CIKGU, MURID-MURID DAN MENTERI
Oleh Pak Ngah

Seyogia yang di hormati, menemui kekanda di Layang-layang Johor, Tatkala adinda menulis warkah ini,  diri adinda sekeluarga sihat wal’afiat, begitulah juga hendak nya di pihak kekanda sekeluarga.”  Pak Ngah terkenang ayat pertama dalam warkah arwah ayah Pak Ngah kepada abang nya di Layang-Layang Johor pada tanggal 23  Safar 1382 hijrah.  Tulisan jawi arwah ayah Pak Ngah amat cantik bagai di cetak.  Tulisan nya warna biru muda dakwat Parker dan Pak Ngah percaya pen nya berjenama HERO.  Arwah ayah Pak Ngah Cuma bersekolah tamat darjah satu sahaja sebab Jepun masuk  Malaya lalu terbengkalai.  Mengikut arwah ayah Pak Ngah kalau lulus darjah 4 dah boleh jadi cikgu.  Tetapi barang di ingat darjah satu bukan maksud umor 6 atau 7 tahun, sekolah orang dewasalah katakan.

La ni, menteri dok rioh pasai nak jadi cikgu. (Kami eja dulu Chikgu).  Cikgu dulu-dulu di lihat pada warak nya, ilmunya, kitab-kitab nya dan bangunan sekolah nya.  Menteri kata nak lihat pada kualiti bukan kuantiti.  Tak kira lelaki atau perempuan.  Lihat pada hasil anak murid la ni kualitikah mereka?  Pak Ngah sedar tak, apa Pak Ngah kata ni,  macam penyelidik Kementerian Pelajaran pula.  Rasa nya Pak Ngah dah terlampau ni……Mintak maaf dari Pak Ngah kerana terasa hati, sedih anak cucu jadi macam yang Pak Ngah tengok di Kuala Lumpur malam menjelang tahun baru di TV  hari tu.

Hari ni Pak Ngah nak rujuk Kitab Tua Pak Ngah tentang nak jadi cikgu, Tudia aih… kitab dah berabok kerana lama sangat doh atas lemari baju yang bercermin chop kuda bersayap mobil tu:

Pertama:  WARAK nya.  Cikgu hendaklah saorang yang beriman, yang terlihat kewarakan nya.
Kedua: ILMU nya, orang yang berilmu dengan maksud saorang yang faham al quran dan al sunnah
Ketiga: KITAB-KITAB (BUKU-BUKU) nya, ditulis pengarang di dalam keadaan berwudhu’
Keempat:  BANGUNAN nya, dibina dari hasil yang jelas suci dan tiada unsur riba  dan rasuah.

Pak Ngah mengeluh panjang memikir keadaan sekarang, mana nak ada barakah dari ilmu nya, bukan Pak Ngah kata tapi ramai orang habak kat Pak Ngah dari Menterinya, Cikgunya, Warak nya, Ilmu nya, Kitab-kitab/Buku-buku nya, Bangunan sekolah nya penuh dengan rasuah, nepotisma, niat tidak sihat, sengaja mengubah sejarah dan berbagai karenah nya lagi hingga lahir imam duit.

Pak Ngah geleng kepala, esok nak bangkit awai sebab motong pokok tua kena bangkit awai.  PukuL 4 setengah dah kena pi menyuloh.  Awai pagi getah banyak sikit kerana kalau lambat, bila matahari dah naik getah kurang.  Pak Ngah minta maaf malam ni Pak Ngah nak tidur awai sikit.  Pak Ngah bila letak kepala di bantai terus tertidur.  Bukan kerana apa, tak  dak apa yang nak di pikiaq , hutang tak dak, rasuah tak dak, nak cari projek sapa nak bagi, jadi tak payah kira persen.  Boh kepala teruih tidoq.  Baca Surah Ikhlas, Fatihah dan mengucap 2 kalimah syahadat.  Insyaallah ada umor, Pak  Ngah tulis lagi.

Pak Ngah - 13.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN