MELATAH HARI KHAMIS
PAK LAH: SEMUA OK.. TAK TERJEJAS DAN TAK DICEROBOH
Oleh Pak Ngah -
Pening juga kepala Pakngah apabila mendengar penjelasan DS Khir Toyo seperti berikut, “Dr Mohamad Khir berkata, taman pertanian itu tidak terjejas atau berlaku pencerobohan, sebaliknya keluasan taman itu ditambah 12 hektar. Lawatan ini jelas menunjukkan hutan masih ada, keluasannya ditambah dan keadaannya dijaga dengan baik,” katanya.

Menurut beliau, apa yang berlaku adalah pembangunan di sekitar dan kawasan hutan sedikit terganggu di kawasan penanaman sayuran, perkampungan budaya dan empangan Sungai Baru.

Dalam satu penjelasan yang bertentangan diantara satu sama lain. Mula kata kata tak terjejas atau berlaku pencerobohan tetapi emudiannya kata sedikit terganggu. Kalau macam itulah penjelasannya bukan sahaja Pak Lah tak patut terima, Orang kampong macam Pakngah pun tak boleh terima. Berbelit-belit tetapi yang jelas telah berlaku kerosakan kepada Taman Bukit Cahaya Seri Alam. Lihatlah apa penjelasan DS Khir Toyo seperti berikut:

Semuanya OK - Khir -- Tetapi dua pemaju akan dikenakan tindakan undang-undang
Oleh: HELMI MOHD. FOAD dan ZAINI RABAN

SHAH ALAM 1 Mac - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang meninjau ke Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam selama sejam hari ini membuat kesimpulan: "Semuanya OK, tidak terjejas dan ia tidak diceroboh.''

Beliau juga hairan bagaimana ada pihak-pihak `tertentu' menggambarkan seolah-olah hutan taman pertanian itu "sudah tidak ada''.

PM mahu Khir segera bertindak
SHAH ALAM 1 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan Selangor mengambil tindakan segera dalam isu berkaitan pembangunan berhampiran Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam di sini yang boleh membawa kesan buruk kepada sistem ekologi taman pertanian itu.

Menteri Besar Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, perkara itu disuarakan oleh Abdullah kepadanya semasa beliau menyerahkan laporan berhubung isu pembangunan yang kini hangat diperkatakan.

"Perdana Menteri minta kita (kerajaan Selangor) ambil tindakan segera,'' katanya ringkas ketika dihubungi mengenai pertemuannya dengan Abdullah di Putrajaya hari ini.

Seperti mana lazimnyalah bila dah diketuk, baru nak buat kerja. Dalam hal ini pun serupa sahaja. Bila dah dibongkar baru nak ambil tindakan. Beberapa tempoh terdahulu, tak kan tak nampah digondolkan. Lagi pun dari Pejabat MB sendiri pun mungkin boleh nampak , lain lah kalau pembangunan dibuat di Sumatera ke, Johor atau Perlis. Kalau tak dihebohkan tempohari sudah pasti tak timbul dakwa mendakwa ini. Dah hilang 5 ke 6 bukit baru nak dakwa.

Lihat petikan akhbar berikut:

Selangor mahu dakwa 14 syarikat
Oleh Rafidah Mat Ruzki

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan mengambil tindakan mahkamah terhadap 14 syarikat yang memajukan kawasan di sekitar Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, di sini kerana menebang hutan tanpa mendapatkan kelulusan kerja tanah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (gambar), berkata kerajaan negeri sudah menghantar beberapa surat amaran kepada pemaju terbabit sebelum mengarahkan mereka menghentikan kerja tanah pada 18 Februari lalu.

“Mereka membersihkan hutan sebelum mendapat kelulusan kerja tanah,” katanya kepada pemberita selepas melawat taman pertanian itu, semalam.

Beliau meninjau keadaan di beberapa kawasan di sekitar taman itu yang dikatakan teruk terjejas akibat pembangunan tidak terancang sejak beberapa tahun lalu.

Dua daripada tiga kawasan yang dikatakan teruk terjejas akibat pembinaan tidak terancang oleh pemaju di sempadan taman itu, didapati sudah pulih. Keadaan di Taman Budaya yang dilanda banjir pada 2003 dan Empangan Sungai Baru yang tercemar juga sudah dipulihkan.

Lepas ini apa pula yang dikatakan beliau terhadap penggondolan di Kawasan Selayang.

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 02.03.2005 (suntingan M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat: