untung kepada PAS kerana segala selok belok orang umno didedahkan kepada PAS. Walaupun BN menang 21 kerusi di Kelantan, rakyat merata riti menyumpah-nyumpah BN... kalau mereka pilih kenapa mereka perlu marah-marah? Mana-mana DUN yang menang PAS, mereka dengan yakin berkata, merekalah rakyat yang cerdik. cukup heran BN menang tapi pada masa yang sama rakyat dari pengayuh beca sehinggalah yang bijak pandai tak mahukan BN, itulah berlaku di kelantan.

Yang berkhenduri dan berpesta agaknya hanya hantu-hantu. Ramai yang tak mahu pergi Kelantan la macam ni. Takut tersua dengan hantu-hantu --- jembalang, pontianak, polong, punjut, galah, toyol, pelesit, hantu raya... banyaknya hantu.

Keje tak stat lagi, Najib dah balik cuti dah pon. Najib belom apa-apa hal dah bercuti ke luar negara, dah balik dah pon. selebret kot. Sesia je Kadir Fazil tu promote suruh bercuti dalam mesia, TPM pon tak ikut, jangan harap la rakyat nak ikut. Demikianlah umno/bn.

Sejak tertangkapnya dua orang yang dianggap VIP atas tuduhan rasuah dan pecah amanah, tidak ada lagi tangkapan dibuat. Mengapa tidak tindakan berterusan diambil walaupun negara menghadapi PRU11? Matikah BPR ketika rakyat sibuk dengan pilihanraya? Hingga hari ini pun, rakyat tidak dapat menyaksikan tindakan lanjut yang dijanjikan. Rakyat telah disuakan dengan 18 lagi kes yang melibatkan VIP tetapi jelas ianya hanyalah sandiwara menjelang pilihanraya.

Harapan ramai untuk melihat Pak Lah menggunakan budibicara politiknya untuk mengasingkan mereka-mereka yang dianggap perasuah dan penyeleweng telah juga dihampakan. Senarai calon BN yang dikatakan Pak Lah menepati kriterianya penuh dengan mereka-mereka yang umum ketahui tidak bersih dan amanah. Namun Pak Lah kata mereka semua bersih dan tidak ada fail yang aktif. Nyata Pak Lah tidak punyai kekuatan dalaman untuk melakukan kejutan bagi kebaikan negara dan rakyat.

Pengumumannya mengenai barisan kabinet negara sekali lagi mempamirkan ketidakupayaan dan ketidaksungguhan Pak Lah dalam pembanterasan rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran negara. Begitu juga, kesemua MB dan KM yang lama kecuali Ghani dan Isa, telah dilantik semula walaupun sebelum itu beberapa MB/KM dikhabarkan akan digugurkan. Pak Lah lebih cenderong kepada memperkuatkan kedudukannya dan memberi ganjaran kepada mereka-mereka yang setia padanya.

Yang menghairankan, kenapa pula seorang Menteri yang bijak dalam undang-undang dibalingkan ke sebuah kementerian yang mengelolakan hanya hal-hal yang bersangkutan dengan budaya dan warisan? Menteri itu jugalah yang telah, diambang PRU11, mengumumkan ada lagi 18 kes rasuah yang melibatkan VIP. Adakah ini hanya satu kebetulan?

Dan untuk mematikan segala spekulasi mengenai tindakan lanjut ke atas perasuah, Pak Lah dengan muka cemeknya menjawab seorang wartawan dengan berkata "tidak ada kes untuk menghalang saya daripada melantik mereka".

Di situ kelihatan Pak Lah bersikap konsisten. Kalau kesemua calon BN sudah pun diistiharkan sebagai bersih atau sudah "dibersihkan", bagaimana harus mereka-mereka yang dilantik ke jawatan-jawatan eksekutif dikatakan tidak bersih?

Pak Lah cuma terlupa sedikit bahawa salah seorang daripada Menteri-Menterinya telah berkata ada kes ke atas 18 lagi VIP termasuk Menteri. Tidak hairanlah jika para hadirin di sidang medianya tergamam sebentar dengan jawapannya itu.

Sekarang prioritinya membasmi kemiskinan pula eeiitt??? kerja lama nak hapus rasuah tak habis lagi!!! Itulah namanya strategi DIVERSION macam buat ROAD DIVERSION... ya!!! Adakah anda merasa tertipu? Apa tindakan anda selanjutnya? Bukan Malaysia, tetapi orang meLAYU yang akan hancur dan punah ranah dalam negara sendiri. Kita sama-samalah saksikan nanti jika ada umur...mereka (umno) bukanlah berjuang untuk bangsa, Agama dan negara, seperti yang dilaung-laungkan selama ini, tetapi berjuang untuk membesar rumah, kereta dan yang sewaktu dengannya. Kemenangan bn sememangnya sudah dijangkakan, sebenarnya kempen bn sudah lama bermula tetapi seminggu atau dua minggu sebelum pilihanraya, bn "diam" ajer sebab semua isu dan serangan telah dibuat.

Kiriman Osman Jailani - 29.03.2004 (tanpa suntingan)

Hantar artikel ini kpd sahabat: 

Sertai Maillist M@RHAEN