PAK NGAH DI KEDAI KOPI
Oleh Pak Ngah

Tatkala umor kita di anjung senja, terutama diri Pak Ngah sendiri dah mula mengenang masa dulu-dulu. Memang lah Pak Ngah akan rasa dulu-dulu lebih gembira, sapa-sapa pun macam tu. Teringat satu petang Rabu, arwah ayah Pak Ngah ajak pi kedai naik basikal, bukan main seronok betui.. Tak mau duduk di pelantak (tempat duduk belakang) tetapi duduk atas galang di depan.

Sampai di kedai, depa duduk sembang dekat kedai kopi dulu, cawan berbunga dan retak sepuloh ribu, melekat warna kopi hitam, tudia punya koaw punya. Tapi setiap nama orang tua dulu-dulu ada gelaran nya, contoh, Man Jamboi, Man Pompiaq, Tok Man lintaq, Pak Ngah Damang, Chan cengkek, Usop Misai, Choup Darat, Ali Geno, Mat Sergi, Deris Naning dan macam-macam lagi. Memba cina depa pula, Julai, Lempong dan dua tiga orang lagi tapi dah lupa pulak dah… semua nya dah allahyarham dan mendiang.

Yang cina tu, kalau dengar depa cakap, tak macam cina lansung, betui-betui cakap orang kedah. Nampak sangat depa sayang di kalangan kawan-kawan depa, kemesraan mereka bukan hipokrit. Dok sembang tu bukan apa, dok tanya apa yang dapat depa tulong sama sendiri. Bukan cerita macam orang la ni, aku baru balik dealing business, dapatlah sikit-sikit kontrak dengan JKR dan Pejabat Daerah, aku sub habis dah, kat Ah Meng dan Mutusamy. Makan sorang sorang dengan kedarah komisyen berapa duit sangat, paling kuat 10 ke 15 persen.

Orang la ni turun saja kereta, singgah di kedai kopi, bagitau “Hang tau dak berapa banyak aku dah habis nak dapat projek ni, tak cukup garam tak jadi. Nak dapat Projek RM450,000.00 aku dah habiskan dekat RM50,000.00, kedarah, main golf, beli VCD, Kamera Video, duit muka kereta baru dia dan macam-macam lagi”. Kalau nak ikut hati tak mau dah, tapi nak maintain apa yang dok ada terpaksa lah aku terus juga. Aku dapat saja 2 ke 3 juta, aku tak mau dah buat kerja kotor macam ni, cari tanah sikit buat rumah kampong, dekat masjid, relak saja. Orang dulu-dulu fikiran tak macam ni, kalau fikiran dah kotor, dok lah tepi masjid pun, tak mai masjid punya. Ada ka pulak terpaksa buat kerja macam tu, kalau aku tak buat orang lain akan buat juga. Jadi kalau orang lain terjun masuk lubang, hang pa pun nak terejun jugak. Jangan jadi bodo sangat, orang tua dulu-dulu tuuu panjang fikiran dan firasat nya.

Bila dah sampai ajai, tengok sapa yang mai. YB, DO, Penghulu semua mai dan di sambut,huloq sikit derma, imej nak jaga. Tengok lepas tu bersembang. “Tu la dua tiga lepas minum dengan saya, cerita ajak nak pi medan, Hai apa hai ni, tot tot ajak pi Medan, buang tabiat ke?” Begitulah mereka bercerita bermacan cerita yang nak di sangkut kan dengan perubahan tabiat si mati.

Tengok pula yang pakai kopiah putih dan beberapa sahabat depa, mai orang tak sambut pun, mai sat saja terus ke dalam rumah, pakat-pakat 3 atau 5 orang depa terus tahlil, doa untuk simati. Sejuk hati kaum keluarga tengok. Masa ini lah baru depa tau mana satu intan mana satu kaca.

Akhir kalam salam Pak Ngah untuk semua yang mengikuti tulisan warkah Pak Ngah ni.

Tanggal: 29 Rabiulawwal 1425.

Pak Ngah - 19.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN