CERITA CERITA HANTU
Oleh Pak Ngah

Dahulu kala, dari zaman tok nadoq lagi pasai cerita hantu ni memang dah ujud. Di kampong Pak Ngah memang terkenai jugaklah. Bukan nya apa, hang pa pun tentu dok paham kot, orang dulu-dulu ni banyak juga yang dok bela hantu ni. Yang terkenai sekali Hantu Raya, Pelesit dan Toyol. Ni tiga jenis hantu ni memang favourite. Dari dulu sampai la ni perangai Manusia mana ada berubah, sebab nya satu saja nak cepat jadi kaya, ada kuasa, tamak haloba dan tak reti bersyukur. Tambah orang la ni, depa pulak dok suroh orang pulak bersyukur kat depa. Bak kata lawak-lawak, “ Kalau hantu dulu-dulu jumpa dengan orang la ni, depa lagi terkejut apa, orang la ni lagi hantu dari hantu-hantu dulu tu.” Paling kuat pun orang dulu kacang hantu saja, sekarang Pengundi pun dah jadi hantu jugak.

Hari ni kita nak tengok, apa kerja hantu-hantu ni buat tiap masa dari dulu sampai la ni. Harus di ingat fungsi hantu tak pernah berubah. Cuma dulunya hantu tu yang berperanan tetapi la ni orang pulak dah jadi hantu. Sebelum terlupa Polis pun pakai hantu jugak, selalunya kalau di kampong tu JKKK dan orang UMNO lah yang jadi hantu depa. Hantu jenis ni bukan kira apa, depa kira bagi maklumat dapat duit, dok di kedai kopi. Cari makan cara mudah, depa bukan mau kerja kuat dan jenis tak reti nak buat yang lain.

Jenis HantuRaya ni kerja dia jaga tanah kebun, Sapa yang masuk tanah kebun tanpa kebenaran tuan punya, Hanturaya nanti punggai degan putik nyiok ke, atau barang-barang lain supaya orang jangan dok dekat kebun dia. Hantu raya zaman ni lain sikit, depa kumpul semua tanah teroka kebun, buka / check dengan pejabat tanah, tengok tak dak nama orang mohon lagi, bukak kompeni, apply tanah bubuh nama Syarikat depa. Bila dah dapat atas nama Syarikat juai Syarikat kepada orang cina. Hantu Raya zaman ni lebih berbahaya.

Bagi yang jenis PELESIT pulak suka kacau orang pompuan terutamanya, lemah sikit, rebah terjerit-jerit, jadi tuan punya akan buat ubat, sebenarnya depa ni penipu saja, cara nak cari duit. Baca jampi serapah, tui sana sini dapat upah, depa pun bawak balik lah pelesit, orang pun baik balik, esok lusa depa pekena orang lain pulak. PELESIT zaman moden ni lagi hebat, hisap darah juga, Projek RM7 Juta, depa “markup” jadi RM10 juta, RM3 juta bagi balik kat kami (Jenis Pelesit ni lah) Memang lah untung tak kacau kontraktor tapi kos projek duit rakyat (Pemilik wang). Pelesit ini jenoh dok buat duit dan depa kumpoi sungguh-sungguh dalam masa lima tahun diberi mandat tu. Yang syiok nya jenis pelesit ni dok sangka orang tak tau, orang ramai tau tapi tak boleh nak buat apa sebab depa buboh dokumen tu rahsia. Sapa memiliki tanpa kebenaran kira kena OSA. Yang ni la jenis yang betui-betui perangai pelesit.

Hantu yang ketiga yaitu Toyol, dulu dulu depa dok hantar waktu malam saja, curi duit sikit sikit, kalau ada contoh RM1000.00 dalam not RM50.00, Toyol ambik sekeping atau dua saja. Rumah depa dah target dah, jadi semalam tu depa cari lah 100 ke 200 saja. Jenoh la kita balut beg duit dengan jala lama ka, bubuh duri limau ka, duri daun mengkuang ka, dan macam macam keliling pintu, almari dan lain-lain, hilang juga dikebas toyol ni. TOYOL zaman ni paling istimewa, Toyol la ni dah tak kira siang atau malam, depan orang atau belakang orang, hangpa pa balut ke, hang pa tak balut, aku kata nak aku ambik. Semua yang ada untung KWSP, Tabung Haji hang sebut saja ada untung, petronas, hangpa pi ambik semua yang aku rugi. Perwaja perhabis semua duit, bila rugi hangpa pi selamatkan balik, macam itu jugalah MAS, Lebuhraya, Perkapalan, Keretapi, untung aku ambik, rugi hangpa tanggung. TOYOL ni lah di antara HANTU paling bermaharajagila di Malaysia masa kini.

Semua jenis hantu bukan kira pasai HALAL atau HARAM, depa menolak perkara dosa pahala dalam menjalankan kerja duniawi, bagi depa, dosa pahala dilihat seolah melibatkan soal amal kebajikan akhirat sahaja. Akhir kata nasihat Pak Ngah, Jangan lah kita bersahabat dengan Hantu atau membela hantu atau pun menjadi hantu kerana Manusia itu amat tinggi martabatnya di antara semua makhluk. Kalau Manusia yang seperti hantu ini, umpama hidup nya bagai Haiwan yang hanya nafsu menguasai diri dan bukannya ‘aqal fikiran. Salam dari Pak Ngah.

Tanggal: 07 Rabiulakhir 1425

Pak Ngah - 27.05.2004

Hantar artikel ini kpd sahabat:



Sertai Maillist M@RHAEN