Projek Khidmat Masyarakat oleh M@RHAEN untuk rakyat marhaen tanpa mengira soal kepartian. Sebagai laman pro-reformasi yang tidak terikat dengan mana-mana parti sahsiah, adalah menjadi tanggungjawab kami mengetengahkan apa jua maklumat alternatif yang dapat memberi manfaat kepada rakyat apa lagi jika ianya melibatkan soal-soal pendidikan. Berikut kami siarkan semula kandungan Berita PASTI yang menjelaskan mengenai segala tuduhan liar dan segala maklumat berkaitan dengan pengurusan PASTI. - M@RHAEN

Bahagian Pertama


PASTI: Benarkah Tuduhan-tuduhan ini?


Benarkah tuduhan yang mengatakan PASTI:
i.   Mengajar kanak-kanak membenci pemimpin negara?
ii.  Menanamkan sentimen politik kepartian dalam diri kanak-kanak?
iii.  Berikrar setiap pagi untuk menumbangkan pemerintah melalui keganasan?
iv.  Memperalatkan kanak-kanak untuk merayu undi semasa pilihanraya?
v.   Guru-guru PASTI tidak terlatih dan cetek pengetahuan agama?
vi.  Tiada kurikulum khusus dalam PASTI?
vii.  Prasarana PASTI amat daif dan tidak sesuai?

Sesungghnya, tuduhan-tuduhan di atas amat menyayatkan hati para guru, ibu bapa dan pengurus-pengurus Pasti di semua peringkat. Tuduhan tersebut bukan saja tidak dibuktikan bahkan mereka tidak diberi peluang langsung untuk menjelaskan keadaan sebenar. Hak mereka sebagai penganut Islam yang menyedari tanggungjawab untuk menyebar luaskan ilmu agama telah dihina dengan dahsyat sekali.

Oleh itu, Jabatan Pasti Pusat (JPP) menyeru kepada semua pihak yang menaburkan fitnah tidak berasas itu supaya menghentikan perbuatan terkutuk itu. Semua warga Pasti diminta bersabar dan tabah menghadapi fitnah ini. Semangat dan istiqamah perlu ditingkatkan.

Para guru diminta meneruskan tugas untuk mendidik anak-anak mengikut kurikulum dan silibus yang telah ditetapkan.

Ibu bapa dan penjaga murid Pasti diminta bertenang dan tidak terpengaruh dengan semua tuduhan tersebut. JPP yakin dan percaya tindakan ibu bapa menghantar anak mereka ke Pasti dibuat atas kesedaran bukan paksaan. Kepercayaan masyarakat tentang kemampuan Pasti untuk mendidik anak-anak mereka dengan ilmu asas Islam dan akademik amat dihargai.

Di samping itu, JPP menyeru ibu bapa terlibat secara langsung dalam Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) untuk meningkatkan kualiti, keselamatan dan prasarana asas Pasti.

Perkembangan yang berlaku membuktikan bahawa usaha menjadikan Pasti sebagai institusi pendidikan rakyat semakin menyerlah dan diiktiraf. Bezanya, pada zaman rakyat digerakkan dengan kemajuan dan ledakan ilmu pengetahuan, sehingga parti-parti politik komponen Barisan Nasional pun mendirikan institusi pndidikan atas nama parti; Umno masih tidak menyedari realiti yang sedang berlaku di hadapan mata dan ketika mereka sedang memerintah.

Umno tidak mahu bersaing secara sihat dalam bidang pendidikan yang menjadi asas pembinaan dan perkembangan tamadun negara. Sebaliknya, lebih cenderung mengambil langkah untuk menunjukkan kuasa walaupun terhadap kanak-kanak, ibu bapa dan menimbulkan keresahan rakyat. Walau apapun, Pasti akan terus memperkasa gerakan dan melangkah gagah untuk membangunkan pendidikan rakyat, dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat di negara yang tercinta ini.

Ketua Pengarah,
Jabatan Pasti Pusat

PASTI:
Bahagian Pertama: Benarkah tuduhan yang mengatakan PASTI....
Bahagian Kedua: Sejarah Pusat Asuhan Tunas Islam
Bahagian Ketiga: Falsafah dan Organisasi
Bahagian Keempat: Program PASTI
Bahagian Kelima: Kurikulum PASTI
Bahagian Keenam: Kedudukan PASTI di sudut Undang-undang (Akhir)
(dipetik daripada Berita PASTI - Edaran Khas Februari 2002)


FREE - An online program to make a huge income. more info
Click Here!