JAKIM INI SAH SUNGGUH TAK BOLEH PERCAYA LAGI……
Oleh Pak Ngah - Laman M@RHAEN
Faham sungguh atau tidak JAKIM ini, tak habis-habis kemelut ditimbulkannya. Tak payah pakai logo HALAL lagilah… tulis logo JAKIM sudah lah.. siapa yang tergamak nak guna barangan berlogo JAKIM terpulanglah.

Macam-macam karenah dibuatkan JAKIM, penuh kekeliruan yang memperlihatkan keadaan sebenarnya JAKIM tersebut yang penuh mengelirukan. Nasihat Pak Ngah berpegang kepada tali Allah dengan sebenar benarnya kelak akan di soal di akhirat kelak akan apa yang telah dilakukan oleh JAKIM JAKIM itu. Dulu sosej, kuew teuw dan berbagai lagilah maslahah lainya.

Kembalilah berpandukan Al-Quran dan Al Sunnah dengan penuh keikhlasan dan rasa tanggungjawab kepada Islam. Kelalaian dan kecuaian bukannya perbuatan orang-orang Islam. Lihat pada petikan berikut:

Tidaklah menghairankan sekiranya berbagai bala Allah mula melanda, kita berita semalam tentang ribut kencang di Port Dickson. Ianya bukan dengan sendiri terjadi tetapi dengan kehendak Allah. Oleh itu perhatikan petikan berita tersebut dan petikan ayat-ayat oleh Dr Harun Din berhubung dengan ribut kencang .

Port Dickson dilanda ribut kencang
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
PORT DICKSON 3 Ogos - Bandar peranginan ini kecoh dan kelam-kabut apabila ribut kencang selama kira-kira 40 minit - yang paling dahsyat pernah dialami penduduk di situ - menumbangkan pokok-pokok besar, tiang elektrik serta merosakkan beratus-ratus rumah hari ini.

Kejadian itu turut menunda dua buah feri yang berlabuh di Jeti Port Dickson tersadai di tepi pantai Bagan Pinang yang terletak kira-kira lima kilometer dari jeti berkenaan.

Ribut yang bermula pukul 6.50 pagi itu turut meranapkan khemah Diraja yang didirikan di Dataran Seri Kemang untuk acara jamuan rakyat sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-83 petang ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian ribut kencang itu, yang paling buruk pernah belaku di kawasan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati lalu lintas di Port Dickson hampir lumpuh apabila pokok-pokok besar tumbang melintangi jalan.

Bekalan elektrik juga terpaksa diputuskan bagi melancarkan kerja-kerja pembersihan dan penyenggaraan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jabatan Kerja Raya.

Seorang mangsa, Badariah Basri, 26, berkata, kejadian yang amat menakutkan itu hampir meragutnyawa dia sekeluarga apabila bumbung rumah jatuh dan menghempap bahagian bilik tidur dan dapur rumahnya.

Anaknya, Mohd. Syafiq Haikal, 5, cedera di bahagian tangan akibat terkena serpihan bumbung.

"Saya amat bersyukur kerana serpihan itu tidak terus menimpa kami tetapi sebaliknya menimpa katil dan almari. Katil kami patah manakala almari pula pecah,'' katanya.

Sedutan daripada Khutbah Aidiladha yang disampaikan oleh Dato' Dr Haron Din

Namun bagaimana kalau bencana yang datang itu bukan tsunami, ia berlaku di daratan pula seperti ribut kencang, puting beliung, ribut petir, tanah jerlus, kebakaran besar-besaran dan penyakit-penyakit bawaan kronik, apa yang hendak kita lakukan?

Marilah kita merujuk kepada firman Allah yang mafhumnya, "Apakah penduduk-penduduk sebuah negeri merasa begitu aman, tidak risau dengan datangnya tindakan Allah dengan bala-Nya, waktu malam hari sedang mereka tidur nyenyak. Apakah penduduk sebuah negeri itu merasa aman dengan tindakan Allah bahawa turun bala-Nya pada waktu siang hari sedang mereka bermain dan bersuka ria? Apakah mereka merasa aman dari tindakan Allah SWT? Sesungguhnya tidak akan yang akan berasa aman dengan tindakan Allah melainkan kaum-kaum yang rugi."

Dalam Surah al-A'raf ayat 100, Allah berfirman, mafhumnya, "Apakah tidak mereka mendapat petunjuk, bagi orang yang mendiami bumi ini dari orang sebelum mereka, bahawa kalau Kami kehendaki, Kami kenakan ke atas mereka bala, kerana dosa-dosa yang mereka lakukan terhadap Kami."

Dalam Surah al-Hajj ayat 45, Allah berfirman, mafhumnya, "Maka sudah berapa banyak negeri Kami telah binasakannya kerana penduduknya melakukan kezaliman. Maka runtuh binasalah kota-kotanya....".

Nota - Rencana ini adalah sedutan daripada Khutbah Aidiladha yang disampaikan oleh Dato' Dr Haron Din di Surau an-Nur, Bandar Baru Bangi pada 21 Januari 2004

Nak ikut lagikah mereka-mereka ini, sekadar itulah yang dapat Pak Ngah utarakan kali.

Selamat berjumpa lagi, InsyaAllah.

Pak Ngah - 06.08.2005 (M@RHAEN - Emel: marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)


Hantar artikel ini kpd sahabat:
Sumbangan kpd Tabung Senggaraan M@RHAEN CARA MUDAH melakukan sumbangan.