PAK NGAH LAH BALIK BULAN MENGAMBANG:
– MACAM-MACAM CERITA

Oleh Pak Ngah

Pak Ngah lah balik bulan mengambang………… sesekali Pak Ngah terinatkan lagu itu, sedap juga rasanya. Tapi bila teringat rumah kata piiilah, kubok kata pulak maiiiii  laaaaa…, Pak Ngah tak jadi la….Pak Ngah bukan macam dia tuuuu…. Sampai macam tu pun nak nyanyi lagi.  Ya lah mungkin dah nya nyuk.

Tengok orang dulu-dulu punya phrase (orang putih sikit). Satu ayat boleh jadi dua makna;

1. Sembahyang selalu,  tak pernah tinggal.
2. Sembahyang selalu tak pernah,  tinggal.

Pak Ngah dok belek-belek surat habak dua tiga hari ni lepas, PM kata semua kes melibatkan kelakuan tak elok (kata dia la) akan disiarkan dalam surat habak. Dok tengok-tengok tapi cerita kes DS Anwar dan Sukma yang depa tuduh liwat tu tak keluar besar-besaran pun. Kan dia tu bekas Timbalan Perdana Menteri, biarlah orang ramai boleh baca cerita di Mahkamah tu. Apa pasai depa sorok-sorok ni, ada yang tak kena kot? Tak pa lah depa ingat kita di kampong ni bodoh sangat kot.  Biarlah si lunchai terjun dengan labu labu nya…

Hari ni Pak Ngah rasa banyak ilham pulak, mungkin tadi pekena pisang muda rebus campok dengan nyok dan gula kot.  Tu yang ilham bertimpa timpa mai.

Ni pasai budak-budak yang pi  latihan Khidmat Negara tu, Tak kan Prof dan cendawan yang ajar tu tak tau kot, subjek yang paling sesuai mestilah pendekatan kepada agama, mana ada agama ajar orang buat jahat. Bukan main depa temberang, psyops lah, cemerlang, terbilang. Ni apa ini, macam ketam nak ajar anak dia berjalan betui, mana boleh, ketam memang jalan mereng, habis lah orang lain jadi mereng juga.

Alhamdullillah anak Pak Ngah dulu-dulu tak pi pun khidmat negara tapi 4 orang Pak Ngah boleh jugaklah berjaya.
Anak Pertama:  Timbalan KSU satu kementerian.
Anak Kedua: Doktor Pakar buat klinik sendiri.
Anak Ketiga: Jurutera bukak Syarikat sendiri
Anak Keempat: Dia kata CEO di Plc , apa nama... public listed company.
Dok dengar bila depa sembang sama-sama depa, depa pun tak suka juga yang dok ada la ni, lagi teruk dari yang dulu tu. Nampak saja macam baguih.

Teringat pulak yang duduk dalam kem di Taiping tu, dulu rajin juga pi Taiping pi melawat Zoo. Semua para pembesar bukan main kutuk lagi askar Amerika, tapi di Malaysia ni pun serupa juga, Nala toria punya teruk. Depa ada kuasa depa tunjuk sendo lagi, bila dah pencen, sakit itu, sakit ini, baru depa tau, dulu tu zalim sangat tak sedar diri, dosa kat allah boleh la mintak maaf, dosa kat manusia selagi dia tak maafkan, alamat lah tu.

Pak Ngah ni memang macam ni, nak harap pada anak-anak dak la, bukan apa, se memang tanggungjawab Pak Ngah besarkan depa bukan harapkan balasan. Pak Ngah buat semua nya kerana Allah. Nasihat Pak Ngah, anak-anak kita bukan investment duniawi tetapi kalau kita jaga depa, ajar betui-betui, amat harap reda Allah untuk akhirat saja. Lagi pun Pak Ngah tak berakhidahkan Islam Hadhori tuuu.

Maaf lah Pak Ngah tulis panjang sikit saja hari ini, bukan apa lepas geram, esok nak pi kebun, dua hari tak boleh tulis, Insyaalllah ada umor Pak Ngah tulis lagi.

Pak Ngah - 15.05.2004 (1.15 pagi)

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN