KEPALA RUMAH / KETUA KELUARGA / KETUA MASYARAKAT
Oleh Pak Ngah

Rhoplah Pak Ngah dua tiga hari ni, dok pikiaq pasai perkara kecik, tetapi depa dok buat complicated, pasai banyak sangat buat rujukan.  Cara rujukan depa pulak ikut tajuk bab tertentu, mana nak faham seluruh pengajaran dalam buku yang ditulis.   Depa ni tau dak, apabila Tok Guru dulu-dulu tulis kitab, depa ambik ayaq sembahyang dulu, sembahyang sunat, minta petunjuk dan mengilhamkan kebenaran sahaja.  Jadinya kitab tersebut hendaklah dibaca dari ayat pertama hingga penghabisan dan tidak boleh assume, ambik tang mana rasa suka saja.  Jadi, Pak Ngah hari ni nak cerita macam mana nak jadi Ketua secara mudah.  Yang jadi masaalah tu bukan nya apa, Ketua pun jenis orang dok melelong saja, macam mana nak  suruh orang buat baik,  betui dak?

Cerita dia macam ni, mudah saja. Kita kepala rumah, kita tunjuk kat anak-anak kita semua perkara yang elok saja.  Bangun kena awai, sembahyang suboh, mintak doa agar selamat dunia akhirat,  tolong  Mak Ngah masak ayaq, buat tea o ka, kopi o ka, masak nasi, goring telok, ikan masin, panas gulai semalam balik ke dan biaq anak-anak tengok kita tolong bini kita.  Cakap yang elok elok, Pak Ngah yang tua ni, tak sebut la darling, tetapi cukuplah bagitau anak-anak yang mak hangpa ni, pandai masak, gula, asam garam nya semua nya cukup.  Anak-anak tengok mesra mak bapak aku.  Depa pun lega hati.

Bila nak keluaq berjalan sesekali, tengok cara pakai bini kita, pakai tudung, tutup aurat, buboh bedak sikit, celak sikit dan sebutlah sikit, tengok mak hangpa, macam anak dara dia bersiap.  Anak-anak tentu gelak seronok kita berjenaka.  Depa tentu nampak kita juga jaga tatertib orang islam.  Jangan pulak, bila nak Keluar, tudia jamboi bini lebih dari jamboi kita pula, baju terbuka sana sini.  Kalau aurat bini sendiri tak boleh jaga, macam mana nak jaga kaum keluarga yang lain, apalagi masyarakat, jauh semanggang dari api lah nak jadi rakyat.

Dalam hal tanggungjawab ni, tok sah dok pikiaq yang besaq-besaq lah dulu, macam nak jaga aqidah rakyat, pengamalan Islam sebenar.  Kalau dalam keluarga kita pun tak boleh jaga, toksah dok temberang lah nak perbetulkan islam orang lain.  Inilah yang dikatakan asas Utama, setelah kita berupaya memperbetulkan diri dan keluarga barulah layak memimpin masyarakat seterusnya memimpin negara.  Ni diri sendiri pun dok hanyut nak nasihat orang.  Ustaz pun, kalau tak boleh tarbiyah keluarga sendiri macamana nak suruh masyarakat ikut dia.  Jangan jadi macam orang barat , jangan jadi  “ You just follow what I ask you to do, but you don’t  have to follow what I am doing ”. (Maaf la kalau orang putih Pak Ngah tak betui, Pak Ngah sekolah melayu Cuma dengaq-dengaq depa cakap macam tu).  Orang besaq-besaq tulah kata.

Hari tu Pak Ngah terkejut, singgah di Kedai 7 Eleven pada pukoi 1 setengah pagi, tudia punya ramai budak melayu beli arak, kemudian melepak di tepi pondok telepon, lelaki perempuan,  depa minum macam minum ayaq lemonet saja.  Wudia, sapa yang bagi kebenaran juai benda macam ni, Ketua kampong ke, ADUN ke, Menteri ke, atau PM ke,  Hangpa tanggung lah semua dosa tu, jangan dok syiok jadi orang besaq saja no….

Akhirnya dari Pak Ngah kalau nak jadi pemimpin tu, tentukan kita tergolong di kalangan orang yang berilmu akhirat dan dunia yang utuh.  Tok sah dok dengar cerita zaman Rasulallah dan sahabat sebagai satu hikayat atau sejarah tetapi sebagai panduan, melaksanakan dan menjalankan apa yang mereka jalankan.  Tak payah dok pikiaq banyak-banyak.  Rasulallah telah sempurna segala apa yang di laksanakan oleh baginda sebagaimana kehendak allah.  Toksah dok cari helah lagi, balik kepada kebenaran secara automatik. Manusia akan menghormati dan terangkat martabat pemimpin yang menjalankan segala kepimpinan sepertimana kehendak Allah dan Rasul nya.   Wassalam.

Pak Ngah - 27.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:



Sertai Maillist M@RHAEN