CARA DIDIK MINDA DARI ORANG TUA DULU DULU
Oleh Pak Ngah

Pak Ngah masa kecik-kecik dulu dah mula ikut orang tua pi motong getah, balik tengahari.  Dalam pukoi  3 atau 4 petang turun pi bendang, sampai jam 6 setengah petang balik mandi dan siap-siap mengaji quran pulak.  Bila dah masuk darjah satu, pukoi 6 pagi mulalah berjalan pi sekolah tak kurang dari 3 batu lebih baru sampai sekolah.  Masa tu nak naik bas atau kereta, anak orang berada saja lah.  Tapi nak jumpa bas  dan kereta lalu pun boleh kira saja.  Maklumlah masa tu, bas pagi dia lalu, dua biji sekali, kemudian rehat lah drebar bas. Orang pun bukan ramai sangat, darjah satu pun ada 2 darjah sahaja 1A dan 1B.  Satu darjah ada la tak sampai 20 orang.

Masa motong tu, orang tua Pak Ngah  akan bagi tau apa jugak jenis pokok yang dia jumpa.  Yang  ni pokok dada kura. Ni yang orang dok buat kayu pemegang terebeir (Lastik).  Tengok cabang dia, tak payah tarah apa-apa lagi, buang kulit dah jadi.  Yang tu pulak pokok dada lipan, hang pi tengok di bawah daun dia, kalau ada buah yang merah, ambik makan, sedap tu, manis-manis.  Pokok mata itik, Lemak Ketam, Kelubi, Salak dan lain lain.  Beretam (Bertam) tu pulak boleh buat atap rumah dan dinding, tapi kena jalin dulu, duri-duri dia kena lah buang dulu jugak.  Bagitu jugaklah dengan kulat mana boleh makan yang mana tak boleh makan.

Bila dok di bendang pulak, depa cerita semua jenis ikan yang jumpa, Haruan, keli, sepat siam, sepat ronggeng, ikan Karen, ikan sepilai, bujok, lelaih, kenyang, baung, puyu, seludup batang, teruboi, patin, lintah, belut, lembat, seluang,  baung taik ayam,  jenis  macam haruan tu ada juga yang tak boleh di makan macam ikan bakap, nampak macam haruan tapi warna hijau kebiruan sikit, orang tak makan.  Di samping itu di ceritakan juga baguih nya ikan haruan kalau lepas beranak tu, buat masak cuka atau bakar bagi cepat semboh luka,  kalau kulit tak halus dan berkudis tu, masak belut bagi kulit licin dan macam-macam lagi.

Nak di pendekkan cerita, bukan macam la ni, dok baca buku saja, hapai sana, hapai sini, periksa keputusan memang baguih.  Tetapi  tak pernah tengok dan pegang sendiri apa yang depa belajak.  Akhir nya bila deman panas contoh nya pi klinik ambik ubat, campok dengan antibiotik. Dalam 3 atau 4 hari baru lega.  Orang dulu-dulu , bila panas ambik daun bunga raya, ramas-ramas biar lendir di kumpul campok ayaq, sapu dari hujung rambut dan seluroh badan 2 atau 3 jam dah kebah.  Ni bukan makna Pak Ngah tak suka teknologi atau perubatan canggih dan moden, itu tak dak sapa nak sangkal,  maksud Pak Ngah jangan dok biaq badan naik lemak sangat, biaq badan tu cergas dan minda penuh inisiatif.  Kalau takat jaga badan dok kat Jimnasium sahaja, memang badan lah yang berketui dan sendo, tapi otak kosong.

Yang kita nak anak zaman ni, badan tu tahan indurance bukan badan cantik, kerana kalau badan cantik saja tentu itu tak boleh ini tak boleh.  Kita nak badan itu kemas dan lasak semua boleh, baru berani kata yang mana betui yang mana salah.  Masalah minda yang tertutup ni lah menyebabkan timbui pergantungan kepada pihak lain sebab tak ada daya tahan.  Bila kena ugut sikit, nak sekat sikit, nak tahan sikit,  kena tipu sikit, ikut sahaja.  Nak buat macam mana, minda lemah, harap badan dan pakai saja cantik tapi ilmu ikut buku.  Kita nak manusia ini. Ambik ilmu, proses dalam minda, buat keputusan yang selaras  dengan kejadian naluri dan azali nya manusia. Bukan ikut cakap orang kerana sesuatu kepentingan.

Sekarang ni tengoklah sendiri, benda yang betui-betui salah pun depa boleh jadikan betui pulak.  Ikut pendekatan psyops  dan macam-macam cara.  Mana boleh yang salah tetap salah, psyops tak psyops.  Pak Ngah rasa la ni masa kemalapan perkembangan ilmu, sebab depa hanya ajak ilmu yang menentukan survival depa sahaja.  Akhirnya ilmu tu  tak lagi bercambah dan mengikut arah yang depa mau saja.  Kalau depa rasa cara islam merugikan masa depan depa, depa buat-buat kata nak teknologi, pembangunan, kepakaran jurutera dan lain nya, semata mata nak alih dari mendalami Islam.  Kalu nak jadi  apa jenis pakar pun mesti islam dulu, barulah boleh jadi pakar yang lain.   Bila dah pakar islam, tentu depa berpikiaq, yang kata pakar bom/nuclear tu, hang pa ingin pandai ka?,  Kalau depa betui-betui pakar tak kan nak buat sesuatu yang memusnahkan sesama manusia, tetapi tengok sejarah pakar islam,  depa buat apa, kaji bintang, perubatan, hisab/perakuanan, saintis semua nya untuk kebaikan manusia.  Kalau yang buat memusnahkan manusia dan harta benda tu bukan pakar, penjahat nama nya.  Tak kan benda macam ni pun  Pak Ngah nak bagi tau.

Kita tengok kepada cara pemerintahan negara sekarang berbanding dengan dulu, renung tengok, sapa yang merosakkan rakyat, pemimpin atau rakyat sendiri.  Mana ada rakyat boleh buat sendiri, tentulah yang memerintah dengan undang-undang itu ini, dasar itu, ini, polisi itu itu, perkenal itu ini, ubah itu ini, akhir nya rakyat mengalami perubahan social yang amat hancur.  Kemudian depa salah rakyat balik, tak tau terima kasih, ibu bapa tak reti jaga anak, guru gagal ajar di sekolah, pembangkang ajak ke arah kebelakang dan macam macam.  Depa tak salah, DEPA LAH PESALAH UTAMA YANG AKAN DI HADAPKAN KEHADAPAN ALLAH LEBIH DAHULU.  DAN PAK NGAH NASIHAT CERMIN-CERMIN DIRI KAT DEPA DAN JANGAN DOK TALA CERMIN KAT ORANG SAJA, DOK BUAT MENYILAU  KAT MATA ORANG LAIN SAJA.

Pak Ngah - 21.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:


Sertai Maillist M@RHAEN