JAKIM, IKIM, JAIS, JAWI, MAJLIS FATWA….
AMANAH APA YANG SANGGUP LAGI DIPIKUL?
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Sedih dan mengalirkan air mata kerana apa yang diharapkan dari mereka-mereka telah sanggup menerima amanah Allah di atas dan berkuasa melaksanakan amanah Allah ini diam membisu dalam hal melibatkan Pemimpin Negara, kecut, gugup, redha dan dayus.

Kalau tempoh hari sosej dan ayam bercampur benda haram, mereka hangar binger tetapi apabila pemimpin melakukan yang haram mereka membisu seribu bahasa menjadi seperti pekak dan bisu. Adakah bagi mereka dalam hal ini memilih selemah-lemah iman dengan hanya berdoa? Apakah kelompoknya ulama yang seperti ini tetapi benarlah Allah mudah sahaja membuka atau menutup pintu hati sesiapa jua. Lihat petikan berikut:

Abdullah Hadiri Istiadat Kalungan Bunga Hari Pahlawan
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Ahad menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2005 di Tugu Peringatan Negara di sini.

Perdana Menteri meletakkan kalungan bunga di tugu itu diikuti Panglima Angkatan Tentera Laksamana Tan Sri Mohd Anwar Mohd Noor, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamed Bakri Omar, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Abdul Aziz Zainal, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Elias Din, Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Nik Ismail Nik Mohamed, Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia Datuk Muhammad Ghani dan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia Datuk Yusuf Hamdain Diego.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Pertahanan, beberapa menteri kabinet, anggota parlimen serta pegawai-pegawai kanan polis dan tentera.

Sempena Hari Pahlawan, Abdullah dan Najib Sabtu malam menghadiri majlis tahlil yang diadakan di Masjid Negara di sini.

Hari Pahlawan yang disambut setiap 31 Julai, memberi peluang kepada rakyat negara ini menghargai pengorbanan anggota perajurit yang terkorban demi mempertahan dan menegakkan kedaulatan negara.

-- BERNAMA

Petikan berikut yang dibuat dari Laman Forum Gerak Reformasi telah memperlihatkan sama ada apa yang dilakukan di petikan di atas bersalahan atau tidak.
Anonymous
PM KITA BUAT TAK PE PUN........
Mon Aug 1, 2005 2:28pm
203.106.67.89

Kategori : Akidah
Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan
Isu : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain
Fatwa :

ENAKMEN PENTADBIRAN
UNDANG-UNDANG ISLAM 1991 (Enakmen 3/91)
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

Kategori : Lain-Lain
Tajuk : Upacara Hari Pahlawan di tugu peringatan
Isu :
Keputusan :

bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukkan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga di tugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan di hadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.

Kategori : Ibadat
Tajuk : Bacaan doa di tugu peringatan
Isu :
Keputusan :

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

Keterangan: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang jahiliyah sembelih korban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah ibadat, berdoa di batu tugu peringatan sama seperti orang-orang jahiliyah beribadat di al-Ansab yang dimaksudkan di dalam ayat 90 itu.

Kategori : Akidah
Tajuk : Hukum Bacaan Doa Di Tugu Peringatan
Isu :
Keputusan :

Bacaan Doa Di Tugu Peringatan.

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syarak dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak dan judi dan al-ansab dan najis daripada amalan syaitan, maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya muka-muka kamu bercahaya”.

Keterangannya: “Al-Ansab” maknanya batu orang-orang Jahiliyah sembelih Qorban disisinya dan beribadat kepadanya. Berdoa adalah kepada ibadat, berdoa di batu Tugu Peringatan sama seperti orang-orang Jahiliyah beribadat di al-ansab yang dimaksudkan dalam ayat 90 itu.

Akhirnya, kepada siapa lagi untuk kita berlindung selain dari Allah yang Maha Esa. Nak diharapkan mereka-mereka itu sudah nampak amat jelas mereka membelakangkan apa jua termasuk apa yang telah difatwakan mereka sendiri. Marilah kita sama-sama berdiri teguh di belakang ulama yang sanggup berkata benar walaupun dimusuhi oleh pemerintah. Kita mencari keredhaan Allah dan bukannya keredhaan pemerintah yang melakukan perbuat

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 03.08.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.