Negara Islam tanpa undang-undang Islam???
Malaysia sebuah Negara Islam masih disembang-sembangkan lagi. Terbaru aku dengar dalam radio IKIM semalam Jun 6. Aku saja dengar radio IKIM ini sebab pernah aku terdengar seorang Makcik dan seorang student USM kata radio ini banyak memberi manafaat dan dapat menambah iman. Suara mereka ni dah jadi macam iklan pada setiap pagi. (Kalau tuan-tuan syok nak dengar suara sendiri cuba-cubalah talipon radio tu… bodek habis-habis pasti suara anda jadi iklan percuma tanpa royalti). Anda nilaikanlah sendiri iklan tu. Kadang-kadang rasa nak meloya….pernah waktu pertama kali anak yang selalu aku hantar ke sekolah (darjah 4) ketawa bila budak USM tu kata setelah dia dengak radio tu dia terus jadi rajin sembahyang dan bertambah iman dia. Kalau dia dengar bacaan Al-Quran… alhamdulilllah..tapi kalau dengar lagu arab yang tak tentu hala..bertambah iman …masyaAllah.

Sebenarnya dengar radio tu taklah salah sekiranya kita dapat berfikir …tapi yang kesiannya orang yang tak mahu berfikir. Terima bulat-bulat terutamanya orang yang allergic dengan ceramah/tazkirah atau politik. Lepas sembahyang maghrib terus saja blah balik rumah. Kalau balik baca kitab atau Quran tu takpa la.. ni balik tengok TV.

Benda yang dibincangkan dalam radio tu ialah Malaysia adalah sebuah negara Islam..katanya, menurut Mazhab yang empat terutamanya pendapat Mazhab Syafie, iaitu kerana Malaysia ini telah menjadi Negara Islam sejak zaman dahulu secara otomatiknya ia tidak akan jadi kafir walaupun tidak menjalankan undang-undang Islam dengan syarat rakyatnya hidup aman dan tidak ditindas. Aku tak naklah bincang secara ilmiah, kita ambil secara straight forward dan kita fikir sama-sama. Cuba hampa pikiaq mai…adakah orang Islam di Malaysia ni hidup aman dan tidak ditindas?????.

Ceramah ugama yang tak dicampur politik (boleh tak kita guna istilah ceramah sekular?) tapi disampaikan oleh orang politik terutama dari BA ditentang. Nak buat demo bantah keganasan dan kekejaman Amerika ditentang. Orang Yahudi datang main kriket, rakyat buat demo dihalang dan ditangkap. Peristiwa Memali orang kampung diserang dan dibunuh. Nak dengar ceramah politik lagi la..kena sembur air asid. Kita nak biar anak kita pergi balik sekolah sorang-sorang pun kita rasa khuatir dan takut. Sekarang ni tengok Polis Raja Di Malaysia ni pun kita tambah takut selepas peristiwa kat plaza tol Puchong. Tengok FRU lagi la. Kalau dengar ISA pun ada yang takut. Kalau nak disenaraikan ada berpuluh dan mungkin beratus alasan yang buat kita tak aman dan ditindas. Hatta pemimpin ‘Negara Islam’ Hj. Mahadey atau Badawi pergi mana-mana pasti berpuluh body guard berpakaian preman. Lepas tu body guard tu pun sentiasa ditukar-tukar takut nanti lama sangat dok jaga dia..kut-kut menyampah dengan dia, ada yang bunuh dia. Macamanalah nak kata aman, pemimpin ‘Negara Islam’ sendiripun boleh rasa takut dengan rakyat.

Kes rogol dan berita terbaru wanita bergabung nak menentang peruntukan hudud yang akan dibentangkan oleh kerajaan Terengganu. Benda yang nak ditentang ialah berkenaan undang-undang yang disifatkan menzalimi wanita mangsa rogol. Shahrizat si Coli Chaula ni memang tahu 'Negara Islam' ni memang  tak aman dengan kes rogol. Punca ‘terbanyak’ kes rogol ialah wanita suka bepakaian menjolok mata. Kalaulah Shahrizat sendiri yang berjalan dilorong-lorong belakang kat KL tu waktu malam dengan lipstik, minyak wangi dan baju kebaya ketat belah kaki sampai paha pulak tu, peratusan hang nak kena rogol memang tinggi. Macamana la kita nak rasa selamat dalam ‘Negara Islam’ Malaysia ni. Orang yang baik pun rasa tak selamat kalau tengok siShahrizat tu.

Aku meyokong penuh pendirian kerajaan negeri Terengganu yang akan tetap membentangkan hudud dan akan melaksanakannya seperti dalam manifestonya. Dulu puak-puak Umno tanya bila nak jalankan hudud di Terengganu, baru nak bentang saja depa habih gelabah. Di bawah adalah sedutan statement yang di buat oleh TG Menteri Besar Terengganu baru-baru ini:

"Insya Allah (ia) akan diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri, hak yang kedua ini (hudud dan qisas) akan menghadapi macam-macam halangan, kita buat dulu sekadar apa yang mampu kita buat, kalau ada halangan kita usaha buang halangan itu, bila habis halangan, insya Allah kita akan dapat laksanakan," ujarnya.

Ini, katanya selaras dengan pendapat ulama yang menyatakan bahawa `barang yang kita tak boleh dapat semua, jangan kita tinggal semuanya'.
"Kita tak boleh menyerahkan kalah, kita mesti berikhtiar sedaya upaya mengikut jalan yang diajar oleh Allah Taala.

"Kita nak melaksanakan syariat, kita akan melalui cara-cara ini dan kita akan berjuang, berusaha, kita tak biarkan sahaja, kena ada niat, azam dan kerja kita untuk buang halangan-halangan ini, ini mesti dilakukan oleh orang Islam," jelasnya.

Akhir kalam, aku harap kita semua dapat berdoa semuga Allah memberi kekuatan dan kemenangan kepada kerajaan Terengganu dan cita-cita kita untuk melihat undang-undang Islam tertegak di bumi Malaysia akan berhasil dan Allah menguatkan iman kita untuk sama-sama berjuang untuk Islam. Amin.

- Panaurama.com – 07.06.2002


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!