Noh Omar Sponsor Perogol, Perogol Pula Sponsor Hj. Shamsuddin.

Sungguh tidak menyangka, Tg. Karang sebuah pekan kecil di luar bandar majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang masih mundur tetapi tepu dengan cerita skandal dan maksiat khususnya di kalangan ahli Umno Haprak.

Pertama, Cikgu Tohirin seorang guru Sekolah Kebangsaan Sri Gambut pernah tertangkap kerana MEROGOL pelajar Sekolah Menengah Datuk Harun, Tg. Karang. Cikgu Tohirin merupakan AJK Umno Cawangan dan AJKKK Kg. Dato Manan. Mangsa yang kini belajar di Tingkatan Lima dirogol sejak berumur 13 tahun dan sekarang dijadikan perempuan simpanan. (Rujuk artikel-artikel berkaitan di akhir artikel ini)

Sekarang Cikgu Tohirin bebas mengajar kembali di sekolah yang sama setelah diberikan perlindungan oleh YB Noh Omar Kambing.

Kedua adalah kes guru memukul pelajar Sekolah Kebangsaan Sg. Burung. Cikgu Mahali, Ketua Pemuda Umno Samseng telah merotan lebih 100 pelajar Sekolah Kebangsaan Sg. Burung. Bagaimanapun kes ini telah disembunyikan oleh PPD Kuala Selangor atas arahan YB Noh Omar Kambing.

Ketiga adalah kes Abd. Manan Ariffin, Pengerusi Tetap Umno Tg. Karang yang tertangkap basah dengan isteri orang di Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor. Kes telah disembunyikan dan YB Noh Omar telah membayar RM10,000.00 kepada si suami untuk menutup malu.

Kini, DO Kuala Selangor yang baru, Hj. Shamsuddin yang berangan-angan besar untuk menjadi calon YB pada pilihan raya akan datang pula diberikan perlindungan oleh EN. TORMAN PEROGOL.

DO Kuala Selangor yang baru ini didapati lebih banyak bersama orang politik berbanding membuat kerja-kerja DO. Pejabat Daerah tidak banyak bezanya dengan pejabat orang politik. DO selalu tidak berada di pejabat sebab beliau kerap keluar bersama orang politik khususnya dengan pemimpin Umno Tg. Karang.

En. Torman Perogol, anak jati Sawah Sempadan yang berbadan kecil, tegap dan hitam legam macam bontot kuali sekarang menjadi pelindung dan sponsor kepada DO Kuala Selangor, Hj. Shamsuddin.
 
En. Torman adalah bekas perogol pelajar sekolah. Beberapa tahun lepas ia pernah melarikan dan menyembunyikan seorang pelajar sekolah menengah di Sg. Kajang, Tg. Karang dan merogolnya. Di samping itu En. Torman mempunyai kegemaran memanjat rumah-rumah di Sawah Sempadan untuk mengintai anak dara dan bini-bini orang.

Sekarang ia menjadi kontraktor kecil mencuci parit. En. Torman mempunyai sebuah kereta Volvo dan ada duit lebih banyak hasil mendapat projek cuci parit yang diberikan oleh DO Kuala Selangor.

Oleh kerana banyak mendapat projek daripada pejabat Daerah, En Torman selalu mengiringi DO Kuala Selangor apabila turun padang. Di mana ada Hj. Shamsuddin di situ ada Torman.

Baru-baru ini En. Torman sebagai sponsor telah membeli beberapa ratus ekor anak ikan keli dan diberikan kepada DO Kuala Selangor. Sehari sebelum pertandingan, DO Kuala Selangor telah mencurahkan anak ikan keli ke parit untuk pertandingan memancing di Kg. Seri Tiram, Tg. Karang yang dirasmikan oleh YB Noh Kambing.

Dulu, kini selamanya Umno tepu dengan perogol.

Orang Gomen - 05.11.2003

05.08.2002 - TranungKite: Umno Tanjong Karang Pengedar Daun Ganja
18.08.2002 - Laman Reformasi: Umno Tanjong Karang : Perogol, Pengedar Dadah Dan Samseng

Januari 2003 - Petikan daripada Laman Webreformis (kini sudah tidak beroperasi):
AMNO PINDAHKAN GURU INGGERIS KE SEKOLAH INDIA.
Cik Gu Idris (ahli Amno) yang mengajar Bahasa English di Sekolah Kebangsaan Sri Gambut (tempat cik gu Tohirinů..perogol budak sekolah) telah meminta jasa pemimpin Amno menukarkannya ke Sekolah Tamil Ghandji, Parit 4 Sekincan. Permohonan disokong penuh bukan sahaja oleh Dr.KT malah mendapat sokongan daripada Noh Omar. Dengan bangga Cik gu Idris (mamak) pun mengajarlah di sekolah Tamil untuk meningkatkan mutu bahasa Inggeris sekolah tersebut. Sekolah yang ditinggalkan, Sri Gambut tidak pernah muridnya mendapat A dalam mata pelajaran Inggeris dalam UPSR. Akibatnya Sekolah Sri Gambut tidak mempunyai guru bahasa Inggeris tetapi masih mempunya seorang perogol. Demikian cara Amno Tg.Karang tolong Melayu/Jawa/Banjar/Kubu. Perpindahan guru tersebut telah diluluskan oleh Amno Bahagian Tg.Karang kerana undi India Parit 4, Sekincan telah menyelamatkan Noh Omar menang dalam pilihan raya lepas. (URL asal: http://www.webreformis.net/mt/jan2003/0114_02.asp)



Anda mempunyai lebih pilihan untuk melayari Laman M@RHAEN.

Click Here!