PAK NGAH DI PUTRAJAYA
Oleh Pak Ngah


Kelmarin hari hujan, dah berhari hari hujan dan Pak Ngah dah 3 hari tidak menoreh. Kami di Kedah ni sebut motong jadinya dah dekat 3 hari tak motong. Pak Ngah teringat nak ke Kuala Lumpor dan Putra Jaya.

Bila sampai ke KL, tu diaaaa, lama betul tak mai KL. Di stesyen keretapi sahaja penuh macam macam kedai. Dulu masa mula Pak Ngah sampai di stesyen keretapi boleh makan dan minum dengan 3 ringgit sahaja. Tapi la ni, bila pakai RM dekat RM10.00. Pak Ngah amat sedih kerana dulu makan penuh gembira tetapi sekarang makan kerana nak terus hidup sahaja.

Pak Ngah tengok cucu-cucu di KL ini berbagai ragam. Waktu pagi orang nak pergi kerja kot, banyak nampak pemuda pemudi Islam, tersenyum Pak Ngah penuh kesyukuran. Maklumlah walau di kota namun syiar keislaman masih gemerlapan.

Masa berlalu begitu pantas, Pak Ngah melihat jam Pagol berlambang pokok kelapa hijau di tangan sudah pukul 10.30 pagi. Pemuda pemudi Islam sudah tidak kelihatan dan muncul pemuda pemudi melayu berbagai fesyen pakaian dan bergurau senda serta terpekik terlolong. Pak Ngah tersentak, anak-anak cucu siapakah ini? Dari raut wajah mereka seolah-olah sebangsa dengan Pak Ngah. Pak Ngah geram mahu rasanya di henyak-henyak sahaja mereka ini tetapi bila Pak Ngah teringat motivasi di setiap pagi di TV, inilah hasil generasi kesayangan pemimpin negara ketika ini.

Hati Pak Ngah terbakar dan perlu beredar dari KL dan terus ingin mengunjungi Putrajaya. Masyallah apa yang di lihat di Putrajaya lebih menggerunkan. Pak Ngah tak tahu langsung apa yang tertulis di papan tanda. Semua nya amat asing dan Pak Ngah tersesat. Disesatkan oleh kepimpinan di Putrajaya. Pak Ngah mencari masjid dan akhirnya menemui bangunan indah berwarna kemerahan dan dimaklumkan ianya Masjid. Pak Ngah bermunajat memohon di keluarkan dari kesesatan ini. Takdir Allah menemukan Pak Ngah dengan pemandu teksi yang budiman. Pak Ngah membuat keputusan untuk terus balik ke kampung dengan kapal terbang. Sepanjang perjalanan, pemandu teksi memasangkan kaset menceritakan penderitaan rakyat semasa pembinaan istana air mata di Putrajaya.

Pak Ngah kini telah berada di kampung dan menceritakan berbagai perkara kepada semua sahabat di kampung terutama sesat di Putrajaya pokok utama nya. Benar lah kalau di Putrajaya sesat akan sesat lah di KL dan mereka ia seantero pelosok negara..

Pak Ngah - 11.05.2004 (suntingan M@RHAEN)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN